Monday, August 25, 2008

Majlis Konvokesyen ke-24, graduan UIAM tunjuk kesungguhan

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri majlis konvokesyen UIAM ke-24 pagi semalam, sessi ketiga bagi menyaksikan & meraikan kejayaan isteri saya menggenggam segulung ijazah. Beliah dianugerahi dengan Ijazah Sarjana Muda Mathematical Science bersama rakan-rakan dari Kulliyyah of Science. Turut serta menerima ijazah pd sessi tersebut ialah para graduan dari Kulliyyah of Laws, Medicine, dan Pharmacy. Sekalung tahniah untuk isteri tercinta khasnya, juga kepada semua graduan UIAM, class of 2008 umumnya.

Turut mencuri tumpuan saya serta para hadirin semua adalah kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat & isteri ke majlis tersebut. Tentunya para hadirin dan graduan semua berbesar hati dengan kehadiran mereka. Kehadiran mereka bukanlah sebagai tetamu jemputan, tetapi sebagai ibu dan bapa kepada anak mereka, salah seorang daripada ribuan graduan yg bakal menerima ijazah. Anak perempuan mereka menerima ijazah undang-undang daripada Kulliyyah of Laws.

Yang ingin dikongsikan di sini ialah kisah seorang graduan yg mengharukan & membanggakan semua pihak. Semasa para pelajar Kulliyyah of Laws menerima ijazah mereka, kelihatan seorang graduan perempuan diiringi oleh petugas menggunakan kerusi roda naik ke pentas menerima ijazahnya. Ramai hadirin yg bertepuk tangan. Namun ramai yg tidak menyangka akan sebab sebenar beliau naik ke pentas menggunakan kerusi roda. Rupa-rupanya... baca cerita selanjutnya di bawah ini. Sekalung tahniah untuk beliau!

-------------------------

Tahan sakit bersalin demi ijazah

GOMBAK: Seorang ibu muda sanggup menahan kesakitan bersalin anak sulung untuk menerima sendiri ijazah undang-undangnya walaupun dinasihati suami dan doktor supaya bergegas ke Hospital Selayang dekat sini.

Siti Maslina Tharim, 24, graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) dari Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkeras melawan kesakitan untuk menerima ijazah daripada Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, Leftenan Jeneral (Bersara) Tahir Mahmud Qazi pada istiadat Konvokesyen UIAM ke-24, semalam.

Dia dibenarkan menerima ijazah lebih awal disebabkan keadaannya semakin hampir untuk bersalin.

Dengan menggunakan kerusi roda yang ditolak seorang petugas majlis, Siti Maslina dari Negeri Sembilan, tiada masalah menerima ijazah itu daripada Tahir Mahmud Qazi.

Selepas itu, dia segera dibawa ke pintu belakang untuk dihantar ke Hospital Selayang menggunakan ambulans universiti dengan ditemani suaminya, Faizal Mahdi Mahmud, 29.



Siti Maslina selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.66 kilogram secara normal pada jam 5.05 petang.

Faizal yang ditemui di Hospital Selayang, malam tadi, berkata isterinya yang dijangka bersalin pada 19 Ogos tidak mahu orang lain menerima ijazah bagi pihaknya kerana kejayaan menamatkan pengajian bukan sesuatu yang mudah.

“Kami tidak bercadang menghadiri majlis konvokesyen ini. Namun, disebabkan terlewat beberapa hari bersalin, isteri saya berdegil untuk naik sendiri ke pentas menerima ijazah,” katanya.

“Siti Maslina mengadu sakit ketika bersiap ke majlis konvokesyen itu. Justeru, saya menasihatinya supaya membatalkan hasrat ke majlis berkenaan.

“Dia meyakinkan saya dia masih kuat untuk naik ke pentas.

“Sebelum itu doktor turut membuat pemeriksaan dan mendapati isteri saya sudah hampir bersalin serta memintanya ke hospital segera,” katanya yang berasal dari Terengganu.

Pasangan itu berkahwin November tahun lalu dan Siti Maslina disahkan hamil ketika di tahun akhir pengajian.

Ketika usia kandungan menjangkau lima bulan, isterinya sibuk menghadapi peperiksaan akhir tahun.

“Dia tidak pernah menghadapi kesukaran membawa kandungan yang sedang membesar walaupun sibuk dengan tugasan sebagai pelajar dan isteri,” katanya.

Dia tidak menghalang isterinya melanjutkan pelajaran atau bekerja kerana kehidupan mereka sudah lengkap dengan kehadiran cahaya mata yang dilahirkan pada hari bersejarah.

Pasangan itu yang berkenalan ketika menuntut di UIAM dalam jurusan sama menganggap peristiwa berkenaan sebagai satu kenangan manis dalam hidup mereka dan tidak akan melupakan setiap saatnya.

Sumber: Harian Metro, 25 August 2008

7 comments:

ibnul'araby said...

Lorr.. ingat Deena tadi.. Huhu.. Wahhh Tok Guru Nik Aziz pun ade ek..

Tok Guru tak sihat gak rasanya.. Semalam sempat hadir kepen kat Permatang Pauh. Anwar ade mentionyg Tok Guru tak sihat tapi tetap berada bersama beliau pada Ahad malam lepas. Moga Allah permudahkan perjalanan para ulama' yang ikhlas dalam perjuangan.

Illi Puad said...

Deena bulan dpn lah due..bkn bulan ni..hehe...tp mmg tabah lah Puan Siti Maslina ni..agak rugilah kalo xdtg konvo setelah berhempas pulas berjuang kan..lg2 org yg dh berkeluarga mcm die..

mr fotografer said...

Erm, dia due bulan dpn, 28th Sept. Berdebar2 jgk rsnya. Smg Allah permudahkan urusan, amin..

Anonymous said...

Been a silent reader of yr blog since quite some time ago..coz i like the input of yr blog. meaningful but yet humble. unlike certain kinds of blogger, more to menunjuk2 n syok sendiri with the things that they have or experience. emm..but kinda disappointed with the background of yr blog page, very bright, so hard to keep track of every word. maybe u can change it to something more contrast to the font n make the text more visible.

keep blogging!

ibnul'araby said...
This comment has been removed by the author.
ibnul'araby said...

Wahhh.. Dato' Nazri dah ade secret admire nih.. huhu..

mr fotografer said...

Dear anon August 28 4:54PM,
Thanks for being one of the silent readers. I feel relieve to share something good with others.

About the background, does it appear to be white in color? Bcoz it happens when I use IE 6.0 and below, but not with IE 7 or Mozilla browser. The actual color of the background is light blue, with white font. Or is it still hard for u to track the words?

I'll see what I can do. Thanks for ur suggestion.