Tuesday, April 1, 2008

Isu Penayangan ‘FITNA’ Yang Menghina AL-Quran: Apa respon kita?

Petikan akhbar dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia:

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah tindakan penayangan filem FITNA oleh ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders yang secara terang – terangan menghina Al – Quran.


Kempen Boikot 3 produk, terpilih ini Shell, Dutch Lady, Philips akan membolehkan semua masyarakat pengguna Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyuarakan bantahan secara aman dan melakukan sesuatu bagi mengutuk serta membantah tindakan biadap serta terkeji ini.

Untuk berita penuh, sila lihat di sini.

Antara produk utama Belanda yang lain adalah seperti berikut:

- Ferrero Roche - Coklat
- Wall’s - Ais Krim
- Breeze - Pencuci Kain
- Dove - Mandian
- Dumex - Susu Tepung
- Nutricia - Susu Bayi
- Sunsilk - Shampoo
- Knorr -Perisa Makanan

Untuk senarai penuh produk-produk dari Belanda, sila lihat di sini.

Lagi berita tentang saranan PPIM di The Star Online, "Boycott Dutch Products, say Consumer Groups".

Tun Dr. Mahathir Mohamad & NGO juga telah menyarankan umat Islam agar memboikot produk-produk yang datang dari Belanda. Untuk berita lanjut, lihat di International Herald Tribune, "Malaysia's Mahathir urges Muslim to boycott Dutch product", atau di The Star Online, "Dr.M: United Muslim boycott is the way to 'punish' Holland".

Pihak pasaraya borong terkenal, Mydin, di seluruh negara pula telah melekatkan label merah pada setiap produk dari Belanda sebagai tanda protes & mengingatkan para pembeli supaya tidak membeli produk-produk tersebut. Lihat di sini, "Mydin stores mark protest aganist anti-Islam film".

Namun, andai segala kempen & saranan yang dibuat untuk menghukum kebiadaban para penghina Islam ini tidak mendapat sambutan dan kerjasama semua, terutamanya umat Islam seluruh dunia, maka tiadalah gunanya segala kempen tersebut. Bersama kita bangkit, tunjukkan bahawa Umat Islam mampu bertindak, dan bukan sekadar berdiam diri apabila maruah Islam dihina.

p/s: tak ruginya kalau tak isi minyak Shell (kononnya lebih kilometer..). Insya Allah, kita semua pakat isi minyak Petronas lepas ni, sekurang-kurangnya hasil keluaran negara sendiri. Telah banyak barangan keperluan keluaran kita sendiri yang berada di pasaran hari ini, jadi sewajarnya dan menjadi kewajipan kita sebagai rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi Muslim, untuk menyokong perniagaan orang Islam. Duit orang Islam biarlah mengalir dari poket Muslim ke poket Muslim yang lain. Pengecualian hanyalah diberikan kepada produk-produk yang masih belum ada alternatif, tapi kita amat memerlukannya.

1 comment:

Anonymous said...

dear sir, i am asking your permission to use the information in this particular blog entry of yours in my blog page. please respond whether u allow me to or not at thronelessempress@gmail.com. thanks in advance!