Sejak kecil kita diajar bahawa bacaan dalam solat, i.e. Al-Fatihah, Surah & zikir-zikir, perlulah didengari oleh telinga sendiri bila dibaca. Maknanya bacaan tersebut perlu dibaca dimulut (verbal recitations), bukan di dalam hati. Itu saya setuju.
Tapi bab perlu didengari oleh telinga sendiri tu sedikit subjektif. Jika anda bersolat bersendirian, tidak
mengapa sekuat mana yang anda perlu baca untuk membolehkan telinga anda
mendengar bacaan tersebut, tetapi jika dalam solat berjemaah, anda
harus berhati-hati kerana bacaan anda yang kuat akan mengganggu jemaah
lain di kiri & kanan anda, mungkin juga di hadapan & di belakang
anda. Jangan sampai pahala yang anda harapkan, tetapi dosa yang
diperolehi kerana mengganggu orang lain bersolat. Jangan terlalu syok
dengan bacaan anda, tapi tanpa disedari anda sebenarnya mengganggu orang
lain.
Maksud "boleh
didengari oleh telinga sendiri" itu juga subjektif. Ada orang yang
memerlukan tahap kenyaringan (decibel, dB) yang lebih tinggi untuk
didengari oleh telinganya berbanding orang lain. Dengan itu, bacaan
orang sebegini tentunya akan mengganggu orang lain yang berada di kiri
& kanannya.
Sudah banyak kali saya berhadapan dengan
situasi sebegini, yang mana telinga saya lebih mendengar bacaan orang di
kiri & kanan saya berbanding bacaan saya sendiri ketika solat
berjemaah. Selain itu, saya sepatutnya fokus untuk mendengar bacaan imam
ketika imam membaca surah dengan nyaring, tapi saya terganggu dengan
bacaan para makmum lain. Ada antara bacaan mereka yang siap berlagu
lagi, seolah-olah dialah imam. Perkara sebegini tidak sewajarnya
berlaku.
Saya katakan, tidak usahlah begitu keras
berpegang kepada kaedah "boleh didengari oleh telinga sendiri" itu,
terutamanya bila anda memerlukan tahap kenyaringan yang tinggi untuk
mendengar bacaan anda sendiri. Cukuplah sekadar anda tahu & yakin
apa yang anda baca di mulut, walaupun telinga anda tidak dapat mendengar
dengan jelas apa yang anda baca. Tidak perlulah menguatkan bacaan anda
hingga mengganggu orang lain. Antara salah faham di kalangan masyarakat
kita adalah, solat tidak sah jika bacaan tidak didengari oleh telinga
sendiri.
Diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri:
“Ketika Nabi s.a.w beriktikaf (dalam masjid), baginda mendengar mereka
mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w
berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan
bersabda: “Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan
sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara
bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud, Kitab
As-Solat, No. 1327, dengan sanad yang sahih).
Wassalam.
No comments:
Post a Comment