Wednesday, October 8, 2008

Persaraan SS Mufti Perlis

Banyak pihak agak terkejut, dan mungkin juga bersedih atas keputusan SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) untuk bersara lebih awal dan tidak menyambung kontrak sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Dalam masa yg sama, sememangnya keputusan ini sudah dijangkakan kerana seingat saya, beliau pernah mengatakan bahawa beliau tak berhajat untuk berada di kedudukan itu utk jangka masa yg lama. Insya Allah, medium perjuangan dakwah tidak akan tertutup dengan berakhirnya jawatan itu, malah mungkin satu medium yg lebih baik bakal terbentang.

Jawatan Mufti bukanlah jawatan untuk bermewah-mewah & mencari populariti. Ia satu tanggungjawab yg besar pd agama Islam & masyarakat. Syabas saya ucapkan pd Dr. MAZA kerana tetap istiqamah di jalan-Nya & berpegang teguh pd prinsip kebenaran walaupun didatangi pelbagai cubaan & dugaan, bukan saja semasa bergelar Mufti, malah sebelum itu lagi.

Saya secara peribadinya telah banyak belajar drp beliau - melalui kuliah, seminar, serta tulisan-tulisan beliau. Pandangan, penjelasan & hujah-hujah beliau telah menyedarkan saya akan banyak perkara yg selama ini dirasakan telah betul & sempurna, tanpa pernah mengambil kira tentang hujah & dalil asal ia keluar dr mulut seseorang yg bergelar 'ustaz' atau 'ustazah'. Padahal, Islam seharusnya dibina di atas hujah & fakta yg sahih.

Sejak pertama kali mengikuti kuliah beliau semasa saya di tahun pertama UIAM, saya mula tertarik dengan pendekatan beliau. Ilmiah dan tegas, tp amat mudah difahami. Buku beliau yg pertama kali saya baca yg bertajuk 'Pertelingkahan antara sahabat: Antara ketulenan fakta & pembohongan sejarah' meninggalkan impak yg besar ke atas diri saya untuk terus menyelami, menambah & memperbaiki pengetahuan saya tentang Islam yg sebenar, sebagaimana yg ditunjukkan oleh Rasulullah & para salafus soleh.

Saya gemarkan pendekatan yg beliau gunakan dlm memberi penjelasan tentang Islam, dan juga isu-isu lain. Malah saya rasa banyak pihak lain pun begitu. Bukan bermakna kita memuja beliau. Kalau ada para ilmuan lain yg berani & berpegang pd prinsip kebenaran seperti beliau, sudah tentu kita juga mengalukannya. Malah saya berdoa agar kita akan dikurniakan dengan lebih ramai Dr. MAZA selepas ni, malah mungkin lebih baik.

Sesungguhnya tiada perjuangan atas paksi kebenaran yg tidak mendapat tentangan & cemuhan orang ramai sebagaimana para ulama' silam telah melaluinya. Namun, nama & perjuangan mereka akan tetap dikenang sepanjang zaman walaupun mereka sudah tiada lagi. Inilah yg dikatakan perjuangan yg hakiki. Semoga kita semua diberi petunjuk untuk kekal di jalan-Nya, ameen..

4 comments:

ibnul'araby said...

Wahhhh.. Dato' Nazri lebih awal dalam memberi comment dalam page drmaza.com.. Comment no 19.. huhu

Hmm.. still finding some time to wrote something about him..

He and his post are one of the main topic in the net lately.. Dahsyat gak le pengaruhnyer.. huhu

mr fotografer said...

Hehe..akhirnya Tun berjaya mengesan komen yg tak seberapa tu. Saje tak nak ketinggalan, dedikasi sesuatu utk beliau.

Ok, I'm waiting for ur new post on ur blog!

Anonymous said...

Biarla orang lain pulak jadi Mufti,...yang lebih berkaliber lagi dari beliau,cukupla setakat itu beliau jadi Mufti...moga perlis bersinar kembali...

mr fotografer said...

Ok, nanti kita tengok sejauh mana "bersinar"nya Perlis dgn Mufti yg baru ni. Itupun klu dia tetap berpegang pd prinsip ilmu, berani menyampaikan kebenaran & bukan setakat menjadi boneka serta pengampu pemimpin politik semata.