Showing posts with label Minda Mufti. Show all posts
Showing posts with label Minda Mufti. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

Bangkit Generasi Baru!

Suka saya memetik sedikit tulisan Dr. MAZA berkenaan permainan politik lucah yang kini heboh di Malaysia.. ditujukan khas untuk generasi baru hari ini & hari kemudian. Moga-moga ada sinar Ilahi di sana..

---

Marilah kita bermufaraqah atau meninggalkan segala pelakon atau watak selekeh yang rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka laknnkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!

.

Friday, February 25, 2011

Tawakkal adalah Keajaiban Hidup

It has been almost 2 months since I left Malaysia.. Life in London seems good, so far. But sometimes I just feel so lonely and tired, which cause the level of motivation to drop.. And it's not easy to regain it.

Thanks to my friend, Noor illiey for the useful tips and advices. Also for providing the link "Tawakkal adalah Keajaiban Hidup", by Dr. Mohd Asri. Masha Allah, it is surely good reminder to all of us. He is the ONE who has created us, also the ONE who keeps providing everything for us.. but in most of the occasions, we tend to simply forget Him. 

 Oo.. Allah, guide our steps and don't let us go astray..

Friday, October 9, 2009

Isteri minta cerai, adakah bergegar Arasy?

Dah lama rasanya tidak berkongsi artikel dan berita yg saya kira sedikit sebanyak membantu menambah kefahaman dan ilmu kita semua, ataupun membetulkan salah faham masyarakat kita hari ini.

Baru saya tahu rupanya hadis yg mengatakan bahawa isteri yg meminta cerai drp suami akan menyebabkan arasy Allah bergegar adalah hadis palsu.

Petikan drp tulisan Dr. Mohd Asri:

Wanita muslimah hendaklah tahu bahawa mereka boleh memohon cerai apabila mereka rasa terancam, atau tidak dapat bahagia lagi dengan suami mereka. Ungkapan sesetengah ustaz atau penceramah “Talak menggegar Arsy Tuhan” adalah unggapan daripada hadis palsu yang tidak wajar disandarkan kepada Islam yang adil ini. Talak ialah jalan keluar terakhir kepada masalah rumah tangga. Perkahwinan bukanlah penjara kejam untuk wanita, sebaliknya ia adalah mahligai kebahgiaan. Jika ia menjadi neraka dunia, maka seseorang wanita hendaklah mengeluarkan diri darinya.

Baca selanjutnya di sini.

Wassalam.

Tuesday, November 4, 2008

Kita cari yang tersembunyi, kita biarkan yang nyata

Beberapa petikan daripada tulisan Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yg bertajuk Bila Yang Nyata Dibiar, Yang Tersembunyi Dicari.

-------------------------------------

Amat dukacita bagi masyarakat kita, jika kita sibuk mendedahkan maksiat yang tertutup yang disuruh oleh prinsip Islam agar kita tidak membukanya, dalam masa yang sama kita membiarkan berleluasa maksiat yang terbuka yang dilakukan atas pentas, dalam filem dan dijual dengan harga yang mahal.

Amatlah dukacita jika penguat kuasa agama ada masa yang cukup untuk pergi mengintip, memecah pintu milik peribadi orang lain bagi memastikan maksiat wujud ataupun tidak, namun dalam masa yang sama tiada masa untuk menghenti suami yang zalim memukul isteri yang sudah berulang kali membuat aduan, tidak cukup masa untuk menyelesaikan kes-kes kezaliman rumah tangga dan seumpamanya.

Aduhai dukacita, jika mereka bersemangat sampai sanggup tunggu pukul 2, 3 pagi untuk mengintip pasangan berkhalwat tetapi tiada cukup tenaga untuk membantah majalah-majalah yang terang-terang siang dan malam dijual yang mempamerkan aksi-aksi panas pasangan yang tidak berkahwin. Kita cari yang tersembunyi, kita biarkan yang nyata.

Sesetengah media, memang suka berita sensasi tentang maruah ‘orang lain’ untuk dilelong. Namun Islam menentang cara yang demikian. Maksiat yang dibanteras secara keras oleh Islam adalah maksiat yang berlaku secara terbuka kerana ia menggalakkan aktiviti mungkar dan mencemarkan iklim masyarakat Muslim. Adapun maksiat berlaku secara sembunyi dan hanya membabitkan soal peribadi insan, bukan keselamatan awam, maka ia tidak didedahkan.


Berkenaan isu lelaki menyerupai wanita, dan wanita menyerupai lelaki:

Ini adalah pengetahuan am yang diketahui umum, sekalipun orang mereka yang tidak mendalam agama dan tidak membaca keputusan fatwa. Namun persoalannya adalah pelaksanaan. Memang wujud wanita yang hidup ‘bergaya’ lelaki. Namun, maksiat terbuka yang banyak kelihatan jika penguat kuasa agama ingin mencegahnya adalah lelaki yang menyerupai wanita. Entah berapa ramai selebriti lelaki negara kita yang berwatak seperti perempuan. Entah berapa banyak pula drama, pertunjukan dan filem kita yang seakan mengiktiraf ‘wanita jadi-jadian’. Sehingga seakan kita ada tiga spesis; saudara, saudari dan ‘saudarai’. Inilah maksiat terbuka yang lebih patut dibantah daripada mencari-cari ‘kemungkinan’ maksiat di belakang pintu yang berkunci.


Sumber: Minda Mufti

-------------------------------

Pada saya, selagi pihak-pihak yg memegang jawatan di Jabatan Agama Islam tidak boleh ditegur dan melaksanakan apa yg sepatutnya, selagi itulah masalah yg timbul takkan dapat diselesaikan. Adakah mereka merasakan bahawa mereka kebal drp melakukan kesilapan & pantang ditegur? Padahal bukan semuanya mereka tahu, dan bukan semua yg mereka tahu & laksanakan itu betul. Tetapi dek keegoan dan rasa diri serba tahu, segalanya jadi tunggang terbalik!

Wednesday, October 8, 2008

Persaraan SS Mufti Perlis

Banyak pihak agak terkejut, dan mungkin juga bersedih atas keputusan SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) untuk bersara lebih awal dan tidak menyambung kontrak sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Dalam masa yg sama, sememangnya keputusan ini sudah dijangkakan kerana seingat saya, beliau pernah mengatakan bahawa beliau tak berhajat untuk berada di kedudukan itu utk jangka masa yg lama. Insya Allah, medium perjuangan dakwah tidak akan tertutup dengan berakhirnya jawatan itu, malah mungkin satu medium yg lebih baik bakal terbentang.

Jawatan Mufti bukanlah jawatan untuk bermewah-mewah & mencari populariti. Ia satu tanggungjawab yg besar pd agama Islam & masyarakat. Syabas saya ucapkan pd Dr. MAZA kerana tetap istiqamah di jalan-Nya & berpegang teguh pd prinsip kebenaran walaupun didatangi pelbagai cubaan & dugaan, bukan saja semasa bergelar Mufti, malah sebelum itu lagi.

Saya secara peribadinya telah banyak belajar drp beliau - melalui kuliah, seminar, serta tulisan-tulisan beliau. Pandangan, penjelasan & hujah-hujah beliau telah menyedarkan saya akan banyak perkara yg selama ini dirasakan telah betul & sempurna, tanpa pernah mengambil kira tentang hujah & dalil asal ia keluar dr mulut seseorang yg bergelar 'ustaz' atau 'ustazah'. Padahal, Islam seharusnya dibina di atas hujah & fakta yg sahih.

Sejak pertama kali mengikuti kuliah beliau semasa saya di tahun pertama UIAM, saya mula tertarik dengan pendekatan beliau. Ilmiah dan tegas, tp amat mudah difahami. Buku beliau yg pertama kali saya baca yg bertajuk 'Pertelingkahan antara sahabat: Antara ketulenan fakta & pembohongan sejarah' meninggalkan impak yg besar ke atas diri saya untuk terus menyelami, menambah & memperbaiki pengetahuan saya tentang Islam yg sebenar, sebagaimana yg ditunjukkan oleh Rasulullah & para salafus soleh.

Saya gemarkan pendekatan yg beliau gunakan dlm memberi penjelasan tentang Islam, dan juga isu-isu lain. Malah saya rasa banyak pihak lain pun begitu. Bukan bermakna kita memuja beliau. Kalau ada para ilmuan lain yg berani & berpegang pd prinsip kebenaran seperti beliau, sudah tentu kita juga mengalukannya. Malah saya berdoa agar kita akan dikurniakan dengan lebih ramai Dr. MAZA selepas ni, malah mungkin lebih baik.

Sesungguhnya tiada perjuangan atas paksi kebenaran yg tidak mendapat tentangan & cemuhan orang ramai sebagaimana para ulama' silam telah melaluinya. Namun, nama & perjuangan mereka akan tetap dikenang sepanjang zaman walaupun mereka sudah tiada lagi. Inilah yg dikatakan perjuangan yg hakiki. Semoga kita semua diberi petunjuk untuk kekal di jalan-Nya, ameen..

Tuesday, September 16, 2008

ISA, satu kezaliman?

Mufti Perlis: ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam

"Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?"

Continue reading: Laman Mufti Perlis or mStar Online

Sunday, August 31, 2008

Konsert Avril Lavigne di Kuala Lumpur

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin:

“Amat tidak wajar bagi pihak yang meluluskan konsert Avril Lavigne yang boleh menyumbang kepada unsur-unsur negatif kepada muda-mudi di negara ini. Penganjuran konsert ini menunjukkan ketidakprihantinan yang serius terhadap masalah keruntuhan moral yang sedang berlaku dalam negara ini.”

Source: Minda Mufti

Friday, June 20, 2008

Hari-hari terakhir di UIAM

Alhamdulillah, hampir segala urusan berkenaan study leave sudah pun selesai. Cuma agreement dengan UIAM je belum. Harapnya officer yang menguruskannya dapat mempercepatkan sedikit. Kalau tak, terpaksalah mereka pos dokumen yang berkenaan ke Taiping nanti. Tu pun satu kerja lagi nak kena pos dokumen tu ke MSD balik..huh.

Urusan dengan KPT semua dah settle. Pergi ke Putrajaya cuma sekali je, untuk ambik offer letter, borang agreement & medical check-up, serta beberapa dokumen lain. Lepas dah lengkapkan semua tu, malas nak ke sana lagi, so courier je, cepat & senang. Lagipun minyak mahal lar sekarang.. Hmm..buat medical check-up di Klinik UIAM je, sekaligus untuk USM sekali, di samping untuk KPT. Setahun yang lepas masa nak report duty sbg assistant lecturer, semua ok.. darah, urine, x-ray & penglihatan, cuma berat badan amatlah ringan pada masa tu. Tapi kali ni, ujian penglihatan saya bolehlah dikira gagal, tu yg doktor cakap lah. Memang agak kurang nampak pun masa nurse suruh saya baca huruf-huruf tu. Sekali nampak mcm 'C', sekali macam 'G', sekali lg macam 'O' pulak..ish3. Jadi doktor mintak saya gi check mata di klinik mata (optometrist). Hoho..dengan kata lain, kena pakai spec ke? Oh, tidak! Kalau tak pakai spec, nanti saya akan mengalami sindrom sakit kepala, kata doktor. Sekarang masih lg berkira-kira samada nak gi check atau tak. Kalau gi, dah tentu memang kena pakai spec. Tapi sampai bila nak lari? Nampaknya nikmat penglihatan yg Allah bagi ni dah semakin ditarik.. ingatkan mataku ini akan terus terang-benderang sampai ke hari tua..hehe. Panjangnya cerita pasal mata. Berat badan pulak ada peningkatan kalau banding dengan sebelum ni. Biasalah, hati bahagia, selera makan pun bertambahlah:-)

Walaupun dalam kekalutan nak meninggalkan UIAM ni, saya telah diminta oleh EIT Coordinator untuk melawat beberapa orang pelajar yg sedang menjalani industrial training. Mereka ini bertebaran di seluruh pelosok negara. Tapi saya dengan senang hatinya telah request untuk pergi ke Kelantan. Ada 5 orang pelajar yang buat praktikal di sana (3 di HUSM, 2 di MPKB). Sebenarnya ni ambik peluang nak balik kampung sekali..hehe. Bila dah dapat official letter drp EIT Unit, rupanya saya kena gi melawat seorang lagi pelajar di Banting (Sime Darby Research Center). Wah, jauh tu Banting. Dahlah sepanjang hidup ni tak pernak jejak kaki ke sana. Apapun, alhamdulillah semalam saya dah pun menyelesaikan tugasan saya di Banting tu dengan ditemani oleh Br. Raziff (Engineer kat Dept. of Biotech). Oklah jugak, dapat pengalaman baru. Sepanjang perjalanan tu, ada melalui beberapa pusat & institusi yg selama ni hanya dengar nama je, tapi tak tahu di mana lokasinya. Antaranya adalah Malaysia Nuclear Agency (dulunya MINT). Oo..kat situ rupanya. Walaupun ambik masa dua jam untuk sampai di lokasi tu, semuanya berjalan lacar tanpa sebarang 'kesesatan' di jalanan (berpandukan map yg student tu dah fax).

Dan esok (Sabtu), sesudah subuh saya akan bertolak ke Kelantan untuk tujuan lawatan tersebut. Walaupun minyak mahal, tapi apa boleh buat, ini memang tugasan, di samping membantu department yg semakin hari semakin kurang staffnya..isk3. Tapi takpe, boleh claim mileage serta elaun-elaun lain nanti. Kadar untuk claim mileage ni patutnya dinaikkan lagi lah bila harga petrol dah naik ni (demand sikit..)

Semalam bila buka laman web Mufti Perlis, ada nampak satu poster pemberitahuan tentang Wacana Perdana sempena 100 hari Pemerintahan Pakatan Rakyat diadakan pd malam esok di Kompleks Balai Islam, Lundang, Kota Bharu. Yang menarik perhatian saya adalah antara senarai ahli panel yg dijemput, iaitu Mufti Perlis sendiri, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan juga Prof. Dr. Abd Aziz Bari dari Kulliyah of Law, UIAM. Ini yg membuatkan saya terpanggil untuk menghadirinya. Insya Allah, kalau ada kekuatan & kesempatan.

Ok, cukup untuk setakat ni. Kita berjumpa lagi di ruangan yg lain, Insya Allah. Doakan keselamatan saya sekeluarga.

Wassalam.

Monday, June 9, 2008

Berbicara soal kenaikan harga bahan api di Malaysia

Tanggal 5 Jun 2008 merupakan satu tarikh yang mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Rakyat tentunya terkedu dengan keputusan kerajaan (yg diberi mandat oleh rakyat dalam pilihan raya lepas) menaikkan harga petrol dan diesel, masing-masing kepada RM2.70 dan RM2.58 seliter. Saya pada petang 4 Jun tersebut dalam perjalanan pulang dari Shah Alam ke Gombak selepas menziarahi sanak-saudara bersama isteri, ibu dan adik saya. Tatkala diumumkan keputusan kerajaan tentang kenaikan harga minyak itu, stesen-stesen minyak diserbu ratusan kenderaan. Saya juga mengambil keputusan untuk mengisi minyak apabila sampai di Stesen Petronas Hulu Kelang. Itulah kali terakhir saya berkesempatan mengisi minyak dengan harga RM1.92 seliter.

Rata-rata, rakyat Malaysia mepersoalkan keputusan tersebut. Rakyat bukannya pakar ekonomi, tapi mereka tentu boleh berfikir secara logik akan hal ini. Dengan kenaikan harga minyak mentah dunia, maka kerajaan terpaksa menaikkan harga bahan api tersebut. Namun yang dipersoalkan oleh logik akal rakyat adalah, sekiranya harga minyak mentah dunia meningkat, maka sudah tentu untung oleh Petronas juga berlipat kali ganda. Atau adakah ini tidak masuk akal? Budak sekolah rendah pun sudah tentu dapat memikirkannya. Maka kemana perginya keuntungan Petronas ini? Sejauh manakah projek-projek mega yg dijalankan dapat menyumbang kepada kesenangan hidup rakyat secara keseluruhannya?

Ya, sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang tinggal di Malaysia, saya sudah tentu turut terkena bahang tekanan akibat kenaikan harga minyak ini. Kenaikan harga ini secara langsung telah menyebabkan banyak barangan lain di pasaran turut meningkat, yg sememangnya tidak akan dpt dielakkan. Apatah lagi kadar tarif elektrik juga telah dinaikkan. Saya berdoa semoga Allah sentiasa membela nasib rakyat yang teraniaya. Sesungguhnya doa rakyat yang teraniaya pasti akan dimakbulkan oleh Allah SWT.

Saya tidak mahu berbicara panjang soal kenaikan harga minyak ini. Cuma sukacita sekiranya saya dapat berkongsi beberapa pendapat & luahan tokoh-tokoh terkenal di Malaysia tentang hal ini.

Seperti yang saya tunggu-tunggu, dan saya percaya ramai yang lain juga mengharapakan, Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah secara lantang menulis tentang topik ini. Saya amat mengagumi akan keberanian & ketelusan beliau dalam melontarkan pandangan, tidak kira kepada siapa, berpegang kepada prinsip kebenaran. Artikel beliau yg terbaru, Agama Bukan Candu untuk Mengkhayalkan Orang Miskin di laman web beliau serta Mingguan Malaysia 8 Jun 2008.

Berikut adalaha beberapa perenggan tulisan beliau:

.....Saya tahu, selepas ini banyak forum-forum perdana, ceramah-ceramah di radio dan televisyen akan memperkatakan tentang kewajipan berjimat cermat. Maka ustaz, ustazah dan penceramah pun –atas pemintaan penaja yang membayar harga ceramah- akan bersungguh-sungguh menyuruh orang-orang bawahan untuk berjimat cermat.

Dalil-dalil pun akan dibaca. Mungkin akan ada ustazah yang mencari cerita-cerita ajaib yang baru untuk dikaitkan dengan bab jimat cermat dan jangan membazir. Mungkin akan ada penceramah yang cuba menangis-menangis –seperti seorang pelakon berjaya yang menerima anugerah- bercerita kepada mak cik-makcik yang kusyuk menonton tentang azab seorang yang membazir ‘nasi lemaknya’.

Datanglah orang-orang kampung mendengar forum perdana dengan basikal atau motosikal sebagai menyahut seruan agar tidak membazir petrol. Adapun penceramah, datuk-datuk pengajur, YB-YB hanya menggunakan kenderaan mewah yang berkapasiti atas daripada 2000cc. Tujuannya untuk mengelakkan pembaziran wang kerajaan yang terpaksa dibayar kepada empunya kenderaan 2000cc ke bawah, lebih tinggi daripada 2000 ke atas.

Maka insaflah mak cik dan pak cik yang barangkali teringatkan tulang ikan yang pernah dibuangnya padahal masih ada sedikit sisa isinya yang melekat. Itulah membazir namanya. Maka, atas keinsafan dan taubat itu, mungkin ada yang akan mula mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air kopinya yang memang sudah ‘ceroi’ akan ditukar kepada yang warna hitamnya antara kelihatan dan tidak. Maka selamat negara kita ini, disebabkan pakcik dan makcik, pak long dan mak long, pak lang dan mak lang di kampung sudah mengubah gaya hidup mereka.

Jika saya hadir ke forum yang seperti itu, saya ingin bertanya soalan, tapi soalan yang belum ‘dijakimkan’, “apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan?”. Sebelum harga minyak naik, telah sekian mereka yang berada di teratak usang itu menjimat makan dan pakai. Saban hari mereka mengira belanja untuk memboleh mereka terus hidup di kala negara dunia belum menghadapi krisis harga minyak.


Baca selanjutnya di laman web Mufti Perlis>>

Selain itu, satu tulisan yang menarik telah ditulis oleh Tun Dr. Mahathir Moahamad, mantan Perdana Menteri Malaysia di blog beliau yg bertajuk 'Oil Price'. Penerangan beliau akan hal ini tampak lebih mudah untuk difahami, diselit dengan beberapa contoh pengiraan & situasi tertentu.

Banyak lagi tulisan, kolum & pendapat yg berkaitan dengan perkara ini, yg mana ada sebahagiannya saya linkkan di sisi blog ini untuk bacaan rakan-rakan.

Wassalam.

Monday, April 21, 2008

Kekeliruan Identiti Menjadikan Kita Hilang Arah

Artikel Dr. Mohd Asri Zainul Abidin seperti yang dimuatkan dalam Mingguan Malaysia 20 April 2008.

-----------------------

Saya baru sahaja berjumpa dengan YAB Perdana Menteri secara peribadi di pejabatnya pada hari Khamis lepas. Saya memberikan pandangan dalam beberapa perkara. Antaranya mengenai tuntutan memaklumkan keislaman seseorang yang baru menganut Islam kepada keluarga. Saya bertanya maksud beliau, kerana saya amat tidak bersetuju jika itu dijadikan syarat.

Beliau memberitahu kepada saya itu bukan syarat pengesahan pendaftaran. Beliau akan membuat penjelasan nanti. Saya berterima kasih dan lega. Jika tidak, saudara-saudara muslim kita yang baru akan menjadi mangsa, sama ada tekanan keluarga atau tekanan undang-undang. Maka betapa Islam yang menjadi agama rasmi negara ini, penganutnya pula tertindas. Di manakah identiti islam dalam negara ini?

Monday, April 7, 2008

Jika Kita Tidak Dihina Orang, Jangan Menghina Diri Sendiri

Seperti yang diharap dan dinantikan oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang peka & sensitif, Dr. Mohd Asri akhirnya menulis sesuatu untuk tatapan serta renungan kita semua berkenaan penghinaan ahli parlimen Belanda ke atas Islam & Qur'an. Selamat membaca...

------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin


Di Malaysia agak menarik, mereka yang sebelum ini tidak pernah sensitif dalam isu-isu yang seperti itu, tiba-tiba muncul mengangkat sepanduk bantahan di muka hadapan akhbar. Mungkin semangat baru telah muncul dalam diri masing-masing untuk membela Islam. Itulah yang kita harapkan.

Atau, sebagai salah satu ubat yang cuba ditelan bagi memulihkan diri akibat hentakan demam pilihanraya yang ramai belum dapat ‘kebah’. Apapun sebabnya, saya amat bersetuju dengan bantahan tersebut dan juga kempen memboikot barangan Belanda.

Namun, seperti biasa saya ingin mengajak kita melihat isu ini dari sudut-sudut yang lain juga. Kita perlu jelas, bahawa apa yang kita bantah bukanlah hak untuk individu atau syarikat menerbitkan sesebuah filem. Kita percaya kepada hak dan kebebasan yang dimiliki oleh individu, atau syarikat atau negara dalam batasan yang wajar.

Sunday, March 30, 2008

Impian Rakyat Adalah Melihat Keadilan Dan Kesaksamaan

Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis

Rakyat bukan mengharapkan dari pemimpin untuk menunjuk-nunjuk kemewahan diri seperti mana peraga fesyen mempamerkan gaya dan keranggian pakaian mereka di atas pentas. Apa yang rakyat harapkan adalah pemimpin melakukan keadilan dan kesaksamaan.


Teruskan membaca>>
Lihat kenyataan Mufti Perlis kepada TV3 di sini>>


Monday, March 24, 2008

Pengampu Dan Penasihat Yang Membawa Reba Dan Rebah

Petikan kata-kata SS Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
--------------------------------------------------------------------------

"Saya sentuh tajuk ini kerana saya melihat ada yang cuba mencari sebab kenapa rakyat menolak mereka. Sesungguhnya sebab itu tidak dapat diperolehi, jika pemberi maklumat atau penganalis itu masih lagi membodek dan mengampu. Carilah insan-insan jujur yang takutkan Allah dan selalu bercakap benar. Di situ akan terubatlah banyak luka dan cedera yang dialami".

Teruskan membaca...>>

Wassalam.

Tuesday, October 9, 2007

Zakat Berbaki Atau Kita Kurang Bijak Membahagi

Oh, mmg ada artikel yg Tuan Mufti tulis pasal zakat ni. Sy pernah mendengar drp kuliah hadith beliau yg bertajuk Jihad Bukan Keganasan, tp ada disentuh pasal zakat. Thanks to Tun Abdul Muiz for the info. Sama-samalah kita baca & renungkan.

Zakat Berbaki Atau Kita Kurang Bijak Membahagi at http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=8

Wassalam.

Sunday, September 30, 2007

Puasa tidak boleh berpisah dari dalil sunah

Salam to all...this is an article written by Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, the Mufti of Perlis., about fasting. The article can actually be found in Utusan Malaysia (30 September 2007). I just post the article here too, so that it can be easily shared together, particularly for those who do not have chance to read it from Utusan Malaysia. The original article can be viewed and read from the link that I've provided in the end, or at my highlighetd news..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

TIADA siapa pun yang beriman dapat menafikan bahawa pengamalan agama ini hendaklah berteraskan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah tempat rujukan tanpa sebarang pertikaian mengenai hakikat Islam dan cara ibadah dalam Islam.

Seorang agamawan sama ada dia sarjana besar, atau memiliki puluhan Ph.D sekalipun, mufti atau siapa sahaja, jika huraiannya mengenai agama ini tidak selaras dengan dalil-dalil sunah Nabi maka ia tidak diterima.

Penolakan terhadap sunah Rasulullah berlaku dalam dua bentuk; pertama; golongan yang menolaknya secara prinsip iaitu golongan antihadis. Mereka ini pada hakikatnya menolak nas-nas al-Quran itu sendiri yang menyuruh agar kita mengikuti Rasulullah.

Kelompok kedua mereka tidak mendakwa menolak sunah Nabi. Tetapi apabila mereka dapati nas-nas hadis yang tidak bersesuaian dengan selera, kepentingan, kebiasaan atau adat mereka, maka berbagai-bagai alasan diberikan agar dimandulkan isi kandungan hadis berkenaan sekalipun jelas kepada mereka kebenaran hadis tersebut. Bukan kerana mereka tidak tahu hadis adalah rujukan yang benar dalam Islam namun kerana enggan mengubah kebiasaan atau ketaksuban terhadap pendapat yang diikuti sejak sekian lama.

Tokoh-tokoh cendekiawan Islam yang agung seperti para imam mazhab yang empat dan selain mereka sering menegaskan agar hal yang seperti ini tidak boleh dilakukan oleh seorang Muslim. Sebagai contohnya apa yang disebut oleh tokoh sarjana kita, al-Imam al-Syafii yang melambangkan ketaatan kepada nas-nas sunah dan kebebasan dirinya yang agung dari ketaksuban pendapat. Beliau pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah). Katanya juga: “Jika kamu dapati apa yang ada di dalam bukuku menyanggahi sunah Rasulullah s.a.w. maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkanlah pendapatku.” (Al-Zahabi, Siyar A’ lam al-Nubala. 10/34). Kata seorang rawi hadis yang besar iaitu al-Humaidi (meninggal 219H): Suatu hari al-Syafii meriwayatkan sebuah hadis. Aku bertanya: “Apakah engkau akan berpegang dengannya?” Dia menjawab: “Apakah engkau menganggap aku ini datang dari gereja, atau memakai tali pinggang Kristian sampai apabila aku mendengar sesuatu hadis daripada Rasulullah s.a.w. lalu aku tidak berpegang dengannya.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). Juga al-Imam al-Syafii: “Setiap hadis daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). Katanya lagi: “Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunah daripada RasululLah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannya kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/263). Juga katanya: “Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadis daripada Nabi yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/266). Sehingga beliau berkata: “Apabila sahihnya sesuatu hadis maka itulah mazhabku.” (Al- Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

Inilah imam yang agung. Melarang kita taksub kepada pandangannya tanpa melihat dalil sunah daripada Rasulullah. Demikian juga imam-imam agung yang lain, menyatakan pendirian yang sama. Malangnya, ada orang mendakwa pengikut mazhab imam-imam ini lebih lajak dari laju sehingga mendakwa seseorang tidak boleh mengambil pendapat lain selain mazhab tertentu.
Kita sepatutnya mencontohi akhlak terhadap Rasulullah yang ditunjukkan oleh para imam kita ini. Kesopanan yang tinggi terhadap inti kandungan sunah Nabi dan seruannya agar semua pihak membebaskan diri dari ketaksuban.

Berbalik kepada kehidupan kita, kadang-kala kebiasaan mengongkong kita lebih dari dalil dan nas-nas agama. Umpamanya kadangkala lihat wanita yang menutup aurat, tetapi apabila hendak bersolat dia seakan tidak mampu selagi tidak memakai telekung putih yang menjadi kebiasaan orang Nusantara. Saya bukan menyalahkan pakaian tersebut. Seseorang boleh memakainya jika dia mahu. Tetapi keterikatan dengan ‘uniform’ yang seperti itu boleh membebankan diri dan melupakan kita bahawa dengan pakaian yang ada sudah memadai. Sehingga ada yang menangguh solat hanya kerana tertinggal telekungnya.

Apabila saya memperkatakan tentang pemandu bas perjalanan jauh boleh berbuka puasa kerana musafir, ramai yang bersetuju. Tetapi apabila saya menyebut mereka sepatutnya berbuka puasa, bahkan disuruh berbuka puasa jika puasa itu mengganggu tumpuan pemanduan mereka lalu membahayakan nyawanya dan penumpang dan jika dia berpuasa juga dia menyanggahi petunjuk agama ini, ada pihak yang bertanya saya; apakah sampai hendak disuruh buka, setakat diberikan pilihan itu, tidak mengapalah?! Saya beritahu kepada mereka bahawa dalam hadis; Rasulullah dalam satu perjalanan lalu mellihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang dipayung (kerana terlalu teruk berpuasa). Lalu baginda bertanya: Kenapa? Mereka menjawab: Dia berpuasa. Baginda bersabda: Bukanlah sesuatu yang baik itu, berpuasa ketika musafir (riwayat al-Bukhari). Hadis ini adalah ulasan Nabi terhadap lelaki berkenaan yang mana puasanya telah membawa mudarat kepada dirinya sendiri. Maka baginda menyatakan bukan satu perkara yang dianggap baik dalam Islam berpuasa ketika musafir sehingga memudaratkan diri. Jika memudaratkan diri disebabkan berpuasa ketika musafir dibantahi oleh Rasulullah bagaimana pula dengan pemandu bas yang jika puasanya boleh memudaratkan dirinya, penumpang yang ramai di belakangnya dan pengguna jalanraya yang lain? Tentulah mereka ini lebih utama untuk berbuka lebih dari lelaki dalam hadis di atas.

Dalam banyak hal, kita kurang bertanya dalil mengenai amalan agama kita, melainkan berdasarkan ikutan yang sudah menjadi kebiasaan semata. Ada orang yang sakit mata dan telinga berkata; saya terpaksa menanggung kesakitan sepanjang hari kerana jika saya titikkan ubat saya nanti batal puasa saya. Saya bertanya dia; siapa yang menyatakan batal? Dia berkata: Ramai yang kata macam itu. Saya kata kepadanya: Dalam hadis disebutkan: Rasulullah s.a.w. bercelak sedangkan baginda berpuasa (riwayat Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani). Jika memasukkan sesuatu ke daerah mata atau setiap rongga membatalkan puasa, tentu baginda tidak lakukan.

Demikian juga anggapan ramai pihak bahawa seseorang yang mandi disebabkan keletihan atau terlalu dahaga pada bulan Ramadan, mengurangkan pahala puasanya. Ada yang menambah, sesiapa yang mandi selepas waktu asar, juga berkurangan pahala puasanya. Sedang di dalam hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh al- Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud: Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan: “Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan: “Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” (Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, Beirut: Dar al-Fikr). Maka tidak menjadi kesalahan mereka yang letih atau kekeringan ketika bertugas membasahkan kepala atau mandi demi menambahkan kesegaran dan meneruskan urusan. Agama ini sangat rasional. Ia tidak menyuruh kita keletihan dan tersandar sepanjang hari.

Dalam sunah kita disunatkan berbuka puasa dengan rutab, jika tidak ada dengan tamar, jika tidak dengan air. Rutab ialah buah kurma yang masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis. Adapun tamar adalah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu‘jam al-Wasit 1/88). Faedah kesihatan juga terbukti secara saintifik berbuka dengan rutab atau tamar. Sesetengah menganggap jika ada air zamzam itu lebih baik. Sebenarnya, dakwaan seperti ini tidak berteraskan hadis. Anas katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Al-Diya al-Maqdisi menilai hadis ini sebagai sahih). Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air… Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zamzam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zamzam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah).

Demikian sesetengah kita, akan berhenti memakan sahur apabila melihat jadual waktu imsak yang disebarkan oleh kebanyakan pihak. Jadual itu biasanya akan menetapkan waktu berpuasa lebih awal dari masuknya waktu solat subuh. Padahal al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187). Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi menyebut dengan jelas: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh). Ibn Ummi Maktum adalah muazzin Nabi. Baginda mengajar kita dalam hadis ini agar kita boleh bersahur sehingga masuknya waktu solat subuh. Apabila waktu solat subuh, bererti waktu sahur berakhir. Baginda tidak pula menyebut beberapa ketika atau setengah jam sebelum subuh. Bahkan dalam hadis Abu Daud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya. Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani). Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang. Islam itu mudah dan praktikal. Ada orang kata, dia tidak dapat terima pendapat ini. Saya katakan kepadanya: Ini hadis bukan pendapat. Dia kata: Saya pakai pendapat orang ramai. Saya katakan: Agama berdasarkan dalil, bukan emosi.

Dalam hadis disebut “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis yang lain baginda bersabda: Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Tujuan hadis ini agar solat tidak diganggu oleh ingatan kepada makanan. Makanlah dengan sederhana kemudian bersolatlah. Namun ramai yang apabila hidangan berbuka puasa di hadapan matanya dan keinginannya pula tinggi, lalu dia meninggalkan hidangan pergi menunaikan solat dengan hati yang tidak fokus. Seakan itu petunjuk agama. Sebenarnya petunjuk Nabi bukan demikian. Baginda lebih memahami jiwa insan. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis- hadis tersebut menunjukkan dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, Beirut: Dar al-Khair).

Apa yang ingin saya jelaskan, betapa pentingnya agama ini dibina di atas dalil. Sesiapa sahaja yang berbicara tentang agama, sehebat mana dia, mintalah kemukakan dalil syarak. Agar agama tidak menjadi jualan murah yang diberi lesen kepada sesiapa sahaja untuk mewakili Allah dan Rasul-Nya tanpa bukti. Contoh-contoh puasa adalah sempena Ramadan yang masih kita lalui. Banyak lagi contoh lain jika ingin dibicarakan. Semoga puasa kita mendekatkan kita kepada sumber yang agung; al-Quran dan al-sunah.

Sumber: Bicara Agama, Utusan Malaysia, 30 September 2007 / 18 Ramadhan 1428H
Link:http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0930&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm