Monday, November 2, 2009

Isu Dr. Mohd Asri - pandangan saya

Ada beberapa peristiwa & isu yg tejadi dan hangat dibincangkan di Malaysia kebelakangan ini..ada yg baik, ada yg kurang enak didengar. Tapi bagi saya, tiada yg lebih mengejutkan selain drp isu penahanan Dr. Mohd Asri oleh pihak JAIS. Alasannya, memberi kuliah tanpa tauliah.. haha, kelakar, kan? Bekas mufti pun kira takde tauliah, takde kelayakan, walaupun beliau pemegang ijazah PhD dlm bidang hadith drp UIAM. Saya sendiri pernah menghadiri kuliah beliau di Taman Sri Ukay itu. Mungkin artis yg baru sebulan dua belajar agama lebih bertauliah utk memberi kuliah asalkan dia tidak mengganggu gugat periuk nasi org lain yg ada kepentingan tertentu. Mungkin..

Dua hari lepas, sy juga amat tekejut bila sy buka mstar online, terdapatnya salinan memorandum oleh majlis peguam syar'ie Malaysia kepada YDP Agong menolak perlantikan Dr. Mohd Asri sbg YDP Yadim. Sy bertanya pd diri sendiri, "Eh, bila masa pulak Ust Asri ditawarkan utk jd YDP Yadim ni? Yadim tu apa?"

Owh, baru sy tahu, rupanya ada satu badan agama yg dinamakan Yadim di Malaysia ni. Tapi apa fungsinya ye? Erm, mungkin agak cetek pengetahun sy dlm hal ini. Klu IKIM, YPEIM, JAKIM & PERKIM tu pernah lah dengar. Dek memorandum tersebut, maka sy percaya nama Yadim sudah begitu terkenal sekarang.

Satu lg persoalan yg timbul dlm kepala sy, adakah Dr. Mohd Asri telah menerima tawaran tersebut & bakal dilantik atau sudah pun dilantik sbg YDP Yadim tu. Kalau tak, masakan memorandum telah pun dihantar. Yg mengeluarkan dan menandatangani memorandum bukanlah calang-calang orang..para peguma syar'ie tu (maknanya ada kelulusan Undang-Undang Syari'ah), serta disokong oleh beberapa NGO lain yg ada antaranya amat terkemuka dan dikenali umum di Malaysia. Kalau sekadar dengar desas-desus tentang perlantikan tersebut, dan tuan punya badan pun belum buat keptusan, sy kira tindakan oleh pihak berkenaan adalah ibarat lebih lajak daripada laju.

Semasa sy membaca isi kandungan memorandum tersebut, sy belum lagi membaca ulasan & jawapan drp Dr. Asri sendiri atau pihak lain. Drp pembacaan & pengamatan sy yg sy kira masih dhaif & kurang ilmu ini, sy amat terkejut dengan alasan (yg sebenarnya lebih berbentuk tuduhan) penolakan mereka. Antara yg amat pengejutkan sy adalah:

1. Dr. Mohd Asri dikatakan tidak mengiktiraf i'ktiqad ahli sunnah wal jama'ah dari 4 mazhab fiqh, serta dlm keadaan tertentu, menolak hadith Bukhari.

2. Beliau dikatakan telah mencerca ulama besar seperti Imam Nawawi r.h & Imam Ghazali r.h.

Utk lihat salinan memorandum tersebut, lihat di sini. Atau boleh google je, Insya Allah boleh dapat.

Tuduhan-tuduhan lain sy rasa tak perlu sy ulas di sini. Cuma sy amat terkilan dengan 2 tuduhan di atas. Astagfirullah, moga Allah ampunkan dosa kita semua. Tuduhan di atas bukannya kecil. Ia melibatkan disiplin ilmu & i'tiqad. Sy yg begitu dhaif ini, serta berbekalkan sedikit ilmu yg sy ada, sy dpt membezakan antara kebenaran & pembohongan. Sesiapa yg pernah mengikuti kuliah atau tulisan Dr. Mohd Asri, pastinya mereka akan mengatakan itu adalah tuduhan liar yg tak berpaksikan kebenaran, tanpa didatangkan hujah & fakta ilmiah.

Antara kuliah yg saya pernah ikuti adalah kuliah Riyadhus Solihin. Kitab Riyadhus Solihin ini siapa pengarangnya? Jawapannya Imam Nawawi r.h. Juga sy ikuti kuliah-kuliah hadith yg lain. Umpanya hadith Sahih Muslim, siapa pengarang Syarah Sahih Muslim? Juga Imam Nawawi r.h. Pendek kata, kuliah-kuliah hadith, serta tulisan beliau tidak terlepas drp memetik huraian & hujah Imam Nawawi r.h. Itukah yg dikatakan mencerca? Barangkali pihak yg menuduh tidak pernah tahu siapa pengarang kitab-kitab tersebut. Maaf kalau sy tersilap.

Juga dlm kuliah & tulisan beliau, Dr. Mohd Asri sentiasa merujuk kepada Imam-imam besar mazhab 4: Abu Hanifah, Malik, Syafi'e & Ahmad r.h. Dari mana dtgnya hujah yg beliau tidak mengiktiraf i'ktiqad ahli sunnah wal jama'ah dari 4 mazhab fiqh? Para salafus soleh merupakan rujukan utama bila membahaskan sesuatu yg berkaitan dengan Agama. Namun tidak kurang beliau memetik hujah oleh para tokoh kontemporari yg lebih berbentuk gerakan seperti Imam Hasan Al-Banna dan para tokoh yg seangkatan dengannya. Malah Al-Banna sendiri dengan terang menyatakan bhw sumber utama dlm Islam adalah Al-Qur'an & As-Sunnah, dan seterusnya contoh oleh para salafus soleh, terutamanya dlm hal 'aqidah & fiqh.

Kemudian baru sy dapat tahu tentang sidang media yg Dr. Mohd Asri aturkan utk menjawab tuduhan tersebut. Isi kandungannya banyak telah tersiar di media. Utk lihat video sidang media tersebut, boleh lihat di sini. Sama-sama kita nilai sendiri.

Adakah benar memorandum itu dihantar atas alasan kemaslahatan umat, utk menyelamatkan umat drp perpecahan, kekeliruan, keresahan dalam memahami agama yg tulen? Sy meraguinya.. mungkin hanya segelintir pihak yg berkepentingan sj yg keresahan akibat arus pembaharuan ini.

Malah sy percaya, dengan mengikuti kuliah dan penulisan beliau, ramai yg dahulunya kurang atau susah untuk faham tentang Islam, termasuklah sy sendiri, lebih memahami Islam yg tulen, yg lebih mudah dan praktikal. Adakah mereka ingin perjuangkan Islam yg sekadar mengikuti arus perdana? Bukan arus perdana yg jadi ukuran benar atau salah, tetapi Qur'an & Sunnah.

Bukan sedikit yg bersama & menyokong perjuangan Dr. Mohd Asri, dari golongan bahawan hinggalah ke golongan atasan, yg kurang terpelajar & terpelajar, ahli agama & ahli politik. Bukan sedikit yg mendoakan kesejahteraan beliau dan memberi semangat agar meneruskan perjuangan dakwah ini.

Seperkara lagi, sy sudah muak dengan alasan pihak ini yg mengaitkan dengan fahaman wahabi. Pertama kali sy dengar istilah 'wahabi' ketika di pusat matrikulasi. Sy bertanya kpd seorang senior dlm jurusan agama tentang maksud wahabi. Jawabnya (yg sy masih ingat), "gologan yg mahu kembali kepada Al-Qur'an & Sunnah..".

Masa tu, sy tak tahu & tak kenal pun siapa pengasas fahaman ini. Bila sy semakin matang dlm memahami ilmu & disiplinnya, sy lihat ramai org yg tak faham pun, bila melihat golongan yg mempertahankan sunnah ataupun berbeza dengan amalan turun temurun masyarakat, penyudahnya pasti akan dilabel 'wahabi'.

Sedikit sebanyak, sy juga membaca buku-buku Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, serta meneliti cara beliau dlm memberi kefahaman agama. Patutlah beliau juga digelar wahabi, kerana beliau begitu gigih & istiqamah mengajak manusia kembali kepada sunnah Rasulullah. Sy rasa para salafus soleh juga akan digelar wahabi sekiranya mereka masih hidup pd zaman ini.

Sy tidak lah mempertahankan wahabi, tp sy rasakan ia adalah salah faham & penyalahgunaan istilah tersebut yg didalangi oleh pihak tertentu.

Inilah liku yg perlu ditempuh atas jalan dakwah. Telah ramai para ulama silam yg dituduh, ditohmah, malahan diseksa kerana mempertahan Islam, yg mungkin tidak sealiran dengan pihak yg berkuasa dan berpengaruh. Lihat saja para Imam mazhab yg 4, serta imam-imam lain, mereka tidak sunyi drp menerima ujian. Namun, kebenaran dan keikhlasan mereka tetap harum sepanjang zaman, nama mereka dikenang, perjuangan mereka diingati. Masha Allah.

Akhir sekali, sy agak kecewa melihat ada beberapa nama NGO Islam yg besar dan dikenali umum yg turut disenaraikan dalam memorandum tersebut. Ini bermakna mereka mengiktiraf tuduhan-tuduhan tersebut. Atau mungkin mereka tidak membaca isi kandungan memorandum tersebut dan meneliti dengan rasional, serta disiplin ilmu yg suci, bukan dengan emosi semata, sebelum menandatanganinya. Bukan sedikit di kalangan mereka yg terpelajar, yg bijak pandai. Jelasnya, memorandum tersebut disediakan tanpa disertai dengan kajian yg mendalam. Seharusnya setiap alasan disertai dengan hujah yg konkrit dan ilmiah, bukti yg jelas, juga bahasa yg tepat. Alahai..

Utuk laporan terkini, boleh lihat di laman web Minda Tajdid



4 comments:

wong said...

1 CommentClose this window Jump to comment form
wong said...
hassan ali bin ali hassan is the head of selangor religious and jais, without his instruction i doubt any officiers will act..it seemed that with the pas top leaders now investigating his role n revaluating his contribution, it would not be surprised that hassan ali is telling the pas, FLY KITES.
THIS IS A CLEAR MESSAGE, after all, it make him hero ,

now the prime minister kick another goal back to pas..this is yr boy, u sort it out!

mr fotografer said...

I dont see any reason why hasan ali should have instructed jais to detain dr. asri. Both the federal and state governments have denied having any relation with the detention. We dont know who's right and who's wrong.

by the way, the detention does not really matter bcoz I know he will be ok. what i've emphasized in my writing was the bad accusations against dr.asri in the memorandum. This is a matter of credibility and a crime related to discipline of knowledge in Islam.

solahuddin the warrior said...

jzkk atas komen. JIM sudah 'terlajak' kali ini, damages has been done.

fyi, JIM mmg berpendirian utk tidak menyokong Dr Asri menerima jawatan tersebut. Pres JIM jumpa dgn Dr Asri di Penang sehari sblm memo ini tersebar, utk sampaikan pandangan JIM ttg perlantikan.

Memorandum itu mmg telah disertai JIM. JIM juga sudah memberikan pndpt apa yg perlu ada dlm memorandum. Akan tetapi JIM tidak tgk dulu memo tu sebelum di publish kan. Di sini salahnya sebahagian JIM dan mung sbhgn NGO yg terlibat. since the memo dikeluarkan oleh kawan2 NGO muslim, JIM assumed its ok at first, tambahan dah bagi input. Alih2 bila keluar, mmg JIM mengaku terkejut.

all i can say is that, JIM akan bincang dgn beberapa NGO gabungan utk 'tindakan pembetulan' yg sepatutnya. iAllah selepas kata putus/tindakan sesuai dicapai, baru JIM dan kawan2 akan keluarkan kenyataan media. The damages is to be corrected from within the gabungan, as it is where the problem started. JIM berharap semua NGO islam terlibat dpt duduk berbincang what is right and what is wrong in the memorandum, sebelum membuat langkah seterusnya. Mudah2an sesama NGO islam tidak bertelagah yg lebih besar. JIM tidak mahu hanya cuci tangan shj, tetapi perlu bertanggungjawab atas kelemahan ini.

TQ again, for raising this concern. Harap kesilapan spt ini x berlaku lagi, boleh kacau keharminian penggerak2 islam di malaysia, x kira apa wadah.

mr fotografer said...

Erm, it was just my humble opinion. Salah & silap harap ditegur, kerana setiap pandangan manusia boleh diterima dan ditolak, melainkan apa yg dtg drp Rasulullah.

Harapnya kekeruhan akn dpt dijernihkan selepas ini. Segala kesilapan akan diperbetulkan..ameen.

Jzklah jg atas komen tuan:-)