Monday, April 7, 2008

Jika Kita Tidak Dihina Orang, Jangan Menghina Diri Sendiri

Seperti yang diharap dan dinantikan oleh kebanyakan rakyat Malaysia yang peka & sensitif, Dr. Mohd Asri akhirnya menulis sesuatu untuk tatapan serta renungan kita semua berkenaan penghinaan ahli parlimen Belanda ke atas Islam & Qur'an. Selamat membaca...

------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin


Di Malaysia agak menarik, mereka yang sebelum ini tidak pernah sensitif dalam isu-isu yang seperti itu, tiba-tiba muncul mengangkat sepanduk bantahan di muka hadapan akhbar. Mungkin semangat baru telah muncul dalam diri masing-masing untuk membela Islam. Itulah yang kita harapkan.

Atau, sebagai salah satu ubat yang cuba ditelan bagi memulihkan diri akibat hentakan demam pilihanraya yang ramai belum dapat ‘kebah’. Apapun sebabnya, saya amat bersetuju dengan bantahan tersebut dan juga kempen memboikot barangan Belanda.

Namun, seperti biasa saya ingin mengajak kita melihat isu ini dari sudut-sudut yang lain juga. Kita perlu jelas, bahawa apa yang kita bantah bukanlah hak untuk individu atau syarikat menerbitkan sesebuah filem. Kita percaya kepada hak dan kebebasan yang dimiliki oleh individu, atau syarikat atau negara dalam batasan yang wajar.

No comments: