Wednesday, September 19, 2007

Episod Ramadhan hidupku..

Ramadhan datang hanya setahun sekali.. Sedar tak sedar, hari ini dah hari ke-7 kita dlm bulan Ramadhan tahun ni. Pertama, ada orang yg mmg ternanti-nanti akan kedatangan Ramadhan, dan bersungguh-sungguh beramal bermula di awal Ramadhan lg. Namun ada manusia yg memang kurang gembira dengan kedatangan Ramadhan. Kedatangan Ramadhan disambut dengan pelbagai rungutan dan muka yg murung. Kenapa? Mungkin sbb terpaksa berlapar dan berhaus..mungkin kerana terpaksa bersengakang mata utk bangun sahur sebelum subuh lagi, atau juga mungkin kerana terpaksa bersolat terawih berbelas atau berpuluh rakaat (sbb keluarga bising klu tak pergi). Ada pula golongan ketiga, yg mana tidak ternanti-nantikan Ramadhan, tapi tidak juga merungut dengan kedatangan Ramadhan. Bagi mereka, Ramadhan dan bulan-bulan lain sama saja..life must go on! Hidup macam biasa..

Walau apa pun ragam dan gelagat manusia di sekeliling kita, yg paling penting adalah diri kita sendiri. Tanyalah diri kita sendiri, kita tergolong dalam golongan mana. Golongan pertama, kedua atau ketiga? Jika kita tergolong dalam golongan pertama, maka beruntunglah kita. Kerana sesungguhnya rahmat yg Allah janjikan utk setiap hamba-Nya yg beramal di bulan yg mulia ini amatlah besar & tidak terkira.

Jika kita tergolong dlm golongan kedua dan ketiga, maka amatlah malang nasib kita. Namun ia masih belum terlambat. Masih ada peluang utk kita perbetulkan niat & perbaiki diri. Buanglah segale kekusutan yg bermain di fikiran, lemparkan jauh-jauh segala rungutan, lontarkan senyuman seikhlas yg mungkin.. utk Ramadhan kali ini, utk famili, utk rakan-rakan, dan utk sesiapa sj di sekeliling kita.. Kerana sesungguhnya kegembiraan & kemeriahan ini hanya dapat dirasai sekali dalam setahun. Janganlah dianggap Ramadhan sama saja dengan bulan-bulan lain. Ramadhan perlu dilalui dengan penuh rasa gembira dan terima kasih pada Allah, kerana tidak semua yg berkesempatan menemuinya. Masih saya ingat, seorang ustaz memberitahu, tatkala kita berada di bulan rejab dan sya'aban, maka tambahkan lagi doa pada Allah supaya kita dilanjutkan usia utk menemui Ramadhan yg bakal menjelang.

Bagiku, Ramadhan kali ini terasa kelainannya berbanding Ramadhan yg lepas. Inilah agaknya yg org kata, a new chapter of our life. Kenapa aku berkata begitu? Ramadhan sebelum ini disambut tatkala aku masih bergelar seorang student. Tak kira lah samada student universiti mahupun sekolah. Sejak dari form 1 lagi, aku telah pun tinggal di asrama. Suka duka & gelak tawa di Sekolah Menengah Sains Dungun (1996 - 2000) masih segar di ingatan, yg telah byk megajar erti hidup berdikari tanpa keluarga di sisi. Bila Ramadhan menjelma, terasa kemeriahan di sana sini, terutama sekali waktu berbuka & sahur. Pada waktu sahur contohnya, terdengar jeritan & pekikan abg-abg senior mengejutkan adik-adik utk bangun sahur. Malah bagun sahur tu boleh dikatakan wajib utk setiap org. Namun, kebiasaanya sambutan para pelajar bergantung pd menu hari tersebut. Kalau menunya kurang memberangsangkan, maka suramlah muka-muka yg datang ke dewan makan tu. Tapi apa nak buat, life must go on..puasa tetap kena puasa.. Inilah kehidupan di asrama, yg bukan semua org dpt merasainya. Apapun, 5 kali Ramdahan di SMSD telah meninggalkan byk kenangan & pengajaran pdku. Kalaulah tidak kerana diwajibkan setiap org pergi ke surau utk bertadarus (5.30 - 6.30p m), mungkin hari ni aku liat utk membaca Qur'an wlupun dengan kedatangan Ramadhan. Terima kasih, Ya Allah, kerana dengan hidayah & petunjuk-Mu, aku gagahkan kakiku melangkah ke SMSD.

Selepas itu, hampir 6 tahun aku habiskan masa ku di UIAM..bersama teman-teman baru (wlupun ada bbrp org dtg dr SMSD). Sememangnya kehidupan di universiti jauh berbeza dengan di sekolah. Alhamdulillah, dengan pengalaman yg diperoleh di SMSD dulu, aku lalui setiap detik perjuangan di UIAM dengan tabah & penuh semangat, wlupun ada masanya kita rasa down. Ramadhan di UIAM (terutamanya di UIAM Gombak), hmm...banyak yg boleh diperkatakan. Aku dan kawan-kawan semua pun mendaftar di Gombak pd bulan Ramadhan (11 November 2002). Itulah Ramadhan pertama di Gombak. Berta'aruf week dlm bulan Ramadhan..berbuka pun ramai-ramai kat masjid ms tu. Lepas terawih 8 rakaat, semua kena ke CAC utk program selanjutnya. Memang mencabar.. Ada sekali, habis program dekat pukul 3 pagi, mana lah student ni tak angin. Hmm..akibatnya, keesokan hari cuma bbrp org yg bangun sahur. Namun, Alhamdulillah, Ramadhan tetap ditempuhi dengan ceria.

Sebut pasal ramadhan di UIAM ni, antara yg paling aku suka adalah solat terawih di masjidnya. Pertama kali dirasakan, itulah solat terawih yang mengundang ketenangan pdku. Bacaan imamnya tidak sama dengan bacaan imam di masjid-masjid lain. Tartil & makhrajnya mmg bagus, dan yang paling penting, bacaannya tidak terlalu laju spt di masjid lain (kerana nak hbis cepat). Bacaan imamnya sama spt bacaan solat-solat fardhu yg lain. Selain tu, aku juga sukakan solat terawih di sini kerana setiap selesai 2 rakaat, ia tak diselangi dengan selawat dan doa beramai-ramai. Sememanganya, itu bukanlah sunnah Rasulullah. Kenapa perlu kita buat semua tu? Adakah kita mendakwa kita ini lebih baik drp Baginda?

Ramadhan 1428 H (2007), adalah yg pertama bg ku yg tidak bergelar student. Alhamdulillah, aku graduate pd Januari 2007, dan bekerja sbg research assistant di UIAM selama 3 bulan (Feb - April). Lepas tu, aku bekerja sebagai Assistant Lecturer di UIAM, hinggalah ke saat aku menulis dalam blog ni. Ramadhan kali ini ada sedikit kesunyian terasa.. Hmmm..mungkin kerana teman-teman yg selama ini bersama masa belajar dulu telah pun membawa haluan masing-masing di luar sana. Cuma aku yg masih di sini. Apapun, aku masih ada seorang housemate, yg Insya Allah kalau tiada apa halangan, akan berbuka puasa & bersahur bersama. Yang pasti, wlupun bukan lagi student, aku akan tetap bersolat terawih di UIAM, kerana itu yg aku rasa masih kekal hingga kini. Kadang-kadang, aku rasa semakin merosot prestasiku sejak tamat belajar.. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini utk mendapatkan kembali semangat & kekuatan yg suatu ketika dulu, menjadi penggerak & pendorong utk aku melakukan kebaikkan. Wlupun tanpa teman-teman di sisi, tp aku mahu sentiasa rasakan yg Engkau sentiasa di sisiku & hamba-hamba-Mu yg mengaharapkan pertolongan-Mu. Kepada teman-teman di luar sana, aku doakan kalian semua selamat maju jaya dalam mengharungi Ramadhan kali ini. Teruskan perjuangan, semoga Allah sentiasa meberkati perjuangan kalian semua. Amin...

Akhir kata, sama-samalah kita menggunakan dan menyelami saki-baki Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin. Belum tentu Ramadhan tahun depan menjadi milik kita. Lebih kurang seminggu yg lepas, tatkala kita sedang meraikan kedatanhan Ramadhan, seorang pelajar tahun akhir di UIAM telah kembali ke Rahmatullah kerana terlibat dengan kemalangan motosikal. Inilah kehidupan.. hidup dan mati kita milik Allah, dan Dia berhak utk mengambilnya bila-bila ms saja Dia berkehendak.

Saya ada menerima satu sms drp seorg kawan, katanya, "Mari kita sama-sama sepenuh hati & fokus dalam silibus Madrasah Ramadhan. Moga Allah izin kita graduate drp Madrasah ini dengan ijazah kelas pertama:-)".

Oh Allah, berikanlah aku petunjuk & hidayah-Mu, berikanlah aku kekuatan utk beramal sebaik mungkin di Ramadhan kali ini, ikhlaskanlah hati & diriku semata-mata kerana-Mu, terimalah amal ibadahku, berikanlah kesejateraan & kemenangan pada seluruh umat Islam di dunia ini. Amin...


- Mohd Nazri Mohd Nawi
19 Sept 2007 / 7 Ramadhan 1428 H
6:44 pm

10 comments:

Anonymous said...

Perkongsian yang amat menarik:-)
nta ada gaya ustz lah, prof NaZri..opps,ustz nazri!sape ckp amik bidang engineering xblh jadi ustz;-)
suasana ramadhan di uiam gombak mmg berbeza di tempat lain membuatkan ana rindu2 untuk kembali ke sana..
akhir kt, ana jgk berazam utk graduate ijazah kelas prtm dlm ramadhan kl nie krn ana tak pasti akn bertemu ramadhan y akn dtg..
InsyaALLAH, jk dipertemukan ramadhan y akn dtg,nta xlagi kesunyian...

ibnul'araby said...

Taqabbalallahu minna wa minkum..
Amin.. Syahdu plak baca posting Dato' Nazri pagi nih.. Semoga doa tu dimakbulkan Allah dan kita semua diberi kekuatan menempuh Ramadhan ini dengan cemerlang dan terbilang insyaAllah...

Betul kata Dato'.. Bila kita berubah keadaaan kadangkala terasa longlai.. Mungkin inilah beratnya kesan 'perubahan'.

Tapi yakinlah.. andai semua yang dilakukan pada waktu lepas bersama teman2 adalah berdasarkan iman dan hati yang ikhlas dan luhur kerana Allah, maka ia akan kekal selamanya..
Kerana teman datang dan pergi.. Namun Allah kekal di 'Arasynya untuk selama-lamanya..

mr fotografer said...

Eh, sape yg anonymous tu.. huhu, misteri ni..hmmm.

Apapun, semoga kita semua dpr perbaiki diri sementara masih diberi kesempatan ni.

Esok (jumaat) ada grand iftar utk biotech dept kat sini, buat kat CAC lg tu:-)

Selamat berbuka!!

Illi Puad said...

Syahdu je baca citer ustaz nazri ni (dah lama xbg gelaran ni kt nazri, dulu2 kalo sebut nama nazri, mesti ltk ustaz kt dpn tu) kui3...nyways, kirenye kt m'sia tu beruntung jg dpt merasakan suasana bln ramadhan..kalo kt cni, harapan je lah kn..tgh hr pn bleh tgk org minum kopi lah, mkn sandwich lah dan bermcm2 mknn lg.huhu..solat tarawih pn xdpt nk berjemaah kt cni..ade masjid, tp mcm agk jauh dr rumah dan masjid tu diuruskn oleh org2 pakistan.mazhab diorg ni ade yg lain sket..so, wat sndiri2 je..kalo xkuatkn hati, mmg xbuat lah kn..time2 cmnilah teringt waktu2 kt m'sia dulu..so guys, nikmatilah dan hargailah apa yg anda ada skrg! ahaks.. ^_^

ibnul'araby said...

Baca komen Ms. Illi pun syahdu la jugak.. huhu.. ;p Sabarlah ye.. 3 tahun je, tak lama..Pasni bole jadik Dr.. Berbaloi la jugak kan..
Tanye skit.. Mazhab pakistan tu lain camne ek?

mr fotografer said...

Haa...jwb illiey, mazhab Pakistan tu apa yg lainnya? Huhu..

Illi Puad said...

hehe...i mean secara general lah..specifically xler tau sgt..aku observe time kt mekah dulu, cara diorg solat pn dh lain.main semborono jek..kaki nampak lah, pegang anak lah dan sewaktu dgnnye..kt cni diorg ade edarkan jadual waktu solat dan berbuka..pastu ade skali solat eidulfitri.yg peliknye ade tiga waktu solat utk eidulfitri..satu kol 8.30. pstu kol 10 and then kol 11 lbh..hmm..xpernah ku tahu boleh ade 3 waktu..boleh pilih2 ke nk gi yg mn satu?pstu, bkn ke kalo nk byr zakat fitrah tu sblm solat sunat????huh??korg rs cmne?

mr fotografer said...

Hmm...kna bg Tun Abd. Muiz bg komen dia dulu, br pastu Nazri bleh bg komen. Bukan ape, kita kna hormat org yg lebih berilmu & berwibawa drp kita..hehe. tak gitu Tun??

So, we're waiting for your comment! Gambatte!!

ibnul'araby said...

Amenda Dato' Nazri mengarut nih.. Sepatutnya dia lebih layak dalam hal nih.. Anyway, I just finish some short writing menyatakan pandanganku dalam hal ini..Huhu.. Mintak tuan2 yang arif bagi komen terutama Dr Illi and Dato' Nazri.. Can go directly to my blog..

aRiFF hAFIZi said...

slm singgah..

oh, tak sangka dpt jmpe blog alumni smsd...

dtg la turun smsd tyme2 free, k..