Monday, March 24, 2008

Pengampu Dan Penasihat Yang Membawa Reba Dan Rebah

Petikan kata-kata SS Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
--------------------------------------------------------------------------

"Saya sentuh tajuk ini kerana saya melihat ada yang cuba mencari sebab kenapa rakyat menolak mereka. Sesungguhnya sebab itu tidak dapat diperolehi, jika pemberi maklumat atau penganalis itu masih lagi membodek dan mengampu. Carilah insan-insan jujur yang takutkan Allah dan selalu bercakap benar. Di situ akan terubatlah banyak luka dan cedera yang dialami".

Teruskan membaca...>>

Wassalam.

Wednesday, March 12, 2008

Membina Malaysia yang Lebih Gemilang

12 March 2008 (Rabu) - Demam PRU Malaysia yg ke-12 sudah semakin reda dirasakan setelah 4 hari berlalu. Namun begitu, kehangatan keputusan pilihanraya kali ini masih hebat dibincangkan, terutamanya tentang kejatuhan 5 negeri di Malaysia ke tangan pembangkang, serta pembentukan kerajaan yang baru di setiap , negeri. Alhamdulillah, kerajaan pusat yang baru juga telah berjaya dibentuk. Semuanya berjalan lancar tanpa sebarang huru-hara. Ternyata rakyat Malaysia semakin terbuka minda mereka dalam pemilihan pemimpin di negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, serta mengutamakan nilai toleransi antara kaum. Semoga Malaysia dengan satu era dan wajah yang baru dapat ditonjolkan kepada dunia. Wajah yang lebih bersih daripada sebarang unsur negatif, serta kebajikan rakyat yang akan lebih terpelihara.

Sekarang rakyat Malaysia tentunya mahu melihat para pemimpin yang telah dipilih ini bersatu memimpin rakyat & mentadbir negara dengan penuh berhemah & berdedikasi. Segala perancangan yang baik & bermanfaat untuk rakyat & negara seharusnya diteruskan. Namun kalau ada salah laku & ketempangan dalam pentadbiran sebelum ini, maka bersama-samalah diperbetulkan. Amanah yang telah diberikan oleh rakyat tidak wajar dikhianati & disalahgunakan. Barisan pembangkang pula perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam memastikan segala perancangan yang telah diaturkan oleh pihak kerajaan berjalan selari dengan objektif untuk memajukan Malaysia & membela nasib rakyat, serta tidak tergelincir daripada landasan yang asal. Teguran yang baik daripada pihak pembagkang perlu diteliti & dikaji, kerana manusia yang jarang ditegur akan kesilapan mereka akan bangga diri, yang kelak akan terjerumus ke lembah kebinasaan. Dewan rakyat bukanlah pentas untuk berpidato semata, atau untuk bertelagah sesama sendiri dengan melontarkan kata-kata kesat, sebaliknya menjadi medan menyuarakan idea & kritikan yang bernas untuk difikir & dilaksanakan bersama. Kekayaan negara pula sepatutnya diagihkan ke setiap negeri berdasarkan keperluan rakyatnya, tanpa perlu membezakan negeri berdasarkan parti yang mentadbir, kerana mereka semuanya bergelar rakyat Malaysia. Keadilan yang sebenar perlu menjadi tonggak pemerintahan di Malaysia, tidak kira siapa yang memerintah.


Saya juga menyeru rakyat Malaysia agar sentiasa celik & sedar tentang perkembangan terkini negara, samada politik, ekonomi, pendidikan, kemsyarakatan, malah aspek-aspek lain juga. Dengan ini, barulah minda kita akan terbuka. Warga kota & juga golongan terpelajar yang lebih terdedah kepada pelbagai sumber media massa tentunya tidak menghadapi masalah untuk memperoleh maklumat yang tepat & terkini. Semakin ramai rakyat yang celik IT. Ribuan blog & media-media alternatif sentiasa terbuka untuk dilayari, serta menjadi tempat untuk melontarkan pandangan masing-masing. Namun begitu, masih ramai juga rakyat kita yang ketinggalan dalam aspek ini, terutama yang tinggal di kawasan luar bandar serta kurang terpelajar. Di sinilah pihak media arus perdana perlu memainkan peranan mereka secara efektif dalam menyampaikan maklumat yang tepat & terkini. Maklumat tidak seharusnya dimanipulasi sebelum disiarkan, kerana lambat laun mereka pasti akan tahu akan hakikat yang sebenar, terutama bila mendapat maklumat tersebut daripada golongan yang terlebih dahulu mengikutinya malui media-media alternatif. Penyebaran informasi dari mulut ke mulut adakalanya lebih cepat & efisyen berbanding media cetak & elektronik. Apabila terlalu banyak informasi telah dimanupulasi oleh pihak media, rakyat semakin tertekan & jelek yang menyebabkan mereka beralih kepada sumber-sumber lain. Sudah tiba masanya media massa kita melangkah setapak maju ke hadapan dalam membekalkan maklumat yang bermanfaat kepada rakyat demi kesejahteraan bersama.


Sekadar corat-coret. Wassalam..

Tuesday, March 11, 2008

Kembali ke Office

Selasa, 11 March 2008...Alhamdulillah, aku kembali memulakan tugas selepas beberapa hari pulang bercuti di Kelantan, sempena pilihan raya umum ke-12 yang baru saja berakhir. Aku mengundi di DUN Kadok & Parlimen Ketereh. Tentunya ramai yang dah tahu macamana keputusan pilihanraya kali ni. Apapun, syukur pada Allah kerana pilihanaraya kali ini berjalan dengan lancar & aman, wlupun ada di satu dua tempat berlaku sedikit kekecohan.

Tengahari nanti aku ada meeting department. Semalam HOD call sbb meeting terpaksa diadakan pd hari ini, yang sepatutnya dijadualkan esok (Rabu).

Bila kembali bekerja pagi ni, tetiba terigat yang UIAM berada di negeri Selangor, salah satu negeri yang telah jatuh ke tangan pembangkang kali ini. Satu keptusan yang cukup hangat sebenarnya. Alhamdulillah, semua pihak dapat menerima dengan lapang dada terhadap perubahan pucuk pimpinan negeri ini. Moga-moga, dengan keputusan yang telah ditentukan oleh majoriti rakyat Selangor ini bakal membawa perubahan yang lebih baik kepada negeri Selangor khususnya, serta seluruh rakyat Malaysia umumnya, Insya Allah. Semoga Malaysia & rakyatnya akan terus bergerak maju ke hadapan.

Wassalam.

Monday, February 18, 2008

Refresh Your Eyes..

Seharian suntuk berada di office menyebabkan mata terasa penat, terutamanya bila asyik menghadap komputer. Memang sepatutnya selepas beberapa ketika kita merehatkan mata kita. Pelbagai cara yang boleh digunakan, contohnya dengan melihat kepada alam sekeliling. Kehijauan alam sekitar di sekeliling kita sebenarnya mampu memberi kelegaan pada mata kita. Ini juga suatu tanda bahawa betapa hebat & sempurnanya kejadian Allah. Semuanya dijadikan hanya untuk kegunaan & kebaikan manusia, makhluk yang bergelar khalifah di muka bumi Allah ini. Namun di zaman ini, banyak kerosakan yang telah terjadi akibat daripada kerakusan tangan-tangan manusia.





Indahnya pemandangan alam semulajadi milik Allah

"Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuaatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh"
. (Al-Ahzab:72)

Setiap kejadian Allah di sekeliling kita seharusnya digunakan untuk merenung & memikirkan kehebatan Allah yaang Maha Esa. Alangkah tenangnya jiwa jika kita mampu mengaitkan segala apa sahaja yang kita nampak dengan kekuasaan Allah. Malah, jika kita mengkaji dengan teliti, terlalu banyak fenomena alam yang telah Allah jelaskan di dalam Al-Qur'an untuk pengajaran manusia.



Bumi yang dihias indah dengan pelbagai jenis tumbuhan...Masya Allah

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah matinya (kering) dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis hewan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; Sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan." (Al-Baqarah:164)


"Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya matahari dan bulan yang bercahaya." (Al-Furqaan: 61)


Awan hitam yang berarak, yang bakal disusuli dengan kilauan kilat seharusnya menggetarkan hati-hati manusia tentang peringatan Allah


Tidakkah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian) nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya dan Allah (juga) menurunkan (butiran-butiran) dari langit, (yaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung, maka ditimpakan-Nya (butiran-butiran) es itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan dipalingkan-Nya dari siapa yang dikehendaki-Nya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. (An-Nur: 43)

Titisan air hujan.. menyegarkan mata yang memandang...

Marilah kita renungkan segala kejadian Allah ini. Mudah-mudahan kita akan lebih dekat dengan Allah, dan takut untuk melakukan kemungkaran kerana Dia sentiasa memerhatikan kita. Semoga Allah berikan petunjuk buat diriku yang serba kekuranangan ini. Amin...

Wassalam.

Friday, February 15, 2008

What to do...

>>> Jam menunjukkan pukul 6:30 petang tatkala aku memulakan bicara ini. Biacara yang sebenarnya tiada fokus & tajuk yang khusus. Semuanya bermain di fikiran...pasal study leave dah tentu manjadi keutamaan, pasal seminar sebab masih ada quiz yang belum ditanda, pasal pilihan raya pun ada juga, dan macam-macam lagi.. tapi rutin harianku masih tidak berubah, datang kerja pagi & balik petang.. Rasa seperti tak sabar nak memulakan pengajian semula, dan tak nak tangguh lagi walaupun buat di Malaysia. Dan rasanya memang kena buat di Malaysia sebab Kementerian Pengajian Tinggi baru sahaja mengumumkan bahawa hanya pengajian di peringkat PhD sahaja akan dihantar ke luar negara, itupun untuk ke negara-negara selain UK. Jadi, pengajian di peringkat Masters perlu dibuat di sini. Bagi aku itu tidak menjadi masalah, cuma kalaulah aku dimaklumkan tentang perkara ini lama dahulu, tidak perlulah aku bersusah payah untuk memohon ke luar negara. Apapun, aku tetap dah serahkan permohonan untuk ke UK, tapi bergantung pada budi bicara pihak kementerian untuk meluluskannya atau tidak. Pilihan pertamaku adalah USM, kampus kejuruteraan, Penang. Insya Allah, kalau tiada aral, mula pengajian pada Julai tahun ni..

Pemandangan yang menyegarkan mata .. How blessed if I can be there at this moment


>>> Today's seminar was presented by some representatives from Prestariang, a company entrusted by the Ministry of Higher Education, Malaysia to run the 3P Project. What is 3P? It stands for Program Pentauliahan Professional. Can you see that there is a P as the first letter of each word? The program is specifically aimed to equip students with the vendor-based certification, mostly in computer and IT related skills, particularly final year students. It's free of charge for all Malaysians since it's sponsored by MoHE. I had the chance to discuss with the presenters, and they said that the program is also opened for staff, particularly lecturers. Hmm..it's good if I join it. In fact, I can get a release letter from the department or kulliyyah to join it, like I'll be on study leave period, but just for 1 - 2 months, depends on which modules I'd like to join.

We'll see how...

Wassalam.

Memorabilia 2007... Mission Accomplished!

Memorabilia, as you could see, is the name of this blog. I've got the idea to name it Memorabilia when I was working on an Engineering Memorabilia Book when I started writing in this blog. And it sounds quite cool too. 

'Memorabilia' comes from the word 'Memorable' (worth remembering), which means objects that are collected because they are connected with a person or event which is thought to be very interesting. (Cambridge Dictionary)

Alhamdulillah, praise be to Allah SWT for His Permission and Blessings that we have successfully published this IIUM Engineering Memorabila Book, Class of 2007, in December last year (2007). This 2nd edition of Engineering Memorabila book was published with the theme "Indelible Memories, Everlasting Friendships". We, the editors of this so-called Memorabilia, would like to convey our deepest gratitude to everyone who has contributed ideas, sacrificed their time and energy towards the accomplishment of the mission. 

We also would like to apologize to everyone because of the slight delay. We have tried our best to make sure everyone is happy, and it is our great pleasure if everyone is satisfied with this end product. Finally, we wish everyone the very best in whatever they choose in the future, and may this small effort be a good medium for us to always keep in touch with each others. We exclusively present you some of the official photos from the Engineering Memorabilia Book, Class of 2007.

The cover page..


IIUM Engineering Graduates - Class of 2007


Aerospace Engineering


Automotive Engineering


Biochemical-Biotechnology Engineering


Communication Engineering


Computer & Information Engineering


Manufacturing Engineering


Material Engineering


Mechatronics Engineering

Wassalam. See you again!

-Editors of the Engineering Memorabilia Book 2007

Wednesday, February 13, 2008

Demam Pilihan Raya ke-12 Bermula

Hari ini 13 Februari 2008, Rabu... Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah secara rasminya mengumumkan pembubaran Parlimen Malaysia kali ke-11 setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung. Ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan dalam sedikit masa lagi.


Apa yang menariknya pilihan raya kali ini? Sebab ini bakal menjadi permulaan kepada aku sebagai rakyat Malaysia yang layak untuk mengundi. Sebelum ni bila tiba musim pilihan raya, excited melihatkan pelbagai ragam kempen yang dijalankan. Masih ingat lagi, semasa pilihan raya ke-11 dulu, sampai tak tidur malam sebab nak tunggu keputusan diumumkan, terutamanya utntuk negeri Kelantan, negeri tanah tumpah kelahiranku. Aku pulak yang jadi suspen, bukannya jadi calon atau mengundi pun. Tapi mungkin masa tu zaman bergelar mahasiswa, darah muda tengah mengalir deras..huh. Cuma semangat di dalam je, tapi kalau nak berbincang & berdialog pasal politik ni, kurang sikit lah. Kalau ada pun, mungkin perbincangan ringan dengan kawan-kawan.

Di sebalik kemeriahan kempen pilihan raya ni, ada juga yang kurang enak didengar. Berlakunya perkelahian antara penyokong di satu dua tempat mencemarkan kempen pilihan raya. Kempen ini yang sepatutnya dijadikan satu pesta aman & bersih, sesekali bertukar liar. Mudah-mudahan perkara sebegini tidak akan berlaku lagi, tidak kira lah berpunca daripada pihak mana pun, kerajaan mahupun pembangkang. Sewajarnya setiap pihak perlu ada pertimbangan yang normal, bukannya caci-mencaci, kata-mengata, malah yang lebih teruk, kafir-mengkafir antara satu sama lain. Na'uzubillah.

Bagi pihak yang mengatakan demokrasi (pilihan raya) bukanlah cara Islam, kerana Islam memilih pucuk pimpinan melalui sistem syura..ya, itu betul. Namun adakah kita patut berpeluk tubuh tanpa mengambil sekarang tindakan setiap kali musim pilihan raya tiba? Bagi aku, kita tidak perlu mendukung & mengagungkan sistem demokrasi, namun itulah satu-satunya wadah yang ada buat masa ini untuk kita gunakan hak kita dalam pemilihan pemimpin. Sekurang-kurangnya sebagai rakyat Malaysia, kita patut keluar mengundi. Siapa yang diundi, itu bukanlah isu. Tapi biarlah yang diundi itu seorang pemimpin yang takutkan Allah, serta berlaku adail pada rakyat jelata. Alangkah agungnya Islam di zaman pemerintahan Khulafa' Ar-Rasyidin, juga generasi-generasi selepas mereka. Untuk mencari pemimpin seumpama mereka pada zaman ini, adalah hampir mustahil. Namun, kalaupun tidak dapat menjadi seperti mereka, kita masih boleh mencari pemimpin yang cuba untuk mangikut jejak langkah pemimpin-pemimpin agung Islam tersebut, sedaya yang mereka mampu, bukannya langsung meninggalkan. Aku hanyalah bercakap dari kaca mata & pandangan seorang rakyat biasa, bukan niat untuk mengajar kerana aku sedar betapa banyak kelemahan diri yang masih perlu diperbaiki.

Sebagai kata-kata akhir, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah, agar Malaysia akan terus aman damai, dilimpahi rahmat & keberkatan, dengan asbab ketaqwaan pemimpin tersebut, tidak kira lah siapa yang bakal terpilih untuk menerajui pucuk pimpinan selepas pilihan raya nanti. Semoga pilihan raya kali ini tidak akan dicemari dengan adegan cerca-mencerca dan pergaduhan di sana sini, Insya Allah.

Wassalam.

Saturday, February 2, 2008

Thursday, January 31, 2008

Generasi

Teringat satu lagu nasyid yang sering dialunkan bersama-sama ketika di SM Sains Dungun dulu. Semuanya masih segar diingatan, memori yang tidak mungkin luput..Insya Allah.

GENERASI

----------------------------------------


--------------------------------------

Go the Distance

I’ve been away from my blog for a month. My last post was on 31st Dec 2007, and today is already 31st Jan 2008. For certain people, lot of things happened during that period. But for me, I just went through my normal routine, not so much changes. I’m still coordinating the seminar for Biotechnology students…inviting speaker, preparing and marking quizzes, and every first Friday of the month, attending the departmental board meeting. I wish to end this as soon as possible. Yeah, it’s too comfortable for me doing all these, but at the same time, too boring and lonely. I wanna spend every second left in Malaysia with something very meaningful and thoughtful, but how??

I was a bit busy with my study leave application. I’ve submitted the application to the management, and planning to start my postgraduate study in UK this coming April. But, I just heard that again they put a strict limitation for students who are going to UK.. Huh, I’m tired of applying, plus it costs a lot especially for US and Australian universities, just for the application. I’ve spent so much to apply to US universities for nothing! I don’t wanna to apply to US universities anymore. Hopefully I can get another admission from an Australian university soon.. for back up, I guess. Well, I realize that this is the path each and every single person who decides to be in academic line need to go through.

>> I’ll be there someday, I can go the distance… Fighting!!!

---------------------------

GO THE DISTANCE

I have often dreamed
Of a far off place
Where a hero's welcome
Would be waiting for me
Where the crowds will cheer
When they see my face
And a voice keeps saying
This is where I'm meant to be

I'll be there someday
I can go the distance
I will find my way
If I can be strong
I know ev'ry mile
Will be worth my while
When I go the distance
I'll be right where I belong

Down an unknown road
To embrace my fate
Though the road may wander
It will lead me to you
And a thousand years
Would be worth the wait
It may take a lifetime
But somehow I'll see it through

And I won't look back
I can go the distance
And I'll stay on track
No I won't accept defeat
It's an uphill slope
But I won't lose hope
Till I go the distance
And my journey is complete

But to look beyond the glory is the hardest part
For a hero's strength is measured by his heart

Like a shooting star
I can go the distance
I will search the world
I will face its harms
I don't care how far
I can go the distance
Till I find my hero's welcome
Waiting in your arms...

I will search the world
I will face its harms
Till I find my hero's welcome
Waiting in your arms...

--------------------------

>> Song by Michael Bolton, but if you still remember, it was once sang by Faizal, Alif & Suki in the OIAM Grand Finale Season 1.. not bad!

Monday, December 31, 2007

Tahun Depan di Jerusalem

Cerpen yang saya kira amat menarik, berinformasi, dan sarat dengan pengajaran. Pertama kali saya baca pada zaman awal saya melangkah masuk ke UIAM, Gombak, kalau tak silap samada di satu majalah ataupun surat khabar. Saya tidak kenal siapa penulisnya, tapi ternyata hasil tulisan beliau punya 'aura' tersendiri yang mampu mengetuk pintu-pintu hati sebahagian manusia..

Luangkan sedikit masa untuk membacanya, barangkali anda akan menyukainya, dan mudah-mudahan ada sesuatu yang dapat anda ambil darinya..
-------------------------------------
OLEH: AZMAN HUSSIN

EXODUS? Engkau tahu, sedari dulu kami bangsa buangan? Bangsa exodus. Bangsa penghijrah. Seluruh negara dunia dilimpahi migran anak-anak Israel. Meski rakyat dunia membuang kami, tiada siapa boleh nafikan kami warganegara dunia! Kami bertebaran seluruh dunia. Kami wujud di mana-mana. Jerusalem, aku mimpi suatu masa nanti kami semua berkampung semula di sana. Hidup aman sejahtera di situ.

Kita bertemu di sentral kota KL, aku ingati lagi saat-saat dramatik itu, hingga kala kau mengakui jatuh hati padaku, dan aku menghancurkan semua khayalan indahmu itu. Saat-saat krusial itu aku dikirim merakam, melapor, dan menganalisis krisis sosial, ekonomi dan politik di sini. Penghujung 1998, KL kala itu marak dibakar api. KL sedang sakit.
KL dikhabarkan bakal lebur. Krisis Dr. Mahathir-Anwar Ibrahim memuncak. Perusuh, pengkhianat, desprado politik, demagog, anarkis, dan oportunis berkeliaran sepanjang masa di sini. Aku juga manusia oportunis itu. Dan negara jiranmu sudah berantakan. Suharto tersungkur jatuh.

Entah kerana bibirku, yang mungil bisikmu, entah cuma kerana gejolak nafsu buasmu, engkau menyukai diriku. Tukasmu, aku perempuan berjiwa besar dan jelita. Berjiwa besar kerana aku pengembara. Cantik kerana mataku. Kau langsung memelukku, melafaz kata-kata ortodoks ini; I love you! Kala kau menyelongkar tubuhku malam-malam itu, tahulah aku, kau memang sudah hiper kronik dimabuk cinta. Cinta, cinta, cinta, kerananya engkau sasau dan nanar. Begitu cinta mengetuk pintu hatimu, aku jadi rimas dan menyampah. Aku bencikan manusia sentimental. Engkau lupa itulah kelebihanku dan kekuranganmu.

Berlagak seperti pemikir romantik, kau mohon aku tafsirkan falsafah cinta. Aku fikir, cinta itu cuma lamunan manusia sepi, cinta utopia, cinta barang mewah. Aku ini bangsa buangan; diseksa Hitler gila, diusir, dicurigai di mana-mana. Aku tidak ada apa-apa. Kerana itu, aku harus menghadiahkan sesuatu pada bangsaku. Itu cintaku. Pedulilah jika kau mati kerana cintaku palsu, aku hidup demi perjuangan agung anak-anak Israel. Cinta tiada apa-apa erti sangat. Demi Yahweh, tuhan anak-anak Israel, aku telah mengangkat sumpah.
Cinta agung menunggu. Hidup untuk bercinta dan bersedih, kau carilah perempuan lain.

Pertama kali kau menegurku, aku ingat lagi. Aku deskripsikan diriku seorang pengembara. Aku suka melihat dunia.

Traveler?

Ya, pengembara. Aku tak kekal di suatu titik, aku mesti mengalir terus. Dunia ini laluan nenek moyang kami sejak zaman Musa membelah Laut Merah, jelasku.

Kemudian kau bertanya lagi, siapa sebenarnya aku. Kataku, aku kelahiran Jerman.
Di mana?

Sama seperti Karl Marx, di Trier, Sungai Moselle, Prussia.
Kau bersemangat kala mendengar nama arkitek dan pemaju ideologi komunis itu.

Di sana, tanyamu, adakah Nazi masih ada pengaruh?

Tidak, tapi sesekali rusuhan Neo-Nazi terjadi, meski si gila itu sudah lama mampus. Kau tahu, nenekku korban Holocaust celaka? Steven Spielberg, kau tentu tahu siapa dia. Semua kisah tragik ini terakam dalam Schindler's List.

Riak wajahmu kelihatan pura-pura simpati.

Tak mengapa, kerana Holocaust Eropah moden berasa berdosa, dan turut berusaha mengembalikan bumi Canaan. Bukankah kau tahu, kami mesti mengeksploitasi setiap kerugian?

Oh, kau tahu semalam aku mimpi lagi anggur masam Bukit Zion?

Engkau mudah bosan mendengar mimpi-mimpiku. Engkau lalu berpaling, dan mengajak kita bertukar fikiran. Kau sebutkan Karl Marx, Sigmund Freud, hingga George Soros. Bertukar pengalaman keras dan lembut kehidupan. Kemudian bertukar merasai kelembutan dan kehangatan tubuh, lalu bertukarlah segalanya.
Esok dan esoknya, kita membahas persoalan politik, sosial, dan ekonomi. Engkau manusia radikal. Engkau akui sangat membenci pemerintah negaramu, yang kau gelar diktator dan pemeras darah rakyat itu. Kau impikan suatu revolusi makbul di sini. Kau mengukuhkan impian menjadi pejuang agung bangsamu. Kalau boleh persis Che Guevara atau Jose Rizal. Kau mahu bangunkan kerajaan utopia di sini. Hujah-hujahmu sarat fikrah Marxis.

Di sini, dakwamu, kekayaan tidak diagih sama rata, tak dibahagi sama rasa. Di sini korupsi, kroni dan koloni, mencengkam. Lalu engkau berkhayal mewarisi perjuangan tokoh-tokoh syuhada silam. Engkau mahu berjihad melawan kekejaman dan penindasan. Kau impikan suatu revolusi agung. Kau mimpi engkaulah wira penggeraknya. Kaulah heronya. Kau rela mati syahid kerananya.

Aku ketawa, engkau akan hancur berderai dengan perjuanganmu itu!

Sewaktu negara diamuk kebangkitan gerakan reformasi, engkau turut sibuk turun ke jalan-jalan, memimpin rakyat jelata, menuntut pimpinan tertinggi negara turun.
Engkau merancang gulingkan kerajaan, bangunkan negara baru. Tidakkah engkau terjumpa buku The Beautiful Ones Are Not Yet Born, karya Ayi Kwei Armah? Mesejnya begini; Nasibnya serupa! Selepas Nkrumah tumbang di Ghana, naiklah diktator kejam lain, malah lebih kejam lagi. Tiada apa reformasi di Ghana selepas rampasan kuasa tentera itu. Situasi makin buruk, makin kacau, makin anarki. Apa manusia boleh buat dalam huru-hara? Engkau tak peduli, engkau bangun dan terus janakan energi dan student power mahasiswa dalam proses menggulingkan kerajaan. Negara jadi huru-hara, sedang sekarang engkau enak di sini, tidur denganku. Di mana perjuanganmu?

Kala gerakan reformasi padam apinya, kau merekrut anak-anak muda kalangan mahasiswa, membentuk satu gerakan militan. Kau mimpi rampasan kuasa berdarah golongan anak muda seperti Filipina atau Indonesia.

Kau lihat di sana kini, apa sudah jadi?

Kau tahu? Bangsaku tentu senyum, kerana engkau turut menjayakan utopia kami; hancurkan seluruh Goyim, demi persediaan Raja Zionis memerintah empayar dunia. Kau lupa, anarki memberi keuntungan percuma pada kami.

Kala aku menunjukkan buah dadaku yang gebu, punggungku yang pejal, bibirku yang mungil, engkau menyerah kalah. Engkau persis saudagar-saudagar minyak Arab, mudah lemas dirangkul perempuan lacur, mudah lupa segalanya.

Kala kau melepaskan kutang terakhirku malam itu, kuperingatkan, aku ini Yahudi. Kau tersentak! Air mukamu tampak keruh. Dahimu dipercik peluh hangat. Yahudi? Yahudi, Yahudi, Yahudi, kerana kerakusan nafsu, kau tak peduli nenek moyang akulah subjek kutukan kitab peganganmu. Surah al-Baqarah sarat cerita kami. Yahudi tak boleh dipercayai. Yahudi pengkhianat nabi. Yahudi tak bertanggungjawab. Yahudi lintah darat. Yahudi berhati batu. Yahudi pembohong besar. Yahudi buta hati. Yahudi pengubah suai kitab Bible.

Sewaktu kau di kemuncak aku bersumpah: hancur Goyim!

Engkau angkuh mengakui dirimu pengerusi sebuah kelab kiri berbau sosialis di universitimu, dan aku percaya, dalam komunitimu menyusup manusia deviant, split personality, eskapisme, inferiority complex, skizofrenia. Engkau mendakwa pejuang rakyat terbanyak tetapi engkau bergaya dan berlagak seperti kaum elit - berseluar jenama Levi Strauss, berkasut kulit, memakai perfume import ciptaan kami, yang harganya dibayar titik peluh orang tuamu di kampung. Hello, aku fikir, kalau revolusimu itu terlaksana, engkaulah manusia pertama harus diadili. Aku percaya semua perjuanganmu hanyalah suatu eskapisme dan utopia orang muda.

Pejuang seperti engkaulah yang akan pertama sekali munafik jika diberikan kekayaan dan kemewahan.

Suatu saat kau agungkan ideologi komunis-sosialis-anarkis. Itu produk percuma rekaan kami untuk pemuda dilanda krisis identiti, dan dengan dos suntikan itu, mereka segera mereput.
Mana mungkin slogan Freedom-Equality-Fraternity seperti kau laungkan itu terjadi? Kamilah pencetus ungkapan ideal dan tak masuk akal itu. Argh, dalam protokol ke-9, perkara ini sahih dinukil Dr. Theodor Herzl, di Basle, pada Kongres Zionis pertama. Kau tahu bila? Itu lebih seratus tahun lalu.

Katamu, pengajianmu selesai tahun depan. Menceburi jurusan sains politik, menelaah buku dan pemikiran Harold J. Laski, pensyarah London School of Economics and Political Science, engkau khayal dirimu hebat. Hei, engkau tidak tahu, Harold J. Laski ahli jawatankuasa Fabian, satu cabang Zionis. Dia arkitek Zionis, perangka pemikiran politik dunia. Kemudian kau tekuni kitab The Social Contract, Jean Jacques Rousseau, penganjur idea abad kelapan belas, idea kesamaan manusia menurut lumrah alam. Kau tahu, siapa meniup inspirasi kepada Jean Rousseau, yang ideanya itu meletupkan bom revolusi di Perancis, tahun 1789? Dr. Kallen, seorang Yahudi. Dan Revolusi Perancis suatu anugerah besar. Revolusi itu mengiktiraf kebebasan sivil kaum Yahudi di Eropah Barat. Kau pelajari juga fikrah Dean Roscoe Pound, seorang Yahudi penganjur liberalisme.

Kau ghairah kala ku sebut nama Karl Marx, Engels, Lenin, Stalin. Kau impikan kebangkitan suatu gerakan perjuangan rakyat teramai seperti anjuran mereka. Hello, kau tahu siapa mereka? Mereka semua ejen Yahudi. Mereka menyiapkan aturcara kebangkitan raja kuku besi berdarah Zionis.

Kami eksport Bob Dylan, Steven Spielberg, Stanley Kubrick, Karl Marx, Salem, Levi Strauss, Harison Ford, Sigmund Freud, Samuel Beckett ke seluruh dunia. Kesannya merata. Di Central Market, kita berjalan-jalan, dan aku senyum kala terpandang idol Karl Marx pada baju seorang anak muda gelandangan. Di situ tertulis; religion is opium. Di lehernya tergantung rantai menyangkut medal bertulis: Anti-Christ. Kau tahu apa itu anti-Christ? Itulah Raja Zionis! Di tandas awam aku lihat grafiti; God is no more! Kita sama-sama lihat anak-anak muda bangsamu kritikal dijangkiti virus sosial - dadah, melepak, mencuri, menganggur, bergaduh, dan seks bebas.

Engkau cuba pengaruhi aku menyelami agamamu, dan kau gambarkan sudut kebenaran dan keluhuran Islam. Kita berbahas, jalannya buntu dan sesak. Bagaimana aku mahu mengikutmu? Islam? Oh, aku bencikan mereka, mereka menjarah bumi Canaan tercinta kami.

Aku lalu teringatkan khutbah rabai besar kami; penganut Islam jumud, gila dunia, hidup khayal, mabuk kuasa.

Hei, boleh mampus mereka semua, aku menyumpah.

Kau sebenarnya bodoh. Kami, anak-anak Israel, sejak lama menguasai dunia ini. Kau lihat di mana-mana: semuanya Yahudi. Yahudi penguasa sebenar dunia ini. Kau tidak tahu, kami sedar kami tiada apa-apa. Kerana itu, kami mesti kuat. Misi Karl Marx, Nietzsche, Darwin, Machiaveli semuanya diilham dan disokong kami demi menjahanamkan puak Goyim.

Karl Marx? Katamu, Karl Marx idola agungmu. Hei, Karl Marx Yahudi totok, dibentuk menjadi arkitek revolusi agung di Rusia. Bukankah Karl Marx sahabat baik Jacob? Dan Jacob itu ahli Zionis kami. Dan kau agungkannya seperti nabi, oh betapa tololnya kau.

Aku masih ingati benar ikrarku musim lalu; bahawa kami, cawangan pembangun bebas, Freemason, harus segera menjayakan gagasan Zionis sedunia.

Kau tahu, dalam protokol ke-6 kami tertulis begini; Tidak lama lagi kita akan mewujudkan monopoli-monopoli besar, empayar kekayaan, yang menjadi pergantungan kuasa-kuasa besar bukan Yahudi hingga ke suatu tahap mereka akan runtuh ditenggelami segala hutang-piutang, selepas berlakunya malapetaka politik.

Demi mencetuskan malapetaka politik, kami hasut, taja, dan lobi politikus-politikus junior kemaruk kuasa negara Goyim. Kamal Attartuk contoh mudah! Kami hasut politikus muda mereka. Kami tanam dakyah dan propaganda dalam minda golongan muda dan bakal negarawan Goyim. Kami anjur konflik kelas, kami anjur pertentangan generasi. Kami tiup slogan besar yang sebenarnya kosong. Di kalangan kesatuan pekerja, kami gerakkan ideologi sosialis, khayalkan mereka dengan minuman keras, usulkan mereka mendesak kenaikan gaji, dan kami di sini naikkan harga barang.

Kami juga mencetuskan krisis ekonomi negara Goyim. Dokumen kedua puluh satu kami menyebut: Krisis ekonomi negara Goyim yang dihasilkan kita, tidak lain, adalah melalui teknik penarikan wang dari edaran.
George Soros sudahpun melakukan eksperimennya di Asia.

Duit sumber masalah manusia. Kerana lapar dan tiada pekerjaan, kekacauan akan mengambil tempat. Kau sudah tentu melihat penangannya di negara Asia. Semuanya berantakan, terpecah-belah habis. Indonesia, Filipina, dan Thailand. Malaysia, negaramu, hampir lumpuh angkara krisis ekonomi, melarat kepada politik. Malaysia nyaris ditundukkan IMF. Tidakkah kau membaca tulisan Dr. Mahathir Mohamad, Krisis Matawang Asia? Di dalamnya ada semuanya.

Apa kau lakukan untuk bangsa, negara, agamamu?

Kau hanya bercakap besar, hingga kau tak tahu apa kau ucapkan.

Di Sanhedrin, satu ratus tahun sekali pendeta-pendeta agung kami berkumpul atas makam Rabai Besar Simeon-ben-Ihuda.
Kami bincangkan kejayaan dan pelan masa depan bangsa kami.

Kau tahu, bukan? Setiap kali berdoa, kami berikrar bertemu tahun hadapan di Jerusalem. Malam-malamku dibayangi mimpi-mimpi Jerusalem itu.

Bangsa kami hina, disisih, dihalau, dibunuh, dan diseksa. Bumi Canaan kami dijarah. Meski di mana kami berada dan dipencilkan, harapan kami satu: tahun hadapan di Jerusalem.
Ya, bertemu tahun hadapan di Jerusalem!

Kau tentu teraba-raba di mana aku kala ini. Kau tak mungkin menyentuhi tubuhku lagi. Bukankah sudah kukatakan, engkau cuma tempat persinggahan? Engkau seperti kota Singapura, Bangkok, Jakarta, Tokyo, atau kotaraya Asia lain musim-musim lalu! Semuanya transit.

Selamat tinggal, pejuang gila. Selamat tinggal, reformis sasau. Selamat tinggal, idealis bingung. Selamat tinggal, pelamun nanar. Selamat tinggal, nasionalis sakit jiwa. Selamat tinggal, pemikir sewel. Selamat tinggal, radikalis bahlul.

Hei, pesanku, berjuang dan berjihadlah lawan hawa nafsu serakahmu terlebih dahulu.

Bukankah nabimu, kala pulang dari medan perang Badar, berkata: Kita baru saja kembali dari peperangan kecil?
Jihad paling utama jihad melawan hawa nafsu.

Usah pedulikan aku. Aku sudah mati, fikirlah begitu, jika kau mahu.

Aku kini menghala ke Jerusalem