Monday, July 20, 2009

UIAM: Perkongsian rasa hati dan pengalaman

Ini bukanlah perkongsian rasa hati dan pengalaman saya, tetapi oleh seorang warga UIAM, Mdm. Martinelli di blognya. Tentu ramai warga UIAM yg pernah mendegar nama beliau, malah mengenali beliau.

Saya suka memetik serangkap dua apa yg telah dikongsikan.. "Budaya Al-Ma'thurat di UIAM".

"Tiga amalan warga UIAM yang menjadikan UIA begitu unik adalah usrah, Al-Ma’thurat dan alunan Asma’ ulhusna. Ketiganya2 menjadi identiti budaya UIAM suatu ketika dulu selain daripada istilah2 arabic untuk kolej kediaman dan fakulti yang cukup memberi kesan kepada setiap pelajar. Songkok hitam yang dililit dengan pita logo warna emas akan membuat pemakai rasa bahagia menjadi warga UIAM."

"Dulu setiap program pelajar mesti ada Qiyamullail. Sekarang aktiviti ‘explorace’, ‘telematch’, ‘cabutan bertuah’ mengmbil tempat. Kata mereka untuk lebih ‘fun’ supaya lebih ramai orang datang. Yang terbaru pula ialah lenggang-lenggok poco poco…ramai yang menyukainya tetapi tidak sesuailah lelaki dan perempuan berjoget dengan goyang dangdut yang kelihatannya agaknya seksi dan ia dibuat tanpa ada dinding pemisah antara mereka. Silap kawalan ia akan membawa fitnah yang menjejaskan ibadah. Katanya untuk kesihatan. Niat yang baik tetapi perlulah berhati2 dengan syariat yang jadi pegangan kita. Lagu yang dipilih hendaklah bukan lagu yang senikatanya berunsur lucah. Itu yang tertulis dalam cultural guideline UIAM."

Selanjutnya, rakan-rakan semua boleh membaca di sini.

Moga-moga ada manfaat. Semoga UIAM akan kembali bangkit dan bersinar. Segala gejala yg tidak baik dapat kita hindarkan, bersama kembalikan kegemilangan Islam. Wallahu'alam.

4 comments:

Ohimesama said...

harapan menggunung jua untuk bakal-bakal pendidik di UIA...

:)

uia oh uia...
harap2 dapat kembali ke zaman uia bersinar gemilang..
-rb-

mr fotografer said...

Ameen..insya Allah.

Bukan saja utk yg bakal & sedang berbakti di uia, malah setiap yg pernah menjadi warga uia..walau ke mana pergi, moga sahsiah yg baik akan menjadi ikutan serta mengharumkan nama uia.

wallahua'alam.

solahuddin the warrior said...

actually kalau nak bersinar kena ada sentuhan agama kita.
kalau x, buatlah mcmna pon, still the shine tu x lah bright sgt.

mr fotografer said...

Hmm..that's right, bro!

Actually, I don't really agree with the word 'Budaya' (culture), bcoz Islam is not merely a culture, but it should be a life.

Klu sesuatu sekadar menjadi budaya, pasti satu hari ia akan sirna, malah mungkin terus lesap.

Kemajuan sesuatu kaum itu terletak kpd sejauh mana hati2 mereka sentiasa terdidik dgn tarbiyyah Islam & tak pernah putus berhubung dgn Allah.

Wallahua'alam.