Saturday, October 27, 2007

Berkomunikasi dari minda ke minda

Apabila kita mengingati seseorang, dan jika ingatan kita itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, kita sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Kita mungkin akan mendapat tindak balas yg menakjubkan.

Jika ingatan kita terhadapnya adalah yg baik-baik, dalam masa yg sama Insya ALLAH dia akan mengingat yg baik-baik juga tentang kita.

Maka kerana itulah, pada saat-saat tertentu kita akan terkenangkan seseorang yg telah lama tidak kita temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang kita dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada kita.

Gelombang minda ini akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yg mempunyai jalinan emosi ataupun pertalian darah yg rapat seperti suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

Apakah kita tidak merasakan betapa imaginasi sebenarnya mampu melakukan jauh lebih hebat daripada apa yg kita fikirkan? Hebatnya kekuasaan ALLAH SWT...!

(Dipetik daripada buku "Membina Imaginasi Cemerlang", p124, oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-haj)

No comments: