Wednesday, May 20, 2015

Macai dan Wahabi. Kenapa double standard?


Dalam hal politik, jika ada individu yang kerjanya hanya menyokong, mengiyakan atau mempertahankan apa sahaja yang disebut oleh pemimpin parti politiknya, tanpa mengira samada ia benar atau tidak, atau tanpa perlu mengambil peduli akan hujah & fakta di sebalik kata-kata politik pemimpin tersebut, maka kemungkinan besar dia akan digelar sebagai ‘macai’ (oleh pihak lawannya). Ia saya kira satu istilah yang agak baru yang muncul dalam 4-5 tahun kebelakangan ini.

Dalam hal agama, jika ada individu yang kerjanya hanya menyokong, mengiyakan atau mempertahankan apa sahaja yang disebut oleh orang agama, apatah lagi ustaz/ustazah kesukaan mereka, tanpa mengira samada ia benar atau tidak, atau tanpa perlu mengambil peduli akan hujah & dalil (jika ada) di sebalik kata-kata orang agama tersebut, maka mungkin ramai yang berkata bahawa dia seorang yang taat & menghormati ulama’. 

Saya bertanya, kenapa pula individu ini tidak digelar sebagai ‘macai’ sebagaimana dalam senario politik seperti di atas? Padahal ciri kedua-dua individu itu sama saja. Yang membezakan adalah orang yang mereka pertahankan sahaja, antara orang politik & orang agama. Adakah orang agama itu sempurna & bebas memperkatakan apa saja tanpa perlu dipersoalkan kata-kata mereka?
 
Sebaliknya, jika ada individu yang memilih untuk bertanya tentang hujah & dalil (Quran & Sunnah) di sebalik kata-kata orang agama tersebut demi mencari kebenaran, kemungkinan besar dia akan dituduh sebagai tidak menghormati ulama’ & dilabel sebagai ‘wahabi’.

Kenapa ada double standard?

----

Teringat zaman belajar di UIAM suatu ketika dulu, kata seorang kenalan (ketika itu beliau sedang menyambung PhD dalam bidang hadith):

Di Malaysia ini senang saja untuk antum jadi ‘wahabi’, iaitu bila antum mula bertanya tentang dalil akan apa yang ustaz/ustazah katakan (dalam hal agama). Cukup 3 kali antum bertanya, antum akan jadi ‘wahabi’.

Hakikatnya begitulah.. 

No comments: