Cerpen yang saya kira amat menarik, berinformasi, dan sarat dengan pengajaran. Pertama kali saya baca pada zaman awal saya melangkah masuk ke UIAM, Gombak, kalau tak silap samada di satu majalah ataupun surat khabar. Saya tidak kenal siapa penulisnya, tapi ternyata hasil tulisan beliau punya 'aura' tersendiri yang mampu mengetuk pintu-pintu hati sebahagian manusia..
Luangkan sedikit masa untuk membacanya, barangkali anda akan menyukainya, dan mudah-mudahan ada sesuatu yang dapat anda ambil darinya..
-------------------------------------
OLEH: AZMAN HUSSIN
EXODUS? Engkau tahu, sedari dulu kami bangsa buangan? Bangsa exodus. Bangsa penghijrah. Seluruh negara dunia dilimpahi migran anak-anak Israel. Meski rakyat dunia membuang kami, tiada siapa boleh nafikan kami warganegara dunia! Kami bertebaran seluruh dunia. Kami wujud di mana-mana. Jerusalem, aku mimpi suatu masa nanti kami semua berkampung semula di sana. Hidup aman sejahtera di situ.
Kita bertemu di sentral kota KL, aku ingati lagi saat-saat dramatik itu, hingga kala kau mengakui jatuh hati padaku, dan aku menghancurkan semua khayalan indahmu itu. Saat-saat krusial itu aku dikirim merakam, melapor, dan menganalisis krisis sosial, ekonomi dan politik di sini. Penghujung 1998, KL kala itu marak dibakar api. KL sedang sakit. KL dikhabarkan bakal lebur. Krisis Dr. Mahathir-Anwar Ibrahim memuncak. Perusuh, pengkhianat, desprado politik, demagog, anarkis, dan oportunis berkeliaran sepanjang masa di sini. Aku juga manusia oportunis itu. Dan negara jiranmu sudah berantakan. Suharto tersungkur jatuh.
Entah kerana bibirku, yang mungil bisikmu, entah cuma kerana gejolak nafsu buasmu, engkau menyukai diriku. Tukasmu, aku perempuan berjiwa besar dan jelita. Berjiwa besar kerana aku pengembara. Cantik kerana mataku. Kau langsung memelukku, melafaz kata-kata ortodoks ini; I love you! Kala kau menyelongkar tubuhku malam-malam itu, tahulah aku, kau memang sudah hiper kronik dimabuk cinta. Cinta, cinta, cinta, kerananya engkau sasau dan nanar. Begitu cinta mengetuk pintu hatimu, aku jadi rimas dan menyampah. Aku bencikan manusia sentimental. Engkau lupa itulah kelebihanku dan kekuranganmu.
Berlagak seperti pemikir romantik, kau mohon aku tafsirkan falsafah cinta. Aku fikir, cinta itu cuma lamunan manusia sepi, cinta utopia, cinta barang mewah. Aku ini bangsa buangan; diseksa Hitler gila, diusir, dicurigai di mana-mana. Aku tidak ada apa-apa. Kerana itu, aku harus menghadiahkan sesuatu pada bangsaku. Itu cintaku. Pedulilah jika kau mati kerana cintaku palsu, aku hidup demi perjuangan agung anak-anak Israel. Cinta tiada apa-apa erti sangat. Demi Yahweh, tuhan anak-anak Israel, aku telah mengangkat sumpah. Cinta agung menunggu. Hidup untuk bercinta dan bersedih, kau carilah perempuan lain.
Pertama kali kau menegurku, aku ingat lagi. Aku deskripsikan diriku seorang pengembara. Aku suka melihat dunia.
Traveler?
Ya, pengembara. Aku tak kekal di suatu titik, aku mesti mengalir terus. Dunia ini laluan nenek moyang kami sejak zaman Musa membelah Laut Merah, jelasku.
Kemudian kau bertanya lagi, siapa sebenarnya aku. Kataku, aku kelahiran Jerman. Di mana?
Sama seperti Karl Marx, di Trier,
Kau bersemangat kala mendengar nama arkitek dan pemaju ideologi komunis itu.
Di sana, tanyamu, adakah Nazi masih ada pengaruh?
Tidak, tapi sesekali rusuhan Neo-Nazi terjadi, meski si gila itu sudah lama mampus. Kau tahu, nenekku korban Holocaust celaka? Steven Spielberg, kau tentu tahu siapa dia. Semua kisah tragik ini terakam dalam Schindler's List.
Riak wajahmu kelihatan pura-pura simpati.
Tak mengapa, kerana Holocaust Eropah moden berasa berdosa, dan turut berusaha mengembalikan bumi Canaan. Bukankah kau tahu, kami mesti mengeksploitasi setiap kerugian?
Oh, kau tahu semalam aku mimpi lagi anggur masam Bukit Zion?
Engkau mudah bosan mendengar mimpi-mimpiku. Engkau lalu berpaling, dan mengajak kita bertukar fikiran. Kau sebutkan Karl Marx, Sigmund Freud, hingga George Soros. Bertukar pengalaman keras dan lembut kehidupan. Kemudian bertukar merasai kelembutan dan kehangatan tubuh, lalu bertukarlah segalanya. Esok dan esoknya, kita membahas persoalan politik, sosial, dan ekonomi. Engkau manusia radikal. Engkau akui sangat membenci pemerintah negaramu, yang kau gelar diktator dan pemeras darah rakyat itu. Kau impikan suatu revolusi makbul di sini. Kau mengukuhkan impian menjadi pejuang agung bangsamu. Kalau boleh persis Che Guevara atau Jose Rizal. Kau mahu bangunkan kerajaan utopia di sini. Hujah-hujahmu sarat fikrah Marxis.
Di sini, dakwamu, kekayaan tidak diagih sama rata, tak dibahagi sama rasa. Di sini korupsi, kroni dan koloni, mencengkam. Lalu engkau berkhayal mewarisi perjuangan tokoh-tokoh syuhada silam. Engkau mahu berjihad melawan kekejaman dan penindasan. Kau impikan suatu revolusi agung. Kau mimpi engkaulah wira penggeraknya. Kaulah heronya. Kau rela mati syahid kerananya.
Aku ketawa, engkau akan hancur berderai dengan perjuanganmu itu!
Sewaktu negara diamuk kebangkitan gerakan reformasi, engkau turut sibuk turun ke jalan-jalan, memimpin rakyat jelata, menuntut pimpinan tertinggi negara turun. Engkau merancang gulingkan kerajaan, bangunkan negara baru. Tidakkah engkau terjumpa buku The Beautiful Ones Are Not Yet Born, karya Ayi Kwei Armah? Mesejnya begini; Nasibnya serupa! Selepas Nkrumah tumbang di
Kala gerakan reformasi padam apinya, kau merekrut anak-anak muda kalangan mahasiswa, membentuk satu gerakan militan. Kau mimpi rampasan kuasa berdarah golongan anak muda seperti Filipina atau Indonesia.
Kau lihat di sana kini, apa sudah jadi?
Kau tahu? Bangsaku tentu senyum, kerana engkau turut menjayakan utopia kami; hancurkan seluruh Goyim, demi persediaan Raja Zionis memerintah empayar dunia. Kau lupa, anarki memberi keuntungan percuma pada kami.
Kala aku menunjukkan buah dadaku yang gebu, punggungku yang pejal, bibirku yang mungil, engkau menyerah kalah. Engkau persis saudagar-saudagar minyak Arab, mudah lemas dirangkul perempuan lacur, mudah lupa segalanya.
Kala kau melepaskan kutang terakhirku malam itu, kuperingatkan, aku ini Yahudi. Kau tersentak! Air mukamu tampak keruh. Dahimu dipercik peluh hangat. Yahudi? Yahudi, Yahudi, Yahudi, kerana kerakusan nafsu, kau tak peduli nenek moyang akulah subjek kutukan kitab peganganmu. Surah al-Baqarah sarat cerita kami. Yahudi tak boleh dipercayai. Yahudi pengkhianat nabi. Yahudi tak bertanggungjawab. Yahudi lintah darat. Yahudi berhati batu. Yahudi pembohong besar. Yahudi buta hati. Yahudi pengubah suai kitab Bible.
Sewaktu kau di kemuncak aku bersumpah: hancur Goyim!
Engkau angkuh mengakui dirimu pengerusi sebuah kelab kiri berbau sosialis di universitimu, dan aku percaya, dalam komunitimu menyusup manusia deviant, split personality, eskapisme, inferiority complex, skizofrenia. Engkau mendakwa pejuang rakyat terbanyak tetapi engkau bergaya dan berlagak seperti kaum elit - berseluar jenama Levi Strauss, berkasut kulit, memakai perfume import ciptaan kami, yang harganya dibayar titik peluh orang tuamu di kampung. Hello, aku fikir, kalau revolusimu itu terlaksana, engkaulah manusia pertama harus diadili. Aku percaya semua perjuanganmu hanyalah suatu eskapisme dan utopia orang muda.
Pejuang seperti engkaulah yang akan pertama sekali munafik jika diberikan kekayaan dan kemewahan.
Suatu saat kau agungkan ideologi komunis-sosialis-anarkis. Itu produk percuma rekaan kami untuk pemuda dilanda krisis identiti, dan dengan dos suntikan itu, mereka segera mereput. Mana mungkin slogan Freedom-Equality-Fraternity seperti kau laungkan itu terjadi? Kamilah pencetus ungkapan ideal dan tak masuk akal itu. Argh, dalam protokol ke-9, perkara ini sahih dinukil Dr. Theodor Herzl, di Basle, pada Kongres Zionis pertama. Kau tahu bila? Itu lebih seratus tahun lalu.
Katamu, pengajianmu selesai tahun depan. Menceburi jurusan sains politik, menelaah buku dan pemikiran Harold J. Laski, pensyarah London School of Economics and Political Science, engkau khayal dirimu hebat. Hei, engkau tidak tahu, Harold J. Laski ahli jawatankuasa Fabian, satu cabang Zionis. Dia arkitek Zionis, perangka pemikiran politik dunia. Kemudian kau tekuni kitab The Social Contract, Jean Jacques Rousseau, penganjur idea abad kelapan belas, idea kesamaan manusia menurut lumrah alam. Kau tahu, siapa meniup inspirasi kepada Jean Rousseau, yang ideanya itu meletupkan bom revolusi di Perancis, tahun 1789? Dr. Kallen, seorang Yahudi. Dan Revolusi Perancis suatu anugerah besar. Revolusi itu mengiktiraf kebebasan sivil kaum Yahudi di Eropah Barat. Kau pelajari juga fikrah Dean Roscoe Pound, seorang Yahudi penganjur liberalisme.
Kau ghairah kala ku sebut nama Karl Marx, Engels, Lenin, Stalin. Kau impikan kebangkitan suatu gerakan perjuangan rakyat teramai seperti anjuran mereka. Hello, kau tahu siapa mereka? Mereka semua ejen Yahudi. Mereka menyiapkan aturcara kebangkitan raja kuku besi berdarah Zionis.
Kami eksport Bob Dylan, Steven Spielberg, Stanley Kubrick, Karl Marx,
Engkau
Aku lalu teringatkan khutbah rabai besar kami; penganut Islam jumud, gila dunia, hidup khayal, mabuk kuasa.
Hei, boleh mampus mereka semua, aku menyumpah.
Kau sebenarnya bodoh. Kami, anak-anak Israel, sejak lama menguasai dunia ini. Kau lihat di mana-mana: semuanya Yahudi. Yahudi penguasa sebenar dunia ini. Kau tidak tahu, kami sedar kami tiada apa-apa. Kerana itu, kami mesti kuat. Misi Karl Marx, Nietzsche, Darwin, Machiaveli semuanya diilham dan disokong kami demi menjahanamkan puak Goyim.
Karl Marx? Katamu, Karl Marx idola agungmu. Hei, Karl Marx Yahudi totok, dibentuk menjadi arkitek revolusi agung di Rusia. Bukankah Karl Marx sahabat baik Jacob? Dan Jacob itu ahli Zionis kami. Dan kau agungkannya seperti nabi, oh betapa tololnya kau.
Aku masih ingati benar ikrarku musim lalu; bahawa kami, cawangan pembangun bebas, Freemason, harus segera menjayakan gagasan Zionis sedunia.
Kau tahu, dalam protokol ke-6 kami tertulis begini; Tidak lama lagi kita akan mewujudkan monopoli-monopoli besar, empayar kekayaan, yang menjadi pergantungan kuasa-kuasa besar bukan Yahudi hingga ke suatu tahap mereka akan runtuh ditenggelami segala hutang-piutang, selepas berlakunya malapetaka politik.
Demi mencetuskan malapetaka politik, kami hasut, taja, dan lobi politikus-politikus junior kemaruk kuasa negara Goyim. Kamal Attartuk contoh mudah! Kami hasut politikus muda mereka. Kami tanam dakyah dan propaganda dalam minda golongan muda dan bakal negarawan Goyim. Kami anjur konflik kelas, kami anjur pertentangan generasi. Kami tiup slogan besar yang sebenarnya kosong. Di kalangan kesatuan pekerja, kami gerakkan ideologi sosialis, khayalkan mereka dengan minuman keras, usulkan mereka mendesak kenaikan gaji, dan kami di sini naikkan harga barang.
Kami juga mencetuskan krisis ekonomi negara Goyim. Dokumen kedua puluh satu kami menyebut: Krisis ekonomi negara Goyim yang dihasilkan kita, tidak lain, adalah melalui teknik penarikan wang dari edaran. George Soros sudahpun melakukan eksperimennya di
Duit sumber masalah manusia. Kerana lapar dan tiada pekerjaan, kekacauan akan mengambil tempat. Kau sudah tentu melihat penangannya di negara
Apa kau lakukan untuk bangsa, negara, agamamu?
Kau hanya bercakap besar, hingga kau tak tahu apa kau ucapkan.
Di Sanhedrin, satu ratus tahun sekali pendeta-pendeta agung kami berkumpul atas makam Rabai Besar Simeon-ben-Ihuda. Kami bincangkan kejayaan dan pelan masa depan bangsa kami.
Kau tahu, bukan? Setiap kali berdoa, kami berikrar bertemu tahun hadapan di
Bangsa kami hina, disisih, dihalau, dibunuh, dan diseksa. Bumi Canaan kami dijarah. Meski di mana kami berada dan dipencilkan, harapan kami satu: tahun hadapan di
Ya, bertemu tahun hadapan di Jerusalem!
Kau tentu teraba-raba di mana aku kala ini. Kau tak mungkin menyentuhi tubuhku lagi. Bukankah sudah kukatakan, engkau cuma tempat persinggahan? Engkau seperti kota Singapura, Bangkok, Jakarta, Tokyo, atau kotaraya Asia lain musim-musim lalu! Semuanya transit.
Selamat tinggal, pejuang gila. Selamat tinggal, reformis sasau. Selamat tinggal, idealis bingung. Selamat tinggal, pelamun nanar. Selamat tinggal, nasionalis sakit jiwa. Selamat tinggal, pemikir sewel. Selamat tinggal, radikalis bahlul.
Hei, pesanku, berjuang dan berjihadlah lawan hawa nafsu serakahmu terlebih dahulu.
Bukankah nabimu, kala pulang dari medan perang Badar, berkata: Kita baru saja kembali dari peperangan kecil? Jihad paling utama jihad melawan hawa nafsu.
Usah pedulikan aku. Aku sudah mati, fikirlah begitu, jika kau mahu.
Aku kini menghala ke
No comments:
Post a Comment