Monday, April 21, 2008

Kekeliruan Identiti Menjadikan Kita Hilang Arah

Artikel Dr. Mohd Asri Zainul Abidin seperti yang dimuatkan dalam Mingguan Malaysia 20 April 2008.

-----------------------

Saya baru sahaja berjumpa dengan YAB Perdana Menteri secara peribadi di pejabatnya pada hari Khamis lepas. Saya memberikan pandangan dalam beberapa perkara. Antaranya mengenai tuntutan memaklumkan keislaman seseorang yang baru menganut Islam kepada keluarga. Saya bertanya maksud beliau, kerana saya amat tidak bersetuju jika itu dijadikan syarat.

Beliau memberitahu kepada saya itu bukan syarat pengesahan pendaftaran. Beliau akan membuat penjelasan nanti. Saya berterima kasih dan lega. Jika tidak, saudara-saudara muslim kita yang baru akan menjadi mangsa, sama ada tekanan keluarga atau tekanan undang-undang. Maka betapa Islam yang menjadi agama rasmi negara ini, penganutnya pula tertindas. Di manakah identiti islam dalam negara ini?

No comments: