Tuesday, March 11, 2008

Kembali ke Office

Selasa, 11 March 2008...Alhamdulillah, aku kembali memulakan tugas selepas beberapa hari pulang bercuti di Kelantan, sempena pilihan raya umum ke-12 yang baru saja berakhir. Aku mengundi di DUN Kadok & Parlimen Ketereh. Tentunya ramai yang dah tahu macamana keputusan pilihanraya kali ni. Apapun, syukur pada Allah kerana pilihanaraya kali ini berjalan dengan lancar & aman, wlupun ada di satu dua tempat berlaku sedikit kekecohan.

Tengahari nanti aku ada meeting department. Semalam HOD call sbb meeting terpaksa diadakan pd hari ini, yang sepatutnya dijadualkan esok (Rabu).

Bila kembali bekerja pagi ni, tetiba terigat yang UIAM berada di negeri Selangor, salah satu negeri yang telah jatuh ke tangan pembangkang kali ini. Satu keptusan yang cukup hangat sebenarnya. Alhamdulillah, semua pihak dapat menerima dengan lapang dada terhadap perubahan pucuk pimpinan negeri ini. Moga-moga, dengan keputusan yang telah ditentukan oleh majoriti rakyat Selangor ini bakal membawa perubahan yang lebih baik kepada negeri Selangor khususnya, serta seluruh rakyat Malaysia umumnya, Insya Allah. Semoga Malaysia & rakyatnya akan terus bergerak maju ke hadapan.

Wassalam.

1 comment:

ibnul'araby said...

Selamat Kembali Bertugas..!!! Semoga terus komited dibawah kepimpinan baru.. nanti jgn lupa tukar gambar Datuk Seri Dr Khir Toyo dgn gambar Tan Sri Dato' Abdul Khalid Ibrahim kat UIA ye.. hehhe.. Tak sabar rasanya nk tengok... Woww..!!!