Tuesday, October 9, 2007

Episod Bersamamu...Istimewa Hari Raya

27 Ramadhan 1428H…9:32 pagi

Tiba-tiba rasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu di pagi ini, tatkala dalam 2 atau 3 hari lagi seluruh umat Islam bakal merayakan hari raya Aidilfitri, salah satu drp perayaan agong umat Islam, bagi meraikan kejayaan sebulan menunaikan ibadah puasa, juga ibadah-ibadah sunat yg lain.

Hari Raya..biasanya hari utk kita bersuka-ria, bergelak tawa bersama kerabat keluarga, sajabat handai, yg mungkin sudah lama tidak bersua, atau mungkin juga setiap hari bersua muka, namun pertemuan pd hari raya, sedikit kelainan terasa.. Malaysia, sebuah negara yg kaya raya, aman damai wlupun berbilang bangsa, yg mana majoritinya bangsa Melayu, dan boleh dikatakan secara umumnya beragama Islam. Namun tidak semuanya aku rasakan menyambut raya dengan kemeriahan. Masih ramai saudara seislam kita yg hidup melarat, meminta, pakaian tidak bertukar saban tahun, kais pagi makan pagi, kais makan makan petang..malahan ada yg tidak mampu utk menyekolahkan anak-anak kerana ketiadaan wang.

Aku teringatkan tentang zakat fitrah, yg mana wajib di bayar oleh setiap umat Islam, yg sempat hidup dalam bulan Ramadhan, termasuklah seorang bayi yg dilahirkan sebelum terbenamnya matahari hari terakhir Ramadhan. Zakat, yg mana berfungsi utk membantu saudara seislam kita yg dalam kesusahan, meringankan beban mereka, lebih-lebih lagi di Aidilfitri yg mulia ini. Tapi sejauh mana kah bantuan yg telah dihulurkan pd mereka? Dan jika ada bantuan pun, adakah kadar yg diberikan itu mencukupi utk mereka meneruskan kehidupan sebagaimana orang lain?

Aku sekadar ingin mengajak kalian berfikir sejenak... Rakyat Malaysia, yg jumlahnya hampir 26 juta, dan kalau kita andaikan org Melayu, dengan mengambil kira setiap mereka beragama Islam, maka jumlah umat Islam di Malaysia mencecah 13 juta orang. Cuba kita hitung, setiap orang drp 13 juta ini membayar zakat fitrah, dengan kadar RM5 sekepala, maka jumlah yg terkumpul adalah RM65 juta setiap tahun. Itu hanyalah hasil kutipan drp zakat fitrah. Belum lagi kita hitung dengan zaka-zakat lain; Zakat pendapatan, pertanian, perniagaan, hasil galian, barang kemas, dll. Mungkin jumlah yg terkumpul boleh mencecah RM100 juta setiap tahun (dengan menganggap bhw Umat Islam di Malaysia peka terhadap zakat-zakat lain yg wajib mereka bayar).

Dengan kutipan zakat yg ckup banyak setiap tahun, secara logiknya tiada lg umat kita yg hidup melarat, meminta-minta, yg tinggal dalam pondok-pondok buruk di pedalaman.. Namun yg mendukacitakan, ke mana perginya hasil kutipan ini? Efektif kah pengagihan yg dibuat? Kita bukan menuding jari pada pihak tertentu, tp kita perlu fikirkan hal ini berasama-sama. Sampai bila umat Islam akan terus melarat di negara sendiri? Kalau keadaan berterusan begini, mampu kah kita menurunkan tahap kemiskinan di negara kita ke tahap yg minimum?

Kalau ada pun bantuan yg dihulurkan kepada golongan miskin, terutamanya yg tidak berupaya, cthnya melalui pusat kebajikan masyarakat, berapa lah sgt kadarnya.. Cuma RM150 atau RM200 sebulan, sedangkan yg berjaya dikutip setiap tahun mencecah ratusan juta! Tanyalah pd diri kita sendiri, mampukah kita hidup di zaman ini, berbekalkan hanya RM150 yg diperolehi itu? Kalaulah pihak-pihak yg berkenaan dapat fikirkan hal ini, letakkan diri mereka di tempat org-org yg memerlukan, insya Allah segalanya akan berakhir.

Mengharapkan bantuan yg tidak kunjung tiba drp pihak yg sepatutnya membela nasib umat Islam yg melarat, ramai pihak lain yg turun padang utk membantu. TV3 dengan program Bersamamu...artis & celebriti yg sanggup masuk ke kampung-kampung, turun ke sawah, menyelami kesusahan yg umat kita alami..menghulurkan sedikit bantuan hasil drp ihsan org ramai. Kutipan drp Jom Heboh, so called “konsert-konsert amal”, dan sebagainya... Bukan aku ingin memuji & memartabatkan para selebriti, tp apa yg mereka lakukan, itulah yg sepatutnya..carai siapa yg memerlukan & hulurkan bantuan. Tapi ke mana perginya pihak yg sepatutnya membuat kerja-kerja ini, yg telah diamanahkan utk membantu mereka yg susah? Adakah mereka hanya bangga dapat mengutip ratusan juta setiap tahun, dan menyimpannya di bank, dengan sekadar bberapa peratusan kecil yg akhirnya diagihkan pd umat Islam yg memerlukan? Ini bukan ajaran Islam yg sebenar. Mereka sepatutnya turun padang, masuk ke kampung pedalaman, selami kesusahan yg mereka alami, cari siapa yg perlu dibantu, bukan hanya duduk di pejabat, goyang kaki & menunggu orang-orang uzur tersebut datang utk meminta bantuan. Dan kalau ada pun, makcik-makcik & pakcik-pakcik tua yg sudah uzur, terpaksa dtg ke pejabat kebajikan, mengisi borang yg berjela-jela panjangnya, dengan pelbagai syarat & dokumen yg perlu disertakan, dan itu pun belum tentu permohonan tersebut diluluskan. Wahai saudaraku, kenapa sebegitu susah sekadar utk menghulurkan sesuap nasi kpd yg memerlukan? Sedangkan mereka hidup senang lenang dengan gaji yg dibayar oleh kerajaan setiap bulan...

Kalaulah zakat kita perolehi setiap tahun, diagih & digunakan sepenuhnya utk pembangunan Umat Islam, nescaya kita akan lebih maju, lebih berdaya saing dalam bidang ekonomi, dan yg paling penting, meringankan beban mereka..kerana mereka semua adalah saudara seislam kita.

Semoga kemeriahan Hari Raya kali ini tidak sekali-kali mebuatkan kita lupa pada saudara-saudara kita yg memerlukan

Wassalam.

1 comment:

ibnul'araby said...

Zakat berbaki atau kita kurang bijak membahagi..? Sama2 kita renugkan dan selamat beramal..!

http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=8