Thursday, May 15, 2008

Filem seram, apa kesannya?

Tertarik dengan satu artikel dalam Utusan Malaysia bertajuk 'Kesan buruk cerita hantu', membuatkan saya terpanggil untuk menulis sesuatu. Lebih-lebih lagi ia diselit dengan sedikit penerangan drp SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Negeri Perlis.

Sememangnya cerita hantu dan seram adalah cerita yang tidak mungkin saya tonton. Kalau ada rakan yang mengajak untuk menonton, maka sudah pasti jawapannya, "Sorry, aku kurang berminat dengan cerita macam ni."

Saya bersetuju sekali dengan pendapat yang mengatakan bahawa cerita hantu sebenarnya tidak membangunkan minda masyarakat & sekadar hiburan kosong semata. Selain tidak membantu pembentukan insan, ia juga adakalanya memperbodohkan masyarakat. Fikiran orang Melayu kita masih dijajah oleh ideologi hantu & khurafat (terutamanya filem Malaysia). Kita sepatutnya bergerak maju ke hadapan, tidak perlu lagi dimomok & disajikan dengan unsur hantu khurafat yang boleh merosakkan aqidah kita sebagai umat Islam. Malangya negara kita masih lagi menayangkan filem-filem sebegini, juga pameran-pameran hantu jembalang yang mendapat tentangan hebat daripada para ilmuan Islam.

Jika ada yang berpendapat bahawa cerita hantu hanyalah untuk hiburan semata, tidaklah salah asalkan ia tidak keterlaluan dan bebas daripada unsur khurafat. Mungkin ada antara cerita hantu tersebut yang mengandungi unsur humor & pengajaran yang betul. Namun sudah tiba masanya kita berfikir sedikit, gunakan akal fikiran yang waras dalam menilai hal ini.

Wassalam.

Untuk artikel asal, rujuk tulisan Dr. Mohd Asri, atau berita di Utusan Malaysia.

No comments: