Sunday, September 28, 2008

Muhasabah di akhir Ramadhan

Ahad, 28 Ramadhan 1429 H... Bulan Ramadhan masih berbaki 2 hari sebelum ia meninggalkan kita, dan sebelum Syawal menjelang. Terasa sayu jugak bila mengenangkan Ramadhan bakal pergi sedangkan banyak amalan yg masih kurang sempurna kali ni bila nak bandingkan dengan Ramadhan pada tahun-tahun sebelum ni, i.e. di SMSD dan di UIAM. Rasanya saya telah menulis satu tajuk khas sempena Ramadhan tahun lepas, iaitu 'Episod Ramadhan Hidupku', yg menceritakan pelbagai pengalaman di bulan Ramadhan di pelbagai tempat yang pernah saya lalui.

Setiap episod Ramadhan pastinya ada perbezaan. Kalau tahun lepas, buat pertama kalinya saya menyambut Ramadhan bukan sebagai seorang student lagi, Ramadhan kali ini pula saya sambut sebagai seorang suami. Malahan pada 13 Ramadhan kali ini juga, saya telah pun bergelar seorang bapa. Alhamdulillah, segala nikmat kurniaan datangnya dari Allah yg Maha Kaya.

Sepanjang 5 tahun yg lepas saya menyambut Ramadhan di UIAM, tapi kali ni tidak lagi di sana. Ramadhan tahun ni disambut tatkala sekali lagi saya bergelar seorang student, menuntut di USM, Penang. Ia satu pengalaman baru berpuasa di sini, bersama teman-teman baru. Namun Ramadhan ini juga ada sedikit kesayuan kerana buat pertama kalinya saya tidak bersama dengan ma, abah & adik-adik di kampung. Walaupun begitu, Allah telah gantikan mereka dengan seorang isteri yg cukup pengasih & perihatin, serta baby lelaki yg comel dan juga keluarga isteri yg sangat baik di Taiping. Terasa kemeriahan berbuka puasa bila abang-abang & kakak-kakak ipar serta anak-anak saudara balik ke sini. Riuh-rendah jadinya!

Muhasabah diri..

Kita sememangnya perlu sentiasa muhasabah diri, menilai prestasi diri dari semasa ke semasa, samada ia semakin baik ataupun sebaliknya. Muhasabah bukan hanya di bulan atau waktu tertentu. Mana yg kurang, seharusnya kita tingkatkan & perbaiki. Ya, itu teorinya, yg mana sgt sangat senang untuk diungkapkan! tapi bila tiba praktikalnya, tanpa kekuatan rohani yg mantap, amat sukar utk kita laksanakan.

Seawal bulan puasa kami telah pun berada di Taiping, membuat persediaan menyambut kelahiran baby pertama kami. Jadi kenalah berulang dari Taiping ke USM setiap hari. Memang memenatkan, perjalanan sejauh 54 km yg ambik masa sejam++. Perjalanan adakalanya menguji kesabaran. Course plk makin lama makin susah rasanya..pening. Kalau tak buat revision lepas kelas, memang K.O. Bila sampai di rumah, biasanya pukul 5.30 pm ke atas, dah tak larat nak buat apa lagi, cuma tunggu waktu berbuka jelah.

Dek kerana keletihan, apatah lagi selepas berbuka, maka payahlah nak mengerah tulang empat kerat untuk bersolat jemaah di masjid. Sedangkan di bulan Ramadhan ni, pahala yg Allah janjikan berlipat kali ganda. Semoga Allah menerima amalan ibadah yg kita laksanakn dengan hati yg ikhlas kerana-Nya, juga dengan petunjuk yg telah ditunjukkan oleh Rasulullah walaupun masih banyak kurangnya. Puasa (bukan saja menahan lapar & dahaga, tp juga puasa hati, fikiran, mata, mulut, telinga & anggota-anggota badan lain), solat jemaah, solat malam, tadarus Al-Qur'an, bersedekah..semua dirasakan makin menurun prestasinya.

Dalam hadis kudsi, Allah berfirman: Semua amalan anak Adam untuknya, melainkan puasa. Ianya untuk-Ku dan hanya Aku yang membalasnya (riwayat al-Bukhari)

Mudah-mudah Allah juga mengira setiap langkah dan keringat yg gugur dalam menuntut ilmu sebagai salah satu kebajikan yg besar disisi-Nya..ameen. Ya Allah, panjangkanlah umur kami agar kami dapat sekali lagi bertemu dengan Ramadhan yg akan datang, dan berilah kekuatan kepada kami untuk terus istiqamah atas jalan-Mu.

Bersamalah kita hiasi hari raya yg bakal tiba dengan penuh kesyukuran & kesederhanaan, serta tidak melalaikan kita semua. Semoga Ramadhan ini mengajar kita erti kesabaran, kehambaan & kemanusiaan.

Firman Allah: (maksudnya) Dan sesungguhnya Tuhanmu (Wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurnia-Nya kepada umat manusia tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur. (Surah al-Naml: 73)

Wassalam.

p/s: assignments ada yg kena submit, presentations, tests and final exams are coming very soon after hari raya..mencabar.



1 comment:

Anonymous said...

Bukan senang nak jadi senang. Macam-macam pengorbanan perlu dilakukan untuk mencapai sesuatu:-)

Setiap yang kita lakukan dgn niat kerana Allah, I/Allah akan dinilai. Tambah-tambah, Allah suka kepada orang-orang yang menuntu ilmu:-)

Tahun ini kita raya di Perak dulu ye, tahun depan, i/Allah raya kat kelate pulak..adillah tu;-)