Friday, August 8, 2008

Life as a student

Lama benar rasanya tak menulis di sini. Kalau dulu masa di UIA, banyak masa untuk semua ni. Tapi sekarang tak lagi di USM ni. Kehidupanku agak sibuk, dan mungkin boleh juga dikatakan agak kelam kabut di sini. Sememangnya cabaran untuk buat masters setahun ni agak tinggi. Walaupun hanya 3 courses yang perlu diambil semester ni, tp workload dan syllibusnya nya boleh tahan. Setiap course mewakili 4 credit hours. Selain dari exam, kami juga dikehendaki menyiapkan mini design, assignment & presentation. Dalam masa yg sama, research pun kena ada progress. Apatah lagi sebagai first batch, tentunya banyak pihak mahu menggunakan kami sebagai 'bahan eksperimen'.. isk3.

Ada pro & kontranya jd first batch ni. Dari segi syllibus & exam, mungkin kami lebih senang berbanding batch yg akan datang sebab kalau tengok trend soalan kita, samada peringkat sekolah hinggalah ke universiti, the toughness of questions is directly proportional to the time. Maknanya makin lama makin susah kot. Harapnya mcm tu lah. Tapi sejauh manakah kesenangan & kesusahan soalan tu tak boleh didefinisikan buat masa ni sebab kami tiada sebarang rujukan. Semuanya bermula dengan kami.

Apapun, masa setahun ni memang menuntut ketekunan, kesabaran & pengorbanan. Insya Allah, akan ku kuatkan semangat & gagahkan tulang empat kerat ni untuk harungi semua tu. Cabaran yg akan datang pastinya lebih hebat. No problems, no fun!

4 comments:

Illi Puad said...

hi nazri....makin busy ye? so far cmne course? basicnye mcm yg kite blaja dulu ke? ataupn u learn totally new thing?

ape2pun, gud luck! u can do it...^_^

mr fotografer said...

Hehe..tq! Tu lah, course tu agak tough for me. Cthnya dlm Advanced Separation Process kna bljr psl Distillation process, lot of complex calculations and formula. Courses lain pun sama. Boleh kata courses yg offered mmg related to Chemical Eng.

Cuma research lah ada bio skit sbb my supervisor tu mmg buat reserach in biochemical, lbih kurang mcm uia jgk la.

Ok, see u!!

ibnul'araby said...

Salam.. Dato'..
Hebatnyerrrr...!! hehehe..
First batch ek.. Takpe2.. Simpan sume nota2.. soalan2.. etc elok2 ye.. I might be joining u very soon.. huhu.. Harap2lah.. Skang nih keadaanku seorang engineer pun boleh dikatakan agak tidak keruan.. Huhu.. Ade reorg dalam management and at the same time banyak plak masalah datang bertimpa2 dalam beberapa minggu terakhir nih.. Maklumlah plant dah makin tua.. Betulla no problem no fun.. tapi kalau too much problem sampai idup melayang2 kire kritikal gak le kadar 'fun' nya tu.. hahahha

Anyway.. Might need to get some advice from u and Dr Illi regarding most suitable program to take later..

mr fotografer said...

Hmm..klu berminat utk join usm, i think the most suitable program should be Chemical Eng. In terms of research, of course they're good & covers broad spectrum. Cuma ada 2 pilihan lah, either buat MSc in research mode (2 years) or mixed-mode (1 year - which I'm following now).

Hehe..no problem klu nak soalan & rujukan lps ni. I'm always at ur service, Tun!

Moga terus tabah di Silterra before commencing another new chapter later.

p/s: bila mau update blog ni? huhu!