Saya sememangnya suka menulis..sama seperti saya suka bercakap. Mungkin sikap itulah yang membuat saya memilih kerjaya sebagai ahli akademik. Namun dalam banyak keadaan, saya rasakan tulisan saya lebih kemas dan tepat berbanding apa yang saya cakapkan. Cuma kongkongan masa dan tugasan menjadikan saya amat kurang menulis sejak akhir-akhir ni
2005 in memory.. iftar bersama kawan-kawan sebelum ke final exam - Waste Management & Utilization |
Bemula dengan Episod Ramadhan Hidupku yang memaparkan (macam filem pulak bunyinya) kisah suka duka di bulan Ramadhan sejak di sekolah sehinggalah ke universiti (sebagai pelajar dan sebagai staff). Kemudian diikuti dengan 13 Days of Ramadhan to go.., Muhasabah di akhir Ramadhan, dan Bila Ramadhan Berakhir. Mungkin ada lagi yang saya terlepas pandang..
Dan kali ni saya mencari-cari kekuatan untuk menulis sesuatu, apatah lagi Ramadhan hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Mungkin 'Episod Ramadhan 1431H' adalah tajuk yang sesuai. Apapun tajuk yang diberi, tujuannya tetap sama.. Dan harapnya apa yang dicatatkan sedikit-sebanyak memberi kesan kepada diri. Kalau tidak hari ini, mungkin hari esok.. Insya Allah.
Sedar tak sedar, dah setahun saya berada di UIAM setelah kembali dari USM. Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh ini. Pengalaman yang paling berharga, saya diberikan tugasan untuk mengajar. Pada mulanya saya berteka-teki dengan diri sendiri, subjek apa yang akan diberikan oleh HOD. Sekali terus dapat Thermodynamics. Memang agak sukar subjek ni. Kalau dulu saya kena study untuk faham, tapi sekarang saya kena study untuk faham dan juga untuk memahamkan para pelajar, yang semestinya lebih sukar. Tapi benar kata orang, cara yang terbaik untuk belajar adalah dengan mengajar (berkongsi) orang lain. Harapnya para pelajar juga dapat menerima saya yang masih serba kekurangan ini.
Alhamdulillah, setelah 2 semester (walaupun semester ni hanya separuh), saya semakin suka dengan subjek ni. Tugas mengajar sudah pun diambil alih oleh pensyarah lain, tapi tugasan saya belum selesai. Mid-term test baru saja berakhir, dan sekarang saya perlu memeriksa semua kertas jawapan. Harapnya dapat disiapkan dengan segera.
Selain itu, saya juga ditugaskan sebagai Coordinator untuk Engineering Industrial Training. Boleh dikatakan tugas yang mencabar, dalam melayani karenah pelajar (yang saya anggap seperti adik-adik) untuk mencari tempat praktikal. Saya sukakan tugas ni. Di samping dapat membantu adik-adik, banyak pengalaman berharga yang saya dapat sepanjang menjalankan tugas ini, juga kenalan dari luar, terutamanya pihak industri.
Menjelang beberapa hari lagi Syawal akan tiba, saya rasa sedikit sayu bila mengenangkan saya tidak mengoptimumkan Ramadhan kali ini, tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, terutama sekali semaza zaman muda-mudi dulu. Teramat banyak kekurangan pada diri. Ramadhan kali ini juga dirasakan amat cepat berlalu. Sedar-sedar sudah dipenghujungnya.. Alangkah ruginya. Seolah-olah tiada kejayaan yang hebat untuk diraikan sempena Syawal ini..
Moga Allah memberikan kita peluang untuk menghabiskan saki-baki Ramadhan kali ini sebaik yang mungkin, juga memanjangkan umur kita supaya dapat sekali lagi bertemu dengan Ramadhan tahun depan.
Akhir kalam, Salam Aidilfitri untuk semua yang sudi membaca, yang lama mahupun baru. Mudah-mudahan hari raya ini membawa kegembiraan buat semua. Dan jangan dilupakan nasib saudara Muslim kita yang memerlukan tak kira di mana mereka berada.
Wassalam.
Moga Allah memberikan kita peluang untuk menghabiskan saki-baki Ramadhan kali ini sebaik yang mungkin, juga memanjangkan umur kita supaya dapat sekali lagi bertemu dengan Ramadhan tahun depan.
Akhir kalam, Salam Aidilfitri untuk semua yang sudi membaca, yang lama mahupun baru. Mudah-mudahan hari raya ini membawa kegembiraan buat semua. Dan jangan dilupakan nasib saudara Muslim kita yang memerlukan tak kira di mana mereka berada.
Wassalam.
1 comment:
Wahhh.. Simpan lagi gambo ni datuk.. What a memory.. Siap ingat exam apa lagi.. mmg Ramadhan yg kucar kacir la masa nih due to exam period.. Tak tentu masa examnya.. ahha..
Post a Comment