Friday, November 13, 2009

Tenacity in the Way of Allah




Terjemahan: Dan berapa banyaknya nabi yang berperang, bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertakwa? Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Dan Allah mengasihi orang-orang yang sabar.

Tidak ada ucapan mereka melainkan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami[235] dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Surah Ali-Imran: 146-147)

Translation: How many of the Prophets fought (in the Way of Allah), and with them large bands of Godly men? But they never lost heart if they met the disaster in the Way of Allah, nor did they weaken nor give in. And Allah loves those who are firm and steadfast.

All they said was: "Our Lord! Forgive our sins and anything we may have done that trnsgressed our duty. Establish our feet firmly, and help us against those who resist faith." (Surah Ali-Imran: 146-147)

-----------

One of the best words to describe what is needed while fighting in the Way of Allah is TENACITY. May Allah be with those who are tenacious in His Way.

Wednesday, November 11, 2009

Bila berbeza pendapat, kembali kepada Allah dan Rasul

Allah SWT berfirman dalam Al-Qur'an:


Terjemahan: Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri (pemimpin/orang-orang yang berilmu) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (al-Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (Surah an-Nisaa', 4: 59)

Translation: O you who believe! Obey Allah and obey the Apostle, and those charged with authority among you. If you differ in anything among yourselves, refer it to Allah (Al-Qur’an) and the Apostle (sunnah), if you do believe in Allah and the Last Day. That is the best, and most suitable for final determination. (Surah an-Nisaa', 4: 59)

-------

Tiada yg lebih benar, melainkan apa yg Allah wahyukan dan apa yg Rasulullah telah tunjukkan. Wallahua'alam.


Thursday, November 5, 2009

Tauliah untuk mengajar ilmu

Berita di mStar online: Jais terus dikecam kerana tahan bekas Mufti Perlis

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dibidas kerana menahan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin atas kesalahan mengajar tanpa tauliah.

Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baru) berkata JAIS tidak seharusnya bertindak sedemikian terhadap seorang pendakwah yang dikenali ramai terutamanya Mohd Asri mempunyai rancangan khas di stesen televisyen Astro serta blog yang dilayari oleh jutaan masyarakat Islam di negara ini.

"Bagaimana dengan rancangan agama Dr Mohd Asri di Astro yang mempunyai rating penonton mencecah tiga juta. Adakah JAIS akan menyerbu Astro untuk menahannya dan bagaimana pula dengan blog beliau yang dilayari lebih sejuta orang," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Teruskan pembacaan di sini.

----------------------------

Pandangan saya, atas kemaslahatan tertentu, tidak lah menjadi suatu kesalahan bg Jais dan Jabatan Agama Islam negeri utk mensyaratkan setiap penceramah perlu ada tauliah sebelum mengajar ilmu agama kepada masyarakat. Isunya, bagaimana istilah 'tauliah' itu didefinisikan. Kalau definisi 'tauliah' itu adalah dengan memiliki ilmu yg benar dan diiktiraf, tidak menyeleweng, serta ada keupayaan yg cukup utk memberi pehamahaman kpd masyarakat, maka tentunya tidak timbul masalah ini. Ramai para ilmuan kita, by default, sepatutnya diberi tauliah tersebut.

Yg menjadi masalahnya, bila tauliah didefinisikan dan diberi mengikut selera pihak-pihak tertentu yg mungkin berkepentingan dlm badan tersebut. Jika ini terjadi, ada kemungkinan penceramah yg jika dinilai dari sudut ilmu & kemampuannnya layak utk diberi tauliah, dinafikan haknya hanya kerana mereka tidak selairan atau berbeza pandangan dengan pihak yg memberi tauliah.

Monday, November 2, 2009

Isu Dr. Mohd Asri - pandangan saya

Ada beberapa peristiwa & isu yg tejadi dan hangat dibincangkan di Malaysia kebelakangan ini..ada yg baik, ada yg kurang enak didengar. Tapi bagi saya, tiada yg lebih mengejutkan selain drp isu penahanan Dr. Mohd Asri oleh pihak JAIS. Alasannya, memberi kuliah tanpa tauliah.. haha, kelakar, kan? Bekas mufti pun kira takde tauliah, takde kelayakan, walaupun beliau pemegang ijazah PhD dlm bidang hadith drp UIAM. Saya sendiri pernah menghadiri kuliah beliau di Taman Sri Ukay itu. Mungkin artis yg baru sebulan dua belajar agama lebih bertauliah utk memberi kuliah asalkan dia tidak mengganggu gugat periuk nasi org lain yg ada kepentingan tertentu. Mungkin..

Dua hari lepas, sy juga amat tekejut bila sy buka mstar online, terdapatnya salinan memorandum oleh majlis peguam syar'ie Malaysia kepada YDP Agong menolak perlantikan Dr. Mohd Asri sbg YDP Yadim. Sy bertanya pd diri sendiri, "Eh, bila masa pulak Ust Asri ditawarkan utk jd YDP Yadim ni? Yadim tu apa?"

Owh, baru sy tahu, rupanya ada satu badan agama yg dinamakan Yadim di Malaysia ni. Tapi apa fungsinya ye? Erm, mungkin agak cetek pengetahun sy dlm hal ini. Klu IKIM, YPEIM, JAKIM & PERKIM tu pernah lah dengar. Dek memorandum tersebut, maka sy percaya nama Yadim sudah begitu terkenal sekarang.

Satu lg persoalan yg timbul dlm kepala sy, adakah Dr. Mohd Asri telah menerima tawaran tersebut & bakal dilantik atau sudah pun dilantik sbg YDP Yadim tu. Kalau tak, masakan memorandum telah pun dihantar. Yg mengeluarkan dan menandatangani memorandum bukanlah calang-calang orang..para peguma syar'ie tu (maknanya ada kelulusan Undang-Undang Syari'ah), serta disokong oleh beberapa NGO lain yg ada antaranya amat terkemuka dan dikenali umum di Malaysia. Kalau sekadar dengar desas-desus tentang perlantikan tersebut, dan tuan punya badan pun belum buat keptusan, sy kira tindakan oleh pihak berkenaan adalah ibarat lebih lajak daripada laju.

Semasa sy membaca isi kandungan memorandum tersebut, sy belum lagi membaca ulasan & jawapan drp Dr. Asri sendiri atau pihak lain. Drp pembacaan & pengamatan sy yg sy kira masih dhaif & kurang ilmu ini, sy amat terkejut dengan alasan (yg sebenarnya lebih berbentuk tuduhan) penolakan mereka. Antara yg amat pengejutkan sy adalah:

1. Dr. Mohd Asri dikatakan tidak mengiktiraf i'ktiqad ahli sunnah wal jama'ah dari 4 mazhab fiqh, serta dlm keadaan tertentu, menolak hadith Bukhari.

2. Beliau dikatakan telah mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi r.h & Imam Ghazali r.h.

Utk lihat salinan memorandum tersebut, lihat di sini. Atau boleh google je, Insya Allah boleh dapat.

Tuduhan-tuduhan lain sy rasa tak perlu sy ulas di sini. Cuma sy amat terkilan dengan 2 tuduhan di atas. Astagfirullah, moga Allah ampunkan dosa kita semua. Tuduhan di atas bukannya kecil. Ia melibatkan disiplin ilmu & i'tiqad. Sy yg begitu dhaif ini, serta berbekalkan sedikit ilmu yg sy ada, sy dpt membezakan antara kebenaran & pembohongan. Sesiapa yg pernah mengikuti kuliah atau tulisan Dr. Mohd Asri, pastinya mereka akan mengatakan itu adalah tuduhan liar yg tak berpaksikan kebenaran, tanpa didatangkan hujah & fakta ilmiah.

Antara kuliah yg saya pernah ikuti adalah kuliah Riyadhus Solihin. Kitab Riyadhus Solihin ini siapa pengarangnya? Jawapannya Imam Nawawi r.h. Juga sy ikuti kuliah-kuliah hadith yg lain. Umpanya hadith Sahih Muslim, siapa pengarang Syarah Sahih Muslim? Juga Imam Nawawi r.h. Pendek kata, kuliah-kuliah hadith, serta tulisan beliau tidak terlepas drp memetik huraian & hujah Imam Nawawi r.h. Itukah yg dikatakan mencerca? Barangkali pihak yg menuduh tidak pernah tahu siapa pengarang kitab-kitab tersebut. Maaf kalau sy tersilap.

Juga dlm kuliah & tulisan beliau, Dr. Mohd Asri sentiasa merujuk kepada Imam-imam besar mazhab 4: Abu Hanifah, Malik, Syafi'e & Ahmad r.h. Dari mana dtgnya hujah yg beliau tidak mengiktiraf i'ktiqad ahli sunnah wal jama'ah dari 4 mazhab fiqh? Para salafus soleh merupakan rujukan utama bila membahaskan sesuatu yg berkaitan dengan Agama. Namun tidak kurang beliau memetik hujah oleh para tokoh kontemporari yg lebih berbentuk gerakan seperti Imam Hasan Al-Banna dan para tokoh yg seangkatan dengannya. Malah Al-Banna sendiri dengan terang menyatakan bhw sumber utama dlm Islam adalah Al-Qur'an & As-Sunnah, dan seterusnya contoh oleh para salafus soleh, terutamanya dlm hal 'aqidah & fiqh.

Kemudian baru sy dapat tahu tentang sidang media yg Dr. Mohd Asri aturkan utk menjawab tuduhan tersebut. Isi kandungannya banyak telah tersiar di media. Utk lihat video sidang media tersebut, boleh lihat di sini. Sama-sama kita nilai sendiri.

Adakah benar memorandum itu dihantar atas alasan kemaslahatan umat, utk menyelamatkan umat drp perpecahan, kekeliruan, keresahan dalam memahami agama yg tulen? Sy meraguinya.. mungkin hanya segelintir pihak yg berkepentingan sj yg keresahan akibat arus pembaharuan ini.

Malah sy percaya, dengan mengikuti kuliah dan penulisan beliau, ramai yg dahulunya kurang atau susah untuk faham tentang Islam, termasuklah sy sendiri, lebih memahami Islam yg tulen, yg lebih mudah dan praktikal. Adakah mereka ingin perjuangkan Islam yg sekadar mengikuti arus perdana? Bukan arus perdana yg jadi ukuran benar atau salah, tetapi Qur'an & Sunnah.

Bukan sedikit yg bersama & menyokong perjuangan Dr. Mohd Asri, dari golongan bahawan hinggalah ke golongan atasan, yg kurang terpelajar & terpelajar, ahli agama & ahli politik. Bukan sedikit yg mendoakan kesejahteraan beliau dan memberi semangat agar meneruskan perjuangan dakwah ini.

Seperkara lagi, sy sudah muak dengan alasan pihak ini yg mengaitkan dengan fahaman wahabi. Pertama kali sy dengar istilah 'wahabi' ketika di pusat matrikulasi. Sy bertanya kpd seorang senior dlm jurusan agama tentang maksud wahabi. Jawabnya (yg sy masih ingat), "gologan yg mahu kembali kepada Al-Qur'an & Sunnah..".

Masa tu, sy tak tahu & tak kenal pun siapa pengasas fahaman ini. Bila sy semakin matang dlm memahami ilmu & disiplinnya, sy lihat ramai org yg tak faham pun, bila melihat golongan yg mempertahankan sunnah ataupun berbeza dengan amalan turun temurun masyarakat, penyudahnya pasti akan dilabel 'wahabi'.

Sedikit sebanyak, sy juga membaca buku-buku Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, serta meneliti cara beliau dlm memberi kefahaman agama. Patutlah beliau juga digelar wahabi, kerana beliau begitu gigih & istiqamah mengajak manusia kembali kepada sunnah Rasulullah. Sy rasa para salafus soleh juga akan digelar wahabi sekiranya mereka masih hidup pd zaman ini.

Sy tidak lah mempertahankan wahabi, tp sy rasakan ia adalah salah faham & penyalahgunaan istilah tersebut yg didalangi oleh pihak tertentu.

Inilah liku yg perlu ditempuh atas jalan dakwah. Telah ramai para ulama silam yg dituduh, ditohmah, malahan diseksa kerana mempertahan Islam, yg mungkin tidak sealiran dengan pihak yg berkuasa dan berpengaruh. Lihat saja para Imam mazhab yg 4, serta imam-imam lain, mereka tidak sunyi drp menerima ujian. Namun, kebenaran dan keikhlasan mereka tetap harum sepanjang zaman, nama mereka dikenang, perjuangan mereka diingati. Masha Allah.

Akhir sekali, sy agak kecewa melihat ada beberapa nama NGO Islam yg besar dan dikenali umum yg turut disenaraikan dalam memorandum tersebut. Ini bermakna mereka mengiktiraf tuduhan-tuduhan tersebut. Atau mungkin mereka tidak membaca isi kandungan memorandum tersebut dan meneliti dengan rasional, serta disiplin ilmu yg suci, bukan dengan emosi semata, sebelum menandatanganinya. Bukan sedikit di kalangan mereka yg terpelajar, yg bijak pandai. Jelasnya, memorandum tersebut disediakan tanpa disertai dengan kajian yg mendalam. Seharusnya setiap alasan disertai dengan hujah yg konkrit dan ilmiah, bukti yg jelas, juga bahasa yg tepat. Alahai..

Utuk laporan terkini, boleh lihat di laman web Minda Tajdid