Friday, April 18, 2008

Bola Sepak: Warga Israel ke Malaysia?

Satu keputusan yang dikira agak mengejutkan telah dibuat oleh pihak kerajaan dengan membenarkan dua Warga Israel, iaitu Avram Grant (Jurulatih Chelsea) dan juga Tal Ben Haim (midfielder Chelsea) datang ke Malaysia pada Julai ini sempena mini-Asian Tour pasukan bola sepak Chelsea. Lihat di sini untuk berita penuh: Chelsea’s Grant and Tal cleared to come to Kuala Lumpur

Keputusan ini walaubagaimana pun dibantah oleh banyak NGO di Malaysia kerana di samping tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan Israel, kita juga sebagai umat Islam harus sentiasa peka pada isu keganasan/kekejaman/rompakan Israel di bumi Palestin dan penderitaan saudara kita di sana yang dinafikan hak mereka oleh Israel. Satu berita telah disiarkan di MalaysiaKini yang membantah kedatangan mereka dan meminta pihak Kementerian Luar menimbang semula keputusan tersebut. Lihat Israel: Rais tidak peka isu Palestin

Kita sebenarnya bimbang kalau hari ini kita membenarkan mereka datang, kelak di kemudian hari kita akan beri lebih daripada ini. Israel dan Yahudi adalah musuh Islam & umat Islam yang sangat nyata!

Wassalam.

No comments: