Friday, October 9, 2009

Isteri minta cerai, adakah bergegar Arasy?

Dah lama rasanya tidak berkongsi artikel dan berita yg saya kira sedikit sebanyak membantu menambah kefahaman dan ilmu kita semua, ataupun membetulkan salah faham masyarakat kita hari ini.

Baru saya tahu rupanya hadis yg mengatakan bahawa isteri yg meminta cerai drp suami akan menyebabkan arasy Allah bergegar adalah hadis palsu.

Petikan drp tulisan Dr. Mohd Asri:

Wanita muslimah hendaklah tahu bahawa mereka boleh memohon cerai apabila mereka rasa terancam, atau tidak dapat bahagia lagi dengan suami mereka. Ungkapan sesetengah ustaz atau penceramah “Talak menggegar Arsy Tuhan” adalah unggapan daripada hadis palsu yang tidak wajar disandarkan kepada Islam yang adil ini. Talak ialah jalan keluar terakhir kepada masalah rumah tangga. Perkahwinan bukanlah penjara kejam untuk wanita, sebaliknya ia adalah mahligai kebahgiaan. Jika ia menjadi neraka dunia, maka seseorang wanita hendaklah mengeluarkan diri darinya.

Baca selanjutnya di sini.

Wassalam.

1 comment:

Zanie said...

Saya pun ada mendengar ceramah dari seorang ustaz tersohor di pantai timur ini. Beliau mengatakan jika seorang suamni tidak memberi nafkah yang sepatutnya, si isteri boleh keluar dari rumah tanpa memohon kebenaran suami untuk berjumpa dan mengadu kepada kadi. Wanita itu boleh memohon fasakh dan kadi boleh menceraikan keduanya setelah sah berlaku penganiayaan seperti yang didakwa. Islam memandang perceraian sebagai sesuatu yang dibolehkan untuk kesejahteraan umatnya.

Wassalam.