Tuesday, September 16, 2008

ISA, satu kezaliman?

Mufti Perlis: ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam

"Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adilpun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?"

Continue reading: Laman Mufti Perlis or mStar Online

2 comments:

ibnul'araby said...

Setelah meneliti isu ini.. rasanya ISA masih diperlukan utk pencegahan. Namun ia tidak wajar dijadikan KUASA penuh kepada Menteri Dalam Negeri dan Polis semata2 utk menentukan tempoh tahanan.. Tapi hendaklah pergi lebih jauh sedikit daripada itu.. Dengan berpandangan, "Prevention is always better than cure", saya berpendapat ISA boleh digunakan utk soal siasat sahaja dengan mengguna pakai konsep reman. Bermakna pegawai penyiasat harus mendapatkan perintah mahkamah selain Menteri terlibat bagi membolehkan seseorang ditahan dibawah ISA bagi tempoh tertentu yg munasabah utk tujuan siasatan. Andainya terdapat kes atau bukti2 yg jelas maka hendaklah dibentangkan dihadapan hakim utk samada meminta lanjutan tahanan bagi meneruskan soal siasat atau menahan sementara suspek(HANYA bagi kes-kes yang kemungkinan tiada akta utk disabitkan pada ketika tersebut.) Namun sekali lagi, tempohnya harus munasabah dan sekadar cukup utk menghalang sesuatu ancaman itu berlaku.

Selain itu, bentuk2 physical and mental torture yang diguna pakai ketika soal siasat harus dikaji semula supaya ia tidak sampai menjadikan seseorang itu menghadapi tekanan melampau sehingga sanggup mengakui apa yg tidak beliau lakukan.. Pemimpin negara dan pembuat dasar harus memerhati aspek ini kerana anda akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah nanti..

Andai tiada sebarang bukti, maka yang ditahan harus dibebaskan sesegera mungkin. Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah..!!!!

:: !zyan :: said...

setuju dgn komen di atas....