Showing posts with label Opinion. Show all posts
Showing posts with label Opinion. Show all posts

Monday, July 10, 2017

Take what you need, Give back the rest


"Take what you need only, give back the rest."

Penyakit orang berharta, beli rumah/tanah lebih daripada yang diperlukan. Katanya nak buat pelaburan.

Akibatnya, yang kaya bertambah kaya, seronok kumpul harta. Harga rumah/tanah makin melambung. Yang miskin terus miskin, sampai mati pun tak boleh beli rumah.

Habis tu salah ke kumpul harta (dengan cara yang halal)? Eh, tak lah, tak salah pun. Silalah kumpul. Nanti esok lusa mati, lepas ke tangan orang lain juga, bukan boleh bawa masuk kubur pun.

Teruskan tersenyum :)

Gambar hiasan: Penjual sayur-sayuran & ulam-ulaman di pasar pagi di Matang, dalam daerah Taiping, Perak. (by Nikon D90, Nikkor 35mm lens)

Wednesday, March 8, 2017

Adab dan Seni dalam Bersahabat


Antara adab & seni dalam bersahabat adalah, bila berjumpa beramai-ramai, elakkan bercakap tentang perkara yg mana satu atau dua orang kwn akan rasa tersisih sbb perkara itu tiada kena mengena dgn mereka. Mereka mungkin tidak berani mencelah kerana takut dikatakan mengganggu atau tidak faham konteks perbincangan. Akibatnya, mereka rasa dipinggirkan dan tak diperlukan.

Sebagai contoh, ada kwn yg mungkin sedikit lemah dalam hal akademik, jadi bila berjumpa elakkan bercakap tentang hal yg terlalu advanced, tentang peluang kerja yg datang bertimbun, tentang tawaran utk buat Masters atau PhD, dan seumpamanya. Dah tentu dia akan rasa tersisih kerana dia tahu dia tidak sehebat itu (dlm konteks tersebut). Klu nak sembang pasal 'tawaran' utk masuk kubur terus takpe, sbb itu tajuk umum utk semua. Semua pakat ingat mati :p

Kena ingat, Allah dah bahagikan rezeki & nikmatnya secara adil untuk semua. Jumlahnya, di mana, bila dan bagaimana bentuknya itu hanya Dia yang tahu. Sama-sama kita lebih cakna, jaga hati kawan-kawan semampu yg boleh. Itu lah adab bersahabat namanya.

Saling mengingatkan. Teruskan tersenyum :)

Monday, November 21, 2016

Kereta Mahal Tetap Perlu Berhenti


Kereta kalau semahal mana sekalipun, kena berhenti. Seperti berhenti di stesen minyak, tempat servis, ataupun berhenti kerana ada masalah di jalan raya. Mana ada kereta tak berhenti 24 jam. Akibatnya, enjin jadi panas, brek panas, air kering, dan minyak habis.

Samalah kita sebagai manusia, perlu berhenti apabila masuk waktu solat. Dalam 24 jam, kita berhenti lima kali untuk solat. (TGNA dalam Komik Tazkirah Tuan Guru, 2016).




Model of Yesteryear, Ford 1912, by Nikon D90 with Nikkor 35mm f/1.8G lens



Sunday, November 20, 2016

Pencetus Ummah 2016


Satu atau dua bulan lepas saya ada menulis di Facebook bahawa saya berhasrat untuk menonton rancangan Pencetus Ummah (PU) edisi 2016 atas faktor kehadiran Dr. MAZA sebagai juri tetap (selepas mendengar berita tentang itu di radio), kerana ia pasti ada kelainan. Saya baru sedar rupanya sudah 4 minggu ia berlangsung, dan kali pertama saya menonton rancangan tersebut di TV ketika balik di Taiping beberapa hari yang lepas. 

Saya suka. Kehadiran Dr. MAZA memang memberi impak besar terutamanya kepada isi kandungan penyampaian. Jelas kelihatan para peserta membuat 'homework' dan bercakap atas fakta ilmiah, selain penyampaian yg tidak kurang hebatnya. 


 Barisan juri tetap & jemputan PU pada minggu ke-4. 
(Gambar ihsan daripada Facebook DrMAZA.com)

Yang lebih ditunggu adalah ulasan, nasihat & tambahan atau pembetulan fakta (jika ada) oleh Dr. MAZA setiap kali selesai penyampaian. Juri jemputan setakat ini juga saya suka. Prof Dr. Mahmud Zuhdi, Dato' Abu Hasan Din, Dato' Dr. Mohd Fadzilah Kamsah.. dan saya suka PU Azman sebagai pengacara. Berilmu & mantap penyampaian beliau. Saya tak pernah kenal atau dengar beliau sebelum ini. Lepas ini kena banyak dengar kuliah beliau di youtube juga..

Yang baik kita sebarkan. Teruskan tersenyum :)

Friday, May 27, 2016

Benarkah Kita Tidak Harus Melihat pada Siapa yang Berkata?


Orang biasa berkata, "Jangan lihat pada siapa yang berkata, tapi lihatlah pada apa yang dikatakannya."

Sejauh mana benarnya kata-kata tersebut? Saya katakan, ia benar dan terpakai hanya apabila apa yang dikatakan itu adalah hal-hal umum yang semua orang tahu akan kebenarannya, seperti keperluan menjaga kebersihan, kewajipan mentaati ibu bapa, galakan berbuat baik sesama manusia, dan yang seumpamanya.

Namun dalam hal-hal khusus yang hanya diketahui oleh sekelompok manusia yang arif tentangnya, termasuk dalam hal keagamaan seperti hukum-hakam & selok-belok perundangan, hal yang berkaitan dengan perkara ghaib, kupasan tentang Al-Quran & hadith, ungkapan di atas tidak terpakai lagi.

Dalam hal ini, kita perlu melihat pada siapa yang berkata, dan bukan pada apa yang dikata semata. Jika kita bukan ahli dalam hal tersebut, bagaimana mungkin kita dapat tahu kebenaran apa yang dikatakan tanpa kita melihat pada siapa yang berkata? Bagaimana mungkin seseorang yang tidak mampu memahami dan bertutur dalam Bahasa Arab, tiba-tiba mahu berbicara tentang tafsir Al-Quran secara mentah tanpa merujuk kepada buku tafsir yang muktabar atau pada guru yang mahir dengan ilmu tafsir.

Saya katakan, antara cara kita melihat siapa yang berkata adalah dengan menilai latarbelakang pendidikannya, dalam bidang apa & di mana dia perolehi ijazahnya (atau Masters/PhD jika ada), juga lihat pada apa/siapa rujukan-rujukannya bila menukilkan suatu kata-kata jika mampu. Kita mungkin tidak mampu merujuk sendiri setiap sumber rujukan yang dipetik, tetapi kita mungkin pernah mendengar nama pengarang buku-buku tersebut. Itu juga boleh menjadi kayu ukur sejauh mana kebenaran kata-kata mereka.

Kaedah ini terpakai dalam semua bidang akademik dan bukan saja terbatas dalam hal keagamaan. Saya tentunya tidak akan percaya bila seseorang berbicara tentang teori fizik dan kosmos, malahan sampai ke tahap menyangkal teori relativiti oleh Einstein, atau teori Black Holes oleh Stephen Hawking walaupun dia seorang ustaz lulusan Al-Quran & Sunnah. Kenapa? Kerana ustaz tersebut bukan ahli dalam bidang fizik.

Barangkali 30-40 tahun dahulu tiadanya keperluan untuk melihat siapa yang berkata seperti yang saya sarankan itu, tetapi dalam dunia hari ini di mana kemunculan manusia yang mengaku pakar dalam sesuatu bidang, terutamanya bidang agama, adalah ibarat tumbuhnya cendawan selepas hujan, maka keperluan untuk melihat pada siapa yang berkata semakin mendesak. Para 'pakar' ini juga tidak seharusnya menyembunyikan latarbelakang pendidikan mereka jika mereka benar-benar yakin dengan ilmu mereka, dan tidak pula takut menerima persoalan & kritikan.

Itulah pendekatan saya. Saya sentiasa melihat siapa yang berkata bila bicaranya tentang hal-hal yang khusus, samada bidang agama atau bidang akademik yang lain.

Nazri Nawi
26 May 2016

Thursday, May 21, 2015

"Lelaki Kelantan" Perlu Boikot Kosmo!



Semalam, pada 20 Mei 2015, akhbar Kosmo! telah mengeluarkan satu berita bertajuk "Lelaki Kelantan diheret ke mahkamah", merujuk kepada seorang lelaki didakwa di mahkamah atas tuduhan membunuh tunangnya, seperti dalam gambar.


 Keratan Kosmo! 20 Mei 2015



Saya bukan nak sentuh pasal kes bunuh tu, memang sewajarnya dia didakwa & dikenakan hukuman jika terbukti dia melakukan jenayah tersebut. Apa yang amat mendukacitakan adalah, sekali lagi kita dihidangkan dengan etika kewartawanan yang amat rendah dan berat sebelah oleh penulis berita tersebut, juga ketua editor Kosmo!

Sejak bila pula apabila suatu jenayah dibuat, ia dikaitkan dengan negeri? Kenapa perlu ditulis "Lelaki Kelantan"? Lepas ni maknanya semua jenayah yang berlaku, tajuk berita tentangnya perlu ditulis bersertakan nama negeri. Contohnya, "Lelaki Selangor amuk, cederakan 3 orang.", atau "Wanita Pahang ditangkap mencuri barang di pasaraya", atau "Lelaki Malaysia songlapkan wang negara", dan lain-lain lagi. Tajuk-tajuk di atas hanyalah contoh semata, tiada kaitan dengan sesiapa. Jika ada, ia mungkin hanya kebetulan.

Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Ketereh & juga Presiden KAFA juga menyatakan kekecewaan beliau atas ketidakadilan berita yang ditulis.



Sumber: Facebook Tan Sri Annuar Musa


Dengan itu, saya menyeru semua "lelaki Kelantan" di luar sana agar kita boikot saja akhbar Kosmo! ini. Bukan saja "lelaki Kelantan", tapi seruan ini perlu disahut juga oleh "wanita Kelantan", "remaja Kelantan" dan "kanak-kanak Kelantan." Jika ada rakyat Malaysia lain mahu turut serta, ia amat dialu-alukan. Tunjukkan kepada mereka bahawa etika kewartawanan tahap sampah amat tidak dialukan oleh rakyat Malaysia. Banyak lagi akhbar lain yang boleh dibeli, Sinar Harian atau Berita Harian ke. Saya bukanlah minat membeli akhbar bercetak, sebab saya biasanya baca secara online saja. Tapi sekiranya ada hari tertentu yang saya rasa perlu beli akhbar, atas sebab topik tertentu yang menarik, maka saya akan pilih Sinar Harian. Itu pendapat saya semata, tidak wajib betul, harus salah.

Akhir sekali, saya harap Kelantan FA bakal memberi tentangan sengit kepada Singapore Lions XII dalam perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu ini, dan bakal kembali menjulang piala tersebut serta mengelakkan ia terlepas ke tangan pasukan negara jiran. Tak tahu lah jika ada rakyat Malaysia yang tak suka tengok Kelantan menang, dan lebih rela melihat Singapore menang.

Gomo Kelate Gomo!

Wednesday, May 20, 2015

Macai dan Wahabi. Kenapa double standard?


Dalam hal politik, jika ada individu yang kerjanya hanya menyokong, mengiyakan atau mempertahankan apa sahaja yang disebut oleh pemimpin parti politiknya, tanpa mengira samada ia benar atau tidak, atau tanpa perlu mengambil peduli akan hujah & fakta di sebalik kata-kata politik pemimpin tersebut, maka kemungkinan besar dia akan digelar sebagai ‘macai’ (oleh pihak lawannya). Ia saya kira satu istilah yang agak baru yang muncul dalam 4-5 tahun kebelakangan ini.

Dalam hal agama, jika ada individu yang kerjanya hanya menyokong, mengiyakan atau mempertahankan apa sahaja yang disebut oleh orang agama, apatah lagi ustaz/ustazah kesukaan mereka, tanpa mengira samada ia benar atau tidak, atau tanpa perlu mengambil peduli akan hujah & dalil (jika ada) di sebalik kata-kata orang agama tersebut, maka mungkin ramai yang berkata bahawa dia seorang yang taat & menghormati ulama’. 

Saya bertanya, kenapa pula individu ini tidak digelar sebagai ‘macai’ sebagaimana dalam senario politik seperti di atas? Padahal ciri kedua-dua individu itu sama saja. Yang membezakan adalah orang yang mereka pertahankan sahaja, antara orang politik & orang agama. Adakah orang agama itu sempurna & bebas memperkatakan apa saja tanpa perlu dipersoalkan kata-kata mereka?
 
Sebaliknya, jika ada individu yang memilih untuk bertanya tentang hujah & dalil (Quran & Sunnah) di sebalik kata-kata orang agama tersebut demi mencari kebenaran, kemungkinan besar dia akan dituduh sebagai tidak menghormati ulama’ & dilabel sebagai ‘wahabi’.

Kenapa ada double standard?

----

Teringat zaman belajar di UIAM suatu ketika dulu, kata seorang kenalan (ketika itu beliau sedang menyambung PhD dalam bidang hadith):

Di Malaysia ini senang saja untuk antum jadi ‘wahabi’, iaitu bila antum mula bertanya tentang dalil akan apa yang ustaz/ustazah katakan (dalam hal agama). Cukup 3 kali antum bertanya, antum akan jadi ‘wahabi’.

Hakikatnya begitulah.. 

Saturday, May 16, 2015

"If I were the Prime Minister in 2020"


Back in 1995, when I was in Standard 6, I was selected to represent the school in an inter-school public speaking competition called "Pertandingan Pidato Di Raja". I went on and won the competition with quite a clear margin, judging based on the crowd reaction at that time.

The tittle of my speech was "Seandainya Saya Sebagai Perdana Menteri pada tahun 2020." While on stage, I spoke like a true politician -lobbying and campaigning as if I was asking people to support me and vote for me, but never did I say anything bad about my "opponents" at that time. It was truly one of the moments I would never forget, the one and only moment I acted and spoke like a "politician".

I know it was not real, and it never will. But deep inside my heart until now, when I see things around me, things that I thought are wrong, things that could be much improved, I wish that one day, all those words I uttered about 20 years ago will become reality. Though I very much doubt that I shall be capable of doing it, I pray that God will not abandon me and guide me all the way to the end.

----
 
Only if I have the political power, and more importantly human compassion, I would have offered the people of Rohingya some food and shelters without any condition, and that's the least I could and must do as a human being. So when God calls and questions me of what did I do the moment my brothers and sisters were left to starve until death while I had the power to act, I would be able to tell Him that I've done my part and leave the judgment to Him, for He is the best to Judge.

The reality is, no one would listen to me.. it's just a tiny and unheard voice.

p/s: Terima kasih para guruku, atas segala nasihat & tunjuk ajarmu.. Selamat Hari Guru..

16 May 2015

Thursday, May 14, 2015

Saf Dewasa vs. Saf Kanak-Kanak di Masjid


Seringkali kita perhatikan, di masjid-masjid di Malaysia terdapatnya pengasingan saf yang jelas antara dewasa & kanak-kanak ketika solat berjemaah. Ada antara masjid yang siap meletakkan papan tanda supaya kanak-kanak tidak melebihi had kawasan yang ditetapkan.

Kau kata, kanak-kanak yang belum baligh ini jika berada dalam satu saf bersama dewasa akan menyebabkan saf "terputus", atau pahala berjemaah berkurang, atau pahala saf berkurang, atau yang lebih teruk, solat akan terbatal kerana mereka ini bernajis. 

Aduh, ringan sungguh mulutmu berbicara soal agama, soal dosa pahala, soal hukum-hakam tanpa ada sandaran daripada Quran mahupun sunnah Rasul. Gelaran "ustaz", "bilal", atau "siak" yang diberi oleh orang ramai kepadamu bukan tiket untuk kau sewenangnya "berfatwa" tanpa dalil.

Lalu aku melihat kepada saf mu, mungkin juga boleh disebut sebagai saf orang sudah baligh. Kau segak berbaju melayu, berserban atau berjubah lengkap, tapi saf mu tidak sesegak dirimu dan pakaianmu. Tadi kau kata kehadiran kanak-kanak dalam saf mu akan menyebabkan saf "terputus", tapi saf mu sendiri lagi banyak yang terputus, lompang di sana & sini dek sikapmu yang liat untuk merapatkan saf, barangkali tidak selesa untuk bersentuhan dengan orang di kiri & kananmu. Tiada pula isu saf mu "terputus", atau "pahala mu berkurang.."

---

Aku katakan: Para ibu bapa, ajarlah anak-anak kita akan kepentingan merapat & meluruskan saf sejak dari kecil lagi, agar bila dewasa, mereka tidak lagi mengulangi kesilapan yang dibuat oleh pakcik-pakcik & atok-atok sebelum mereka.

Teruskan tersenyum :)

Wednesday, May 13, 2015

Makmum Mengangkat Suara Ketika Solat Berjemaah, Mengganggu Jemaah Lain.


Sejak kecil kita diajar bahawa bacaan dalam solat, i.e. Al-Fatihah, Surah & zikir-zikir, perlulah didengari oleh telinga sendiri bila dibaca. Maknanya bacaan tersebut perlu dibaca dimulut (verbal  recitations), bukan di dalam hati. Itu saya setuju.

Tapi bab perlu didengari oleh telinga sendiri tu sedikit subjektif. Jika anda bersolat bersendirian, tidak mengapa sekuat mana yang anda perlu baca untuk membolehkan telinga anda mendengar bacaan tersebut, tetapi jika dalam solat berjemaah, anda harus berhati-hati kerana bacaan anda yang kuat akan mengganggu jemaah lain di kiri & kanan anda, mungkin juga di hadapan & di belakang anda. Jangan sampai pahala yang anda harapkan, tetapi dosa yang diperolehi kerana mengganggu orang lain bersolat. Jangan terlalu syok dengan bacaan anda, tapi tanpa disedari anda sebenarnya mengganggu orang lain.

Maksud "boleh didengari oleh telinga sendiri" itu juga subjektif. Ada orang yang memerlukan tahap kenyaringan (decibel, dB) yang lebih tinggi untuk didengari oleh telinganya berbanding orang lain. Dengan itu, bacaan orang sebegini tentunya akan mengganggu orang lain yang berada di kiri & kanannya.

Sudah banyak kali saya berhadapan dengan situasi sebegini, yang mana telinga saya lebih mendengar bacaan orang di kiri & kanan saya berbanding bacaan saya sendiri ketika solat berjemaah. Selain itu, saya sepatutnya fokus untuk mendengar bacaan imam ketika imam membaca surah dengan nyaring, tapi saya terganggu dengan bacaan para makmum lain. Ada antara bacaan mereka yang siap berlagu lagi, seolah-olah dialah imam. Perkara sebegini tidak sewajarnya berlaku.

Saya katakan, tidak usahlah begitu keras berpegang kepada kaedah "boleh didengari oleh telinga sendiri" itu, terutamanya bila anda memerlukan tahap kenyaringan yang tinggi untuk mendengar bacaan anda sendiri. Cukuplah sekadar anda tahu & yakin apa yang anda baca di mulut, walaupun telinga anda tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang anda baca. Tidak perlulah menguatkan bacaan anda hingga mengganggu orang lain. Antara salah faham di kalangan masyarakat kita adalah, solat tidak sah jika bacaan tidak didengari oleh telinga sendiri.

Diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri: “Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud, Kitab As-Solat, No. 1327, dengan sanad yang sahih).

Wassalam.

Wednesday, December 3, 2014

Fenomena Habib di Nusantara

Gambar Hiasan: Queens Tower, Imperial College London

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, fenomena Habib semakin menjadi-jadi dalam dunia Islam, khususnya di rantau Nusantara, i.e. Malaysia, Singapura, Indonesia, dll. Sudah lama saya ingin bertanya akan hal ini. Soalan saya berbunyi begini:

1. Siapakah mereka ini, dan dari mana mereka datang? (Saya tidak bertanya apa maksud 'Habib' sebab saya tahu maksudnya 'Yang dikasihi', tapi saya mahu tahu siapa mereka ini. Tolong jangan bagi link daripada Wikipedia atau blog-blog yang tiada sandaran hujah ilmiah.

2. Adakah benar mereka ini adalah dari keturunan Rasulullah? Apakah sandarannya jika ia benar? Kenapa Imam Syafi'e rahimahullah yang secara jelasnya berketurunan Rasulullah tidak menggunakan gelaran 'Habib'?

3. Adakah mereka mempunyai kelebihan tertentu berbanding manusia lain? Jika ya, sila nyatakan apakah hujahnya.

4. Adakah nama 'Habib' itu adalah nama rasmi mereka, i.e. ada dinyatakan dalam ID (kad pengenalan, lesen memandu, atau passport), atau sekadar gelaran yang manusia lain berikan?

5. Adakah boleh saya namakan anak lelaki saya dengan nama 'Habib', contohnya Habib Yusuf bin Mohd Nazri? Apa kata pegawai di Pejabat Pendaftaran Negara dalam hal ini?

Friday, November 21, 2014

Formula untuk Penuntut Ilmu

Gambar hiasan: Ar-Raheeq Al-Maktum, antara buku Sirah Rasulullah SAW yang paling sahih..

Untuk menjadi penuntut ilmu yang baik, seharusnya kita gunakan formula ini:

"Tidak semua perkara yang kita pernah dengar atau belajar itu betul, dan tidak semua perkara yang kita tidak pernah dengar itu salah."

Jika datang seseorang memberitahu kita akan sesuatu yang baru dengan dijelaskan hujah & faktanya, tapi ia bercanggah dengan apa yang kita tahu selama ini, usahlah terus melenting. Sebaiknya semak & amatilah hujah yang beliau sampaikan.

Tidak salah meminta kepastian, tapi usahlah beria mempertahankan apa yang kita pernah belajar dalam buku pada zaman sekolah rendah atau sekolah menengah berbelas atau berpuluh tahun dahulu. Lebih teruk jika apa yang kita 'belajar' itu tiada sumber dalam mana-mana buku, mungkin sekadar dengar daripada individu tertentu.

Jika tidak mahu menerimanya, maka teruskanlah dengan apa yang kita yakin, asalkan ianya ada asas & hujah yang kukuh. Cuma harus diingat, kualiti amalan (dalam agama) dinilai berdasarkan sejauh mana dekatnya amalan tersebut dengan apa yg Rasulullah & para sahabat lakukan.

Ilmu itu berkembang dan bertambah. Dan kita sentiasa wajib menuntut ilmu secara berterusan. Ia tiada noktah.

Monday, August 6, 2012

Tribute to Datuk Lee Chong Wei

The first Olympics gold medal was so close, but yet so far from us. Well done DLCW for giving your best! Though you have to settle as settle as the second best (to Lin Dan), you are always the best for the Malaysians.

-Picture from NST-

Even in defeat, he still had some good words for his opponents. That's the true sportsmanship from a true hero.
 
"There are many good players like Peter Gade, Taufik Hidayat but there is only one Lin Dan. He is a fantastic player, a very strong rival and also a very good friend.”

"It's very disappointing to come second to Lin Dan twice in a row but Lin Dan is a very fair player and I respect him highly. This result only means I have to work harder.” (Lee Chong Wei, BWF)



Sunday, January 15, 2012

Menjaga Tutur Kata & Baris Ayat

Adalah amat tidak wajar untuk ahli agama (ustaz, ustazah, ulama') berbicara dengan bahasa yang kasar, apatah lagi kata-kata tersebut kelihatan seperti mengeji & memaki pihak lain, walaupun pihak tersebut ternyata salah atau berdosa.. kerana Rasulullah tidak pernah berbuat demikian..

Tidak kira siapa pun kita, bersama-samalah kita menjaga tutur kata, agar yang keluar dari bibir kita hanyalah yang baik-baik saja. Jika tiada apa yang baik untuk dituturkan, sebaiknya berdiam diri itu lebih baik.

Dalam dunia penulisan juga begitu. Biarlah apa yang ditulis ada manfaat untuk diri sendiri & manusia lain.. Jika tiada manfaatnya, cubalah untuk tidak menyebabkan mudarat.

Saturday, December 31, 2011

Final Notes for 2011

It has been more than 4 years since I started this so-called blogging acitivity. But then I realized that the number of my postings has been decreasing, perhaps I am not so eager (and lazy) to write as compared with the early years..

Yesterday, 30th Dec 2011 was the last Friday in 2011, and I was able to go to the Muslim World League Mosque at Goodge Street, London to perform the Juma'at prayer. In fact, it was the first time I've been there for Juma'at prayer (other than at Imperial College and Malaysia Hall).

Masha Allah, the khutbah was very good. It was clear and precise with extremely good and interesting lesson to share with all the attendees. Though the khutbah was just brief (not too long when compared with our khutbah in Malaysia) but I believe that its content would have touched many hearts.

Unfortunately (due to my weaknesses) I won't be able to share exactly what the Khatib has delivered. His delivery was different in the context that it reached the hearts of many people, I believe. I remember a good friend of mine has told me, when you speak and deliver something from your heart, Insya Allah it will definitely reach and touch the hearts of other people.

This is simply the gist of yesterday's khutbah, based on a Qur'anic verse. A very significant point to ponder upon..

"You may hate something that is good for you, and you may love something that is bad for you. Allah knows, but you do not know." (Surah Al-Baqarah: 216)


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah: 216)

Finally, let's strive to be a better servant of Allah in the coming 2012, because we never know when we'll be returned back to Him.

Wassalam.

Friday, September 30, 2011

- Friendship -


Friendship is like a BOOK. It takes few seconds to burn, but it takes years to write.
 .

Monday, September 26, 2011

24/7 isn't the only way

Wow, it has been a while since I last updated this blog.. and I'm not really sure whether there are still people willing to drop by. The tight schedule (konon2) has somehow prevented me from doing this so-called 'leasure' writing..

Anyway, I just found an interesting article published in Nature, and here are some excerpts of what the author has highlighted:

You expect high-quality work — but you do not measure someone's efforts by time spent in the lab in the evenings or on weekends, rather you measure them by the quality of their data.*

*Overbaugh, J. (2011) 24/7 isn't the only way: A healthy work–life balance can enhance research. Nature 477, p27–28

Indeed it is true. There's nothing wrong to work hard, to work at extra times in order to get good results as good results do not normally come by accident (though sometimes they do). It's just important that we spend some of our precious times with those that we love, or have a cup of tea with friends. Life is too short, so make use of every second of it..


Gambar hiasan ~ zaman muda remaja di lab bersama instrucror & demonstrator..

Sunday, June 26, 2011

"Jadilah Diri Sendiri" ~ Sejauh Mana Benarnya?

Jadilah sekuat rumput, tetap utuh walau badai melanda..

Ramai orang berkata "Jadilah diri kita sendiri", "Tak perlu kita ikut orang lain", “Mengapa perlu hipokrit untuk menjadi seperti orang lain?”, dan seumpamanya..

Tidak dinafikan ada benarnya ungkapan-umgkapan tersebut. Tapi bukanlah 100% benar. Ada juga sempadan & limitasinya. Klu dlm diri kita ada kekurangan (yg seharusnya dpt diperbaiki), mana boleh kita terus menerus nak jadi diri kita sendiri. Bila terserlah kesilapan diri, mungkin dek teguran orang lain atau bila bersama dengan orang yg lebih baik, seharusnya kita mencuba utk menuju ke arah yang lebih baik itu. Kita tak boleh statik utk terus "menjadi diri sendiri". Dlm hal ini, situasi di mana kita berada, dengan siapa kita berkawan sebenarnya akan mencorakkan diri kita. Maka pilihlah teman yang baik, yang mampu membawa kita ke jalan yang lebih baik.

Yang salahnya adalah bila kita berlakon untuk kelihatan baik, contohnya bila bersama orang yang baik.

Wassalam.

Saturday, June 18, 2011

Relax, Sweetheart...

Moga setiap hari kita sentiasa indah..secerah & seindah hari ini..

Often when we lose hope and think this is the end, ALLAH smiles from above and says, "Relax, sweetheart, it's just a bend, not the end.."

Sunday, June 12, 2011

Teruskan Memberi


Memberi kebaikan itu indah..


Walaupun ramai manusia lupa untuk berterima kasih kepada Allah atas segala kurniaan nikmat-Nya, namun Dia tidak pernah berhenti memberi nikmat untuk hamba-Nya.. Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih daripada manusia. Bekerjalah dengan ikhlas, walaupun mungkin manusia sekeliling tidak pernah menghargainya, kerana Allah Maha Melihat & Maha Menilai. 
Teruskan tersenyum=)
.