Sunday, September 30, 2007

Puasa tidak boleh berpisah dari dalil sunah

Salam to all...this is an article written by Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, the Mufti of Perlis., about fasting. The article can actually be found in Utusan Malaysia (30 September 2007). I just post the article here too, so that it can be easily shared together, particularly for those who do not have chance to read it from Utusan Malaysia. The original article can be viewed and read from the link that I've provided in the end, or at my highlighetd news..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN

TIADA siapa pun yang beriman dapat menafikan bahawa pengamalan agama ini hendaklah berteraskan apa yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda adalah tempat rujukan tanpa sebarang pertikaian mengenai hakikat Islam dan cara ibadah dalam Islam.

Seorang agamawan sama ada dia sarjana besar, atau memiliki puluhan Ph.D sekalipun, mufti atau siapa sahaja, jika huraiannya mengenai agama ini tidak selaras dengan dalil-dalil sunah Nabi maka ia tidak diterima.

Penolakan terhadap sunah Rasulullah berlaku dalam dua bentuk; pertama; golongan yang menolaknya secara prinsip iaitu golongan antihadis. Mereka ini pada hakikatnya menolak nas-nas al-Quran itu sendiri yang menyuruh agar kita mengikuti Rasulullah.

Kelompok kedua mereka tidak mendakwa menolak sunah Nabi. Tetapi apabila mereka dapati nas-nas hadis yang tidak bersesuaian dengan selera, kepentingan, kebiasaan atau adat mereka, maka berbagai-bagai alasan diberikan agar dimandulkan isi kandungan hadis berkenaan sekalipun jelas kepada mereka kebenaran hadis tersebut. Bukan kerana mereka tidak tahu hadis adalah rujukan yang benar dalam Islam namun kerana enggan mengubah kebiasaan atau ketaksuban terhadap pendapat yang diikuti sejak sekian lama.

Tokoh-tokoh cendekiawan Islam yang agung seperti para imam mazhab yang empat dan selain mereka sering menegaskan agar hal yang seperti ini tidak boleh dilakukan oleh seorang Muslim. Sebagai contohnya apa yang disebut oleh tokoh sarjana kita, al-Imam al-Syafii yang melambangkan ketaatan kepada nas-nas sunah dan kebebasan dirinya yang agung dari ketaksuban pendapat. Beliau pernah berkata: “Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/34, Beirut: Muassasah al-Risalah). Katanya juga: “Jika kamu dapati apa yang ada di dalam bukuku menyanggahi sunah Rasulullah s.a.w. maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkanlah pendapatku.” (Al-Zahabi, Siyar A’ lam al-Nubala. 10/34). Kata seorang rawi hadis yang besar iaitu al-Humaidi (meninggal 219H): Suatu hari al-Syafii meriwayatkan sebuah hadis. Aku bertanya: “Apakah engkau akan berpegang dengannya?” Dia menjawab: “Apakah engkau menganggap aku ini datang dari gereja, atau memakai tali pinggang Kristian sampai apabila aku mendengar sesuatu hadis daripada Rasulullah s.a.w. lalu aku tidak berpegang dengannya.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). Juga al-Imam al-Syafii: “Setiap hadis daripada Nabi s.a.w. adalah pendapatku, sekalipun kamu tidak mendengarnya daripadaku.” (Al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35). Katanya lagi: “Manusia telah sepakat bahawa sesiapa yang telah ternyata kepadanya sesuatu sunah daripada RasululLah s.a.w. maka tidak boleh dia meninggalkannya kerana pendapat seseorang dari kalangan manusia.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/263). Juga katanya: “Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadis daripada Nabi yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.” (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, ‘Ilam al-Muwaqqi‘iin, 2/266). Sehingga beliau berkata: “Apabila sahihnya sesuatu hadis maka itulah mazhabku.” (Al- Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala. 10/35).

Inilah imam yang agung. Melarang kita taksub kepada pandangannya tanpa melihat dalil sunah daripada Rasulullah. Demikian juga imam-imam agung yang lain, menyatakan pendirian yang sama. Malangnya, ada orang mendakwa pengikut mazhab imam-imam ini lebih lajak dari laju sehingga mendakwa seseorang tidak boleh mengambil pendapat lain selain mazhab tertentu.
Kita sepatutnya mencontohi akhlak terhadap Rasulullah yang ditunjukkan oleh para imam kita ini. Kesopanan yang tinggi terhadap inti kandungan sunah Nabi dan seruannya agar semua pihak membebaskan diri dari ketaksuban.

Berbalik kepada kehidupan kita, kadang-kala kebiasaan mengongkong kita lebih dari dalil dan nas-nas agama. Umpamanya kadangkala lihat wanita yang menutup aurat, tetapi apabila hendak bersolat dia seakan tidak mampu selagi tidak memakai telekung putih yang menjadi kebiasaan orang Nusantara. Saya bukan menyalahkan pakaian tersebut. Seseorang boleh memakainya jika dia mahu. Tetapi keterikatan dengan ‘uniform’ yang seperti itu boleh membebankan diri dan melupakan kita bahawa dengan pakaian yang ada sudah memadai. Sehingga ada yang menangguh solat hanya kerana tertinggal telekungnya.

Apabila saya memperkatakan tentang pemandu bas perjalanan jauh boleh berbuka puasa kerana musafir, ramai yang bersetuju. Tetapi apabila saya menyebut mereka sepatutnya berbuka puasa, bahkan disuruh berbuka puasa jika puasa itu mengganggu tumpuan pemanduan mereka lalu membahayakan nyawanya dan penumpang dan jika dia berpuasa juga dia menyanggahi petunjuk agama ini, ada pihak yang bertanya saya; apakah sampai hendak disuruh buka, setakat diberikan pilihan itu, tidak mengapalah?! Saya beritahu kepada mereka bahawa dalam hadis; Rasulullah dalam satu perjalanan lalu mellihat orang ramai berkumpul dan seorang lelaki yang dipayung (kerana terlalu teruk berpuasa). Lalu baginda bertanya: Kenapa? Mereka menjawab: Dia berpuasa. Baginda bersabda: Bukanlah sesuatu yang baik itu, berpuasa ketika musafir (riwayat al-Bukhari). Hadis ini adalah ulasan Nabi terhadap lelaki berkenaan yang mana puasanya telah membawa mudarat kepada dirinya sendiri. Maka baginda menyatakan bukan satu perkara yang dianggap baik dalam Islam berpuasa ketika musafir sehingga memudaratkan diri. Jika memudaratkan diri disebabkan berpuasa ketika musafir dibantahi oleh Rasulullah bagaimana pula dengan pemandu bas yang jika puasanya boleh memudaratkan dirinya, penumpang yang ramai di belakangnya dan pengguna jalanraya yang lain? Tentulah mereka ini lebih utama untuk berbuka lebih dari lelaki dalam hadis di atas.

Dalam banyak hal, kita kurang bertanya dalil mengenai amalan agama kita, melainkan berdasarkan ikutan yang sudah menjadi kebiasaan semata. Ada orang yang sakit mata dan telinga berkata; saya terpaksa menanggung kesakitan sepanjang hari kerana jika saya titikkan ubat saya nanti batal puasa saya. Saya bertanya dia; siapa yang menyatakan batal? Dia berkata: Ramai yang kata macam itu. Saya kata kepadanya: Dalam hadis disebutkan: Rasulullah s.a.w. bercelak sedangkan baginda berpuasa (riwayat Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani). Jika memasukkan sesuatu ke daerah mata atau setiap rongga membatalkan puasa, tentu baginda tidak lakukan.

Demikian juga anggapan ramai pihak bahawa seseorang yang mandi disebabkan keletihan atau terlalu dahaga pada bulan Ramadan, mengurangkan pahala puasanya. Ada yang menambah, sesiapa yang mandi selepas waktu asar, juga berkurangan pahala puasanya. Sedang di dalam hadis yang sahih yang diriwayatkan oleh al- Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud: Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan: “Telah berkata sahabah yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan: “Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kapalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabah bahawa mereka melihat Rasulullah di al-‘Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” (Ibn Qudamah al-Maqdisi, al-Mughni, 2/18, Beirut: Dar al-Fikr). Maka tidak menjadi kesalahan mereka yang letih atau kekeringan ketika bertugas membasahkan kepala atau mandi demi menambahkan kesegaran dan meneruskan urusan. Agama ini sangat rasional. Ia tidak menyuruh kita keletihan dan tersandar sepanjang hari.

Dalam sunah kita disunatkan berbuka puasa dengan rutab, jika tidak ada dengan tamar, jika tidak dengan air. Rutab ialah buah kurma yang masak sebelum menjadi tamar kering, ianya lembut dan manis. Adapun tamar adalah kurma yang sudah kering. (lihat: al-Mu‘jam al-Wasit 1/88). Faedah kesihatan juga terbukti secara saintifik berbuka dengan rutab atau tamar. Sesetengah menganggap jika ada air zamzam itu lebih baik. Sebenarnya, dakwaan seperti ini tidak berteraskan hadis. Anas katanya: Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka dengan puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. (Riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Al-Diya al-Maqdisi menilai hadis ini sebagai sahih). Kata al-Mubarakfuri (meninggal 1353H): Hadis ini menjadi dalil disunatkan berbuka puasa dengan rutab, sekiranya tiada maka dengan tamar, dan sekiranya tiada maka dengan air… Adapun pendapat yang menyatakan di Mekah disunatkan didahulukan air zamzam sebelum tamar, atau mencampurkan tamar dengan air zamzam adalah ditolak. Ini kerana ia menyanggahi sunah. Adapun Nabi telah berpuasa (di Mekah) banyak hari pada tahun pembukaan kota Mekah namun tidak pernah diriwayatkan baginda menyalahi adat kebiasaannya mendahulukan tamar sebelum air. (al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwazi, 3/311, Beirut: Dar al- Kutub al-‘Ilmiyyah).

Demikian sesetengah kita, akan berhenti memakan sahur apabila melihat jadual waktu imsak yang disebarkan oleh kebanyakan pihak. Jadual itu biasanya akan menetapkan waktu berpuasa lebih awal dari masuknya waktu solat subuh. Padahal al-Quran menyebut: (maksudnya): Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam (surah al-Baqarah: 187). Dalam hadis al-Bukhari dan Muslim, Nabi menyebut dengan jelas: Makan dan minumlah sehingga azan Ibn Ummi Maktum, kerana beliau tidak akan azan melainkan setelah masuk waktu fajar (subuh). Ibn Ummi Maktum adalah muazzin Nabi. Baginda mengajar kita dalam hadis ini agar kita boleh bersahur sehingga masuknya waktu solat subuh. Apabila waktu solat subuh, bererti waktu sahur berakhir. Baginda tidak pula menyebut beberapa ketika atau setengah jam sebelum subuh. Bahkan dalam hadis Abu Daud dan Ahmad baginda memberikan kelonggaran yang lebih luas untuk umatnya. Baginda bersabda: Apabila seseorang kamu mendengar azan sedangkan bekas minuman berada di tangannya, maka janganlah dia meletakkannya sehingga selesai hajatnya (dinilai sahih oleh al-Albani). Baginda tidak menyuruh seseorang meludah atau memuntahkan apa yang ada dalam mulut apabila mendengar azan seperti pendapat sesetengah orang. Islam itu mudah dan praktikal. Ada orang kata, dia tidak dapat terima pendapat ini. Saya katakan kepadanya: Ini hadis bukan pendapat. Dia kata: Saya pakai pendapat orang ramai. Saya katakan: Agama berdasarkan dalil, bukan emosi.

Dalam hadis disebut “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengan makanan sebelum kamu menunaikan solat maghrib, dan jangan kamu tergopoh-gapah ketika makan malam kamu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Dalam hadis yang lain baginda bersabda: Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Tujuan hadis ini agar solat tidak diganggu oleh ingatan kepada makanan. Makanlah dengan sederhana kemudian bersolatlah. Namun ramai yang apabila hidangan berbuka puasa di hadapan matanya dan keinginannya pula tinggi, lalu dia meninggalkan hidangan pergi menunaikan solat dengan hati yang tidak fokus. Seakan itu petunjuk agama. Sebenarnya petunjuk Nabi bukan demikian. Baginda lebih memahami jiwa insan. Kata al-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis- hadis tersebut menunjukkan dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ianya boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk. (al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, Beirut: Dar al-Khair).

Apa yang ingin saya jelaskan, betapa pentingnya agama ini dibina di atas dalil. Sesiapa sahaja yang berbicara tentang agama, sehebat mana dia, mintalah kemukakan dalil syarak. Agar agama tidak menjadi jualan murah yang diberi lesen kepada sesiapa sahaja untuk mewakili Allah dan Rasul-Nya tanpa bukti. Contoh-contoh puasa adalah sempena Ramadan yang masih kita lalui. Banyak lagi contoh lain jika ingin dibicarakan. Semoga puasa kita mendekatkan kita kepada sumber yang agung; al-Quran dan al-sunah.

Sumber: Bicara Agama, Utusan Malaysia, 30 September 2007 / 18 Ramadhan 1428H
Link:http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0930&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm

Saturday, September 29, 2007

13 Days of Ramadhan to go..

A friend of mine has told me once, if we’d like to be a good speaker, try not to mix few different languages when we communicate with others, i.e., Malay + English. To show that we’re really capable of using that language, then why not we fully use that language when we communicate everyday, at least for a complete sentence. In reality, we tend to mix between Malay and English, in fact it has become part of ‘our language’. Sometimes, we struggle to find words in our own language to express certain things, thus we prefer to use English words. Is that a sign that we’re still not good enough in our own language? But at the same time, we’re still not good enough in using English language too. It happens to almost all of us, even to me. Think about it… Maybe Japanese speaking people are better in this matter (if they don’t mix between Japanese and English).
Today, 17 of Ramadhan 1428 Hijrah.. 29 September 2007.., People say, the Nuzul Qur’an day, and I believed in that too. But to be honest, I don’t really sure, was that the day where the first Qur’anic verse (Surah al-‘Alaq) was delivered to Prophet Muhammad (p.b.u.h) by Allah SWT through His Angel? So, hope someone who knows about this, can clarify it.
Also, it's my pleasure to wish one of my friends, who is currently fighting and struggling for her PhD in Manchester, Noor Illiey Mohamad Puad, Happy 24th Birthday. May your birthday be as magnificent as you are. And I wish this would be the best I can give you as my friend.

It’s not the issue of Nuzul Qur’an that I’d like to highlight today, but trying to find some good and interesting topics to be shared together since I haven’t updated my blog for quiet sometimes too. My life in UIAM, hmm.. I guess, nothing great for the time being. Just a normal routine. And in 13 days from now, we shall celebrate E’idul Fitri, and I’m quite sure that most of the people around me will be leaving soon, plus some who already left before. And just now, Shareef has also left…he’s going back to Dubai tomorrow, to celebrate the E’id with the beloved family. Thanks to Allah, for still allowing us to be with our family. For those who are abroad and first time to celebrate E’id without the family (I took pity on it), take this as one of the tests and challenges from Him. Whatever happens, perjuangan tetap diteruskan..Gambatte!!
We are now in the second phase of Ramadhan, which is the phase of forgiveness from Allah SWT. And Insya Allah, in 3 days, we’ll enter the third phase, the phase of avoidance from the hell fire. Let us together fight for the glorious and precious Lailatul Qadr this time. Never let our ibadah to abate because of E’id celebration. May Allah, in the end, allow us to graduate from this School of Ramadhan this year with the First Class Degree Honor, the best ever award in our life, amin…

Let us look back to our last Ramadhan, 1427 H. What have we achieved? Or we just absconded from the School last year, and gained nothing? Not even the third class degree? Whatever we did last year, good or bad, as Muslims, we should always ameliorate our performance. People say, “Orang beriman tidak melakukan kesilapan berulang kali. Orang beriman takkan terjatuh ke dalam lubang yg sama utk kali ke-2. Orang beriman takkan dipatuk ular utk kali ke-2, di tempat yg sama”. May Allah grant us the strength and desire to strive for it!

I have written an article (is it article..? whatever..) about "Episod Ramadhan Hidupku" in the previous issue (hehe..like magazine style). Now, let us look at some significant episodes during Ramadhan and E’id 1426 and 1427 H, especially in UIAM. The most that I remember was when we had final exam during Ramadhan. We were struggling in the very last minutes in a study room, at E1 level 3. Tun Abdul Muiz, Yusuf, Syarif & Yasser must always remember that too. We went to bazar and had iftar together in that room, and even Terawih Prayer at KAED surau. All those memorable events are still fresh in my thoughts. To Muiz, Yusuf, Syarif and Yasser, regardless of where you are and what you’re doing now, I post some of the photos in my blog, just to share with others. But, after going through all those days, in the end, I was left alone at the department..uhuk3 (since they’ve finished their study in 3 and half years). Sayonara...!!


Berbuka Puasa dalam Study Room, E1 Level 3

Berbuka puasa dalam Study Room, E1 Level 3



Beberapa juadah segera ketika berbuka puasa di surau Engineering.. jug tu Muiz yg bawak...hehe


But then I realized that I was not alone. There were still some good friends of mine, who have spent times together, especially when we were doing final year project at Molecular and Project development labs (and actually other labs too). Instead of just doing own works, they were always there to lend their hands and ideas. It’s true, friends should bolster each other. I still remember, on the same date as today (29 September), it was just the beginning of Ramadhan, and we were in the lab doing the project. It was a tough, but actually nice experience to work in the lab during Ramadhan. There were few days that I had to break my fast in the lab, alone... Huhu, very painful. 2 or 3 days days, I stayed in the lab till midnight just for the chromatography process. It was enough for me. Enough is enough!! Haha…anyway, not everyone had that experience. But most of the days, I had some companions who were working together. Thanks to all of you… Noor Illiey, Aimi Izyana & Putri Fatimah..also, special thanks to my 'aDik KeChiK' for lending me your hand while I was running chromatography process:-)) Piece!!
I guess that’s enough for today. If I have time and idea, then I’d love to continue with the story of Hari Raya later..Insya Allah:-))

-Mohd Nazri Mohd Nawi
29 Sept 2007 / 17 Ramadhan 1428H
3:13 pm

Monday, September 24, 2007

Perbezaan Mazhab…pandangan & peganganku!

Ini adalah sedikit lontaran pandanganku berkenaan dengan perbezaan mazhab, susulan drp pandangan yg telah dilontarkan oleh Tun Abdul Muiz sebelum ini, sebagai komen & jawapan kepada persoalan yg ditimbulkan oleh Dr. Noor Illiey.

Pertama sekali, ingin ditekankan, saya bukanlah ustaz atau pakar dalam hal ini. Tiada niat utk mengajar sesiapa pun, cm sekadar satu perkongsian, agar sama-sama kita dpt perbaiki diri nanti. Apa yg kurang & tersilap, sama-sama kita tegur-menegur, Insya Allah. Apa yg dicoretkan di sini ádalah berdasarkan sedikit pengetahuan saya yg dipelajari sebelum ini, terutamanya dlm tempoh 4 thn undergraduate di UIAM.

Sememangnya Islam adalah satu agama rahmat, yg mudah & tidak pernah menyusahkan umat-umatnya dgn ajaran-ajaran yg rumit, sebagaimana yg terkandung dlm sesetengah agama lain. Islam mengamalkan keterbukaan dlm perbezaan pendapat, asalkan ia ada asal-usulnya & contoh yg sahih drp Rasulullah & para salafussoleh. Bkn spt yg dikatakan oleh org ramai, “benda ni kan baik, apa salahnya..”

Tun Abdul Muiz ada menyebut tentang mazhab yg 4 bg ahli sunnah wal jama’ah, iaitu Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Hanbali. 4 mazhab tersebut dikenali sbg mazhab fiqh, tp bkn mazhab aqidah. Kita terbuka dalam hal berkaitan fiqh, tp kita hanya menerima ajaran mazhab ahli sunnah wal jama’ah dlm hal aqidah. (Lain-lain mazhab aqidah spt Syiah, Muktazilah, Khawarij, dll). Sebenarnya jika diteliti dlm sejarah Islam & ahli sunnah, mazhab yg ada bukanlah 4, tp 12 semuanya. Kesemuanya adalah dipunyai oleh ahli sunnah wal jama’ah. (jadi pendapat yg mengatakan Ka’bah ada 4 bucu adalah simbol kepada 4 mazhab adalah tidak benar). Namun kita mgkin bertanya, ke mana lg 8 mazhab? Jawapannya, sbb ia telah hilang ditelan zaman & usia. Mazhab yg 4 itu masih kekal hingga sekarang adalah disebabkan usaha para pemerintah negara umat Islam menghidupkan mazhab-mazhab tersebut. Sbg contohnya, negara umat Islam di Nusantara ini, mereka lebih cenderung utk mengamalkan mazhab Syafi’e. Jika tidak, berkemungkinan mazhab-mazhab tersebut juga akan hilang dengan peredaran zaman.

Jika kita mendalami stp mazhab tersebut, mmg ada perselisihan yg kita akan jumpa. Namun tidaklah bermakna stp yg dipersilisihkan itu salah. Perlu kita ingat, ajaran Islam amat luas & tidak menyusahkan penganutnya. Mungkin ada ajaran yg kita rasakan tidak relevan & tidak diperlukan oleh kita, tp kita harus sedar, mungkin ada umat Islam di tempat lain yg memerlukannya. Suka saya memetik kata-kata seorg tokoh ilmu di negara kita (wlupun hal yg dibincangkan beliau berbeza dgn hal yg kita bincgkan skrg), “Sesungguhnya Islam boleh diumpamakan sebuah kedai yang menyediakan berbagai jenis ubat untuk semua jenis penyakit. Jangan kerana ada ubat yang dijual itu tidak bersesuaian dengan penyakit kita maka kita menganggap ubat tersebut mesti dihapuskan. Bagi yang tidak memerlukan ubat ini, dia tidak disuruh untuk meminumnya”. Mungkin ini dapat menyokong pandangan Tun Abdul Muiz berkenaan kes solat E’idul Fitri yg diadakan 3 kali di Manchester tu. Pasti ada alasannya kenapa ia dibuat sedemikian rupa...

Kesemua 4 mazhab yg dinyatakan itu diiktiraf oleh ahli sunnah wal jama’ah. Malah Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’e & Imam Ahmad radiallah ‘anhum sama sekali tidak pernah bersengketa sesama sendiri dlm menegakkan pendirian masing-masing. Namun dukacita, ada di kalangan umat Islam yg dtg kemudian bertelingkah disebabkan perbezaan dlm hal-hal tertentu & ingin menegakkan mazhab masing-masing. Perlu ada tolak ansur & berlapang dada dlm hal ini. Suka juga saya mengambil satu contoh, kita mendakwa kita bermazhab Syafi’e di Malaysia. Ye, betul..untuk mengelakkan kekeliruan, terutamanya di kalangan org awam, kita memang bermazhab Syafi’e (termasuklah saya). Namun tidaklah wajib bg kita utk mengikut mazhab Syafi’e sepenuhnya. Tidak juga bermakna klu ibadah dikerjakan tidak mengikut mazhab Syafi’e, maka ia tidak sah atau pun ditolak oleh Allah.

Malahan ada sesetengah aspek hari ini, kita sebenarnya beramal berpandukan mazhab lain. Sebagai contoh, dalam Mazhab Syafi’e, adalah wajib utk membayar zakat fitrah dengan menggunakan makanan ruji sesuatu tempat itu (beras di Malaysia), namun kita hari ini rata-ratanya membayar zakat fitrah dengan mengunakan duit yg mana nilainya bersamaan dengan satu gantang beras. Ini sebenarnya adalah pandangan dalam Mazhab Hanafi, yg mana kita dibenarkan utk membayar zakat menggunakan matawang. Selain itu, dalam mazhab Syafi’e jg, bila kita berjual beli, maka adalah wajib utk dilafazkan aqad (“aku beli” & “aku jual”), jika tidak, maka jual beli tidak sah. Dalam dunia skrg, semakin jarang yg berbuat demikian, lebih-lebih lg bila berurusan dgn org bukan Islam. Apatah lg kalau membeli minuman atau makanan melalui mesin (cuma dengan memasukkan syiling). Maka kita berpegang pd pendapat yg mengatakan, wlupun tiada aqad dilafazkan secara jelas, tp bila satu pihak menghulurkan barang & satu pihak lain menghulurkan duit, maka itu juga adalah aqad, tanda persetujuan antara kedua-dua pihak.

Yg perlu ditekankan dlm hal ini, kita boleh bermazhab & mengikut ajaran mazhab tersebut, namun tidak bermakna kita wajib mengikut segala yg terkandung di dalamnya. Malah kita dilarang utk taksub pd sesuatu mazhab. Terimalah ajaran dr mazhab lain dengan berlapang dada, selagi mana ada contoh drp Rasulullah & generasi salafussoleh. Kita perlu bersangka baik pd umat Islam secara umumnya, dan tiada salahnya kalau kita megikut mereka.

Banyak lagi sebenarnya klu nak bincang tentang perbezaan mazhab ni, cthnya jenis-jenis khilaf (ada 3 jenis) yg ada dlm Islam, serta cara utk kita menilainya. Salah satu yg Tun Abdul Muiz ada sebutkan adalah Khilaf Muktabar, iaitu khilaf antara Imam/ulama’ muktabar & masing-masing ada dalil yg kuat. Tapi memandangkan masa & kelapangan yg agak terhad, mungkin kita boleh sambung kemudian.

Lastly, sy ingin menyentuh sedikit tentang solat yg nampak pelik tu. Betul apa yg Tun Abdul Muiz sebutkan tu tentang solat smbil dukung anak. Cuma utk dapat penerangan yg lebih jelas, boleh semak buku “Pelik Tapi Benar dlm Solat” tulisan Abdul Rahman Mohamed terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Link di sini:http://www.telagabiru.net.my/homepage/index.php?option=com_content&task=view&id=122&Itemid=144.

Moga ada manfaatnya...

-Mohd Nazri Mohd Nawi
24 Sept 2007 / 12 Ramadhan 1428H
4:05 pm

A message for all..

Sesampainya aku ke ofis pg ni, terus dpt call...dr Prof. Dr. Farouk, nak bgtau berita yg br saja diketahui. Assoc. Prof. Dr. Firuz Akhtar Ahsari, one of the lecturers at the Biotechnology Engineering Department dah meninggal dunia pg ni. Arwah sebelum ni telah jatuh pengsan dan dimasukkan ke ICU di HKL.

Nampaknya, Allah lebih menyayangi beliau, lebih2 lg bila beliau dijemput menghadap-Nya dalam bulan Ramadhan yg mulia ni. Siapa tahu, bahawa ini adalah Ramadhan yg terakhir bgnya, wlupun br sepertiga Ramadhan yg berlalu. Semoga Allah ampunkan segala dosanya, dan menempatkan beliau di kalangan hamba-Nya yg soleh, amin...

Kpd kalian semua, sama2 lah kita muhasabah & perbaiki diri. Kematian pasti tiba bila2 masa saja. Segalanya bergantung pd kita, samada utk sntiasa bersedia, mahupun terus leka..

-Mohd Nazri Mohd Nawi
24 Sept 2007 / 12 Ramadhan 1428H
12:20 pm

Friday, September 21, 2007

Grand Iftar ~ Commendable Effort by BESTA

Hari ini.. 9 Ramadhan 1428 H, BESTA menganjurkan majlis berbuka puasa, utk pelajar bioteh engineering, khususnya final year. Staff juga dijemput hadir. Majlis ini telah diadakan di Conference Room, CAC... ala tempat yg kita bersesak-sesak nak ambik robe convo hr tu. Oo..br tau, rupanya itu dipanggil Conference Room.

Boleh dikatakan grand acara kali ni, wlupun majlis bermula agak lewat dssbkan projektor yg buat hal. Apapun, majlis tetap berjalan lancar, dimulai dengan bacaan ayat2 al-Qur'an oleh wakil pelajar. Kmudian disusuli dgn ucapan pengarah program, head of biotechnology engineering dept, & diakhiri dengan tazkirah, sebelum berbuka puasa.

Oh, hampir terlupa..lecturer yg dtg takde lah ramai sgt; Prof. Suleyman, Prof. Farouk, Dr. Zahangir, Dr. Elwathig, Dr. Azura, Dr. Abdullah & Dr. Mohd Nazri..opps, silap blum Dr. lg, tp Bro. Mohd Nazri..hehe;-) Kira satu meja lah smua tu, cmpur dgn President BESTA & juga pengarah program.

Alhamdulillah, makanan yg dihidangkan amat memberangsangkan. Agaknya sbb selama ni asyik beli nasi bungkus, then makan kat rumah je...huhu, dgn suasana yg sunyi sepi. tapi kali ni, makanan terhidang dpn mata, aneka juadah yg ada, serta bersama rakan-rakan sekerja (kui3..konon2 la tu) & juga para pelajar.

Erm, tu jela nak cerita kot..nanti cerita pjg2, entah mengarut lari drp topik plk. Ada masa & topik yg menarik utk dikongsi, akan ku post ke blog ini, Insya Allah. My final words, Alhamdulillah..terima kasih, Ya Allah atas rezeki-Mu. Penghargaan juga buat penganjur & semua yg hadir.. truely, it was a commendable effort for all!

-Mohd Nazri Mohd Nawi
21 Sept 2007 / 9 Ramadhan 1428H
10:40 pm

Wednesday, September 19, 2007

Episod Ramadhan hidupku..

Ramadhan datang hanya setahun sekali.. Sedar tak sedar, hari ini dah hari ke-7 kita dlm bulan Ramadhan tahun ni. Pertama, ada orang yg mmg ternanti-nanti akan kedatangan Ramadhan, dan bersungguh-sungguh beramal bermula di awal Ramadhan lg. Namun ada manusia yg memang kurang gembira dengan kedatangan Ramadhan. Kedatangan Ramadhan disambut dengan pelbagai rungutan dan muka yg murung. Kenapa? Mungkin sbb terpaksa berlapar dan berhaus..mungkin kerana terpaksa bersengakang mata utk bangun sahur sebelum subuh lagi, atau juga mungkin kerana terpaksa bersolat terawih berbelas atau berpuluh rakaat (sbb keluarga bising klu tak pergi). Ada pula golongan ketiga, yg mana tidak ternanti-nantikan Ramadhan, tapi tidak juga merungut dengan kedatangan Ramadhan. Bagi mereka, Ramadhan dan bulan-bulan lain sama saja..life must go on! Hidup macam biasa..

Walau apa pun ragam dan gelagat manusia di sekeliling kita, yg paling penting adalah diri kita sendiri. Tanyalah diri kita sendiri, kita tergolong dalam golongan mana. Golongan pertama, kedua atau ketiga? Jika kita tergolong dalam golongan pertama, maka beruntunglah kita. Kerana sesungguhnya rahmat yg Allah janjikan utk setiap hamba-Nya yg beramal di bulan yg mulia ini amatlah besar & tidak terkira.

Jika kita tergolong dlm golongan kedua dan ketiga, maka amatlah malang nasib kita. Namun ia masih belum terlambat. Masih ada peluang utk kita perbetulkan niat & perbaiki diri. Buanglah segale kekusutan yg bermain di fikiran, lemparkan jauh-jauh segala rungutan, lontarkan senyuman seikhlas yg mungkin.. utk Ramadhan kali ini, utk famili, utk rakan-rakan, dan utk sesiapa sj di sekeliling kita.. Kerana sesungguhnya kegembiraan & kemeriahan ini hanya dapat dirasai sekali dalam setahun. Janganlah dianggap Ramadhan sama saja dengan bulan-bulan lain. Ramadhan perlu dilalui dengan penuh rasa gembira dan terima kasih pada Allah, kerana tidak semua yg berkesempatan menemuinya. Masih saya ingat, seorang ustaz memberitahu, tatkala kita berada di bulan rejab dan sya'aban, maka tambahkan lagi doa pada Allah supaya kita dilanjutkan usia utk menemui Ramadhan yg bakal menjelang.

Bagiku, Ramadhan kali ini terasa kelainannya berbanding Ramadhan yg lepas. Inilah agaknya yg org kata, a new chapter of our life. Kenapa aku berkata begitu? Ramadhan sebelum ini disambut tatkala aku masih bergelar seorang student. Tak kira lah samada student universiti mahupun sekolah. Sejak dari form 1 lagi, aku telah pun tinggal di asrama. Suka duka & gelak tawa di Sekolah Menengah Sains Dungun (1996 - 2000) masih segar di ingatan, yg telah byk megajar erti hidup berdikari tanpa keluarga di sisi. Bila Ramadhan menjelma, terasa kemeriahan di sana sini, terutama sekali waktu berbuka & sahur. Pada waktu sahur contohnya, terdengar jeritan & pekikan abg-abg senior mengejutkan adik-adik utk bangun sahur. Malah bagun sahur tu boleh dikatakan wajib utk setiap org. Namun, kebiasaanya sambutan para pelajar bergantung pd menu hari tersebut. Kalau menunya kurang memberangsangkan, maka suramlah muka-muka yg datang ke dewan makan tu. Tapi apa nak buat, life must go on..puasa tetap kena puasa.. Inilah kehidupan di asrama, yg bukan semua org dpt merasainya. Apapun, 5 kali Ramdahan di SMSD telah meninggalkan byk kenangan & pengajaran pdku. Kalaulah tidak kerana diwajibkan setiap org pergi ke surau utk bertadarus (5.30 - 6.30p m), mungkin hari ni aku liat utk membaca Qur'an wlupun dengan kedatangan Ramadhan. Terima kasih, Ya Allah, kerana dengan hidayah & petunjuk-Mu, aku gagahkan kakiku melangkah ke SMSD.

Selepas itu, hampir 6 tahun aku habiskan masa ku di UIAM..bersama teman-teman baru (wlupun ada bbrp org dtg dr SMSD). Sememangnya kehidupan di universiti jauh berbeza dengan di sekolah. Alhamdulillah, dengan pengalaman yg diperoleh di SMSD dulu, aku lalui setiap detik perjuangan di UIAM dengan tabah & penuh semangat, wlupun ada masanya kita rasa down. Ramadhan di UIAM (terutamanya di UIAM Gombak), hmm...banyak yg boleh diperkatakan. Aku dan kawan-kawan semua pun mendaftar di Gombak pd bulan Ramadhan (11 November 2002). Itulah Ramadhan pertama di Gombak. Berta'aruf week dlm bulan Ramadhan..berbuka pun ramai-ramai kat masjid ms tu. Lepas terawih 8 rakaat, semua kena ke CAC utk program selanjutnya. Memang mencabar.. Ada sekali, habis program dekat pukul 3 pagi, mana lah student ni tak angin. Hmm..akibatnya, keesokan hari cuma bbrp org yg bangun sahur. Namun, Alhamdulillah, Ramadhan tetap ditempuhi dengan ceria.

Sebut pasal ramadhan di UIAM ni, antara yg paling aku suka adalah solat terawih di masjidnya. Pertama kali dirasakan, itulah solat terawih yang mengundang ketenangan pdku. Bacaan imamnya tidak sama dengan bacaan imam di masjid-masjid lain. Tartil & makhrajnya mmg bagus, dan yang paling penting, bacaannya tidak terlalu laju spt di masjid lain (kerana nak hbis cepat). Bacaan imamnya sama spt bacaan solat-solat fardhu yg lain. Selain tu, aku juga sukakan solat terawih di sini kerana setiap selesai 2 rakaat, ia tak diselangi dengan selawat dan doa beramai-ramai. Sememanganya, itu bukanlah sunnah Rasulullah. Kenapa perlu kita buat semua tu? Adakah kita mendakwa kita ini lebih baik drp Baginda?

Ramadhan 1428 H (2007), adalah yg pertama bg ku yg tidak bergelar student. Alhamdulillah, aku graduate pd Januari 2007, dan bekerja sbg research assistant di UIAM selama 3 bulan (Feb - April). Lepas tu, aku bekerja sebagai Assistant Lecturer di UIAM, hinggalah ke saat aku menulis dalam blog ni. Ramadhan kali ini ada sedikit kesunyian terasa.. Hmmm..mungkin kerana teman-teman yg selama ini bersama masa belajar dulu telah pun membawa haluan masing-masing di luar sana. Cuma aku yg masih di sini. Apapun, aku masih ada seorang housemate, yg Insya Allah kalau tiada apa halangan, akan berbuka puasa & bersahur bersama. Yang pasti, wlupun bukan lagi student, aku akan tetap bersolat terawih di UIAM, kerana itu yg aku rasa masih kekal hingga kini. Kadang-kadang, aku rasa semakin merosot prestasiku sejak tamat belajar.. Ya Allah, bantulah hamba-Mu ini utk mendapatkan kembali semangat & kekuatan yg suatu ketika dulu, menjadi penggerak & pendorong utk aku melakukan kebaikkan. Wlupun tanpa teman-teman di sisi, tp aku mahu sentiasa rasakan yg Engkau sentiasa di sisiku & hamba-hamba-Mu yg mengaharapkan pertolongan-Mu. Kepada teman-teman di luar sana, aku doakan kalian semua selamat maju jaya dalam mengharungi Ramadhan kali ini. Teruskan perjuangan, semoga Allah sentiasa meberkati perjuangan kalian semua. Amin...

Akhir kata, sama-samalah kita menggunakan dan menyelami saki-baki Ramadhan kali ini dengan sebaik mungkin. Belum tentu Ramadhan tahun depan menjadi milik kita. Lebih kurang seminggu yg lepas, tatkala kita sedang meraikan kedatanhan Ramadhan, seorang pelajar tahun akhir di UIAM telah kembali ke Rahmatullah kerana terlibat dengan kemalangan motosikal. Inilah kehidupan.. hidup dan mati kita milik Allah, dan Dia berhak utk mengambilnya bila-bila ms saja Dia berkehendak.

Saya ada menerima satu sms drp seorg kawan, katanya, "Mari kita sama-sama sepenuh hati & fokus dalam silibus Madrasah Ramadhan. Moga Allah izin kita graduate drp Madrasah ini dengan ijazah kelas pertama:-)".

Oh Allah, berikanlah aku petunjuk & hidayah-Mu, berikanlah aku kekuatan utk beramal sebaik mungkin di Ramadhan kali ini, ikhlaskanlah hati & diriku semata-mata kerana-Mu, terimalah amal ibadahku, berikanlah kesejateraan & kemenangan pada seluruh umat Islam di dunia ini. Amin...


- Mohd Nazri Mohd Nawi
19 Sept 2007 / 7 Ramadhan 1428 H
6:44 pm

Malaysians are getting married at older age. Why?

*This is one of an interesting articles and info to be shared, I guess.. I got it somewhere before, and I think the writer has written something that actually happens to us nowadays, especialy in Malaysia... let's think about it!
------------------------------------------------------------------------------------------------

Let me give an example.

It is a little bit long example. If you want to skip it, there is a summary in the end.

Say you are a fresh graduate at that age of 23, a male, starting a carrier as an executive officer working somewhere in KL with a salary, say RM2000 per month and without any saving in the bank. Monthly, extracting your expenditures on foods, transportation (public or motorcycle), electricity, water, phone, house rent and other expenses, say you can save about RM800 the most. Then, because you are a good son, you send some money to your parents or relatives about RM300 per month. This will give you a balance of RM500 of saving. For the first year, maybe you are very discipline with your budget, so you save about RM5000.

The next year at the age of 24, you meet a girl of your dream. Both of you plan to get married after one year or two. Ok, that's fine, it gives you time to save some more money and some more time to prepare the basic necessities for a 'happy' family? A car and a roof to live under. That year because you are a hard worker, you get a raise of 10%. Since you are also a gentleman, you make sure some money is put aside to spend on dates and gifts for your girl, so 10% goes for her. Like the previous year, after much sweat and maggie-eating months, you save another RM5000. Your company is doing ok. You are paid 2 months bonus. So, another RM4000 is added to your saving. So, your total saving now is RM14,000. You decide to spend about RM8000 on a brand-new RM40,000 car down payment. So, you net saving that year is RM6000.

The next year at the age of 25, you are doing fine at work. But because now you have to pay for car every month, your total monthly saving is cut down to about RM400. You save roughly about RM5000 that year. No bonus that year because your company is doing poor. So, your total saving in the bank is RM11,000. Then, you decide to get engaged with your girlfriend. She said OK. So, need to buy an engagement ring. RM1500 is spent on ring plus 'hantaran pertunangan'. So, your net saving that year is RM9,500.

The next year at the age of 26, you get promoted. Your salary now is 1.5 of your starting salary at the company. Good news! You think. "Ok, this year I will get married". You also are 'gersang' already.

So, you ask your fiance "how much is the 'duit hantaran'?”

She say, "berapa-berapa yang u sanggup".

You ask,"RM5000 ok?".

She replies, "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!".

Your eyes 'terjegil', your tounge 'meleleh' and you faint on the spot. "Where else in the world can I get extra money?", you say to yourself. But, because you are very determined to get married with your dream girl and in the name of love, you work really really hard year until you are awarded "The Best Employee of The Year". You get 3 months of bonus. You also do some side business to supply ayam pencen. So, roughly your net saving at the end of that year is RM20,000.

Ok, now you are 27 years old with enough saving in the bank to pay for the 'duit hantaran'. But then, come your mom saying,"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita cater aje la ya? RM10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sket. Kita jemput dalam 1000 orang datang ok?"

You did a quick in-the-head-calculation, "1000xRM10=RM10,000, penyanyi lagi, khemah lagi, buta-buta je RM15,000!!! Tu tak masuk cincin kahwin lagi!!" You say,"Mak, nak buat apa membazir-bazir duit ni?" Your mom replies,"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul." You insist,"Tapi mak?" Your mom says, "Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap dato, datin, tan sri puan sri lagi datang. Mana la mak nak letak muka kalau buat kenduri kecik kecik?”

Anyway, you finally get married. But, a beautiful happy life after marriage that you dream of with your wife does not last long. You have debts around your waist, interest gets higher every month, cannot afford to pay them, you wife gets tired of you asking money from her, she accuses you of being irresponsible husband for not being a good provider, blah blah blah? At the end, you two go into separate ways? You get divorced.

Problem breeds problem? Sometimes we wonder why marriage institution is failing in our country. The above example may not represent the whole phenomena in our culture, but perhaps it gives us some ideas of the problems young couple these days are facing in getting married from my perspective.

The Root Cause of the Problem...

There is something wrong in our culture. I really think there are some practices in our culture in Malaysia (Malay culture specifically) that do not make sense and especially they are contrary tothe teaching of Islam. These practices are well-rooted in our culture that unfortunately because of them, many people are 'afraid' to get married, or simply feel like they cannot afford when they are actually can afford. These are some of my observations and summary

Analysis:

(1) Marriage should be done in the most modest way but in Malaysia, it is ought to be done in the most lavish way. Competition on whose wedding is the most grandeur is almost unavoidable. Fame is usually the reason why people spend unreasonable and wasteful amount of money for a wedding.

(2) The "price" of a woman is measured according to her perhaps educational background, physical attributes and family social status not according to her knowledge and understanding of Deen and piety as suggested by the religion. The saddest thing is that "price" is put on women, who are supposed to be, if God-loving, kind-hearted and pious ones, "priceless"!

'Hantaran kawin' system is adopted by the Malays from perhaps the Indians who came to Malaysia long time ago. When the 'hantaran' is put too high and men can't afford to pay, marriage is usually delayed or cancelled. An effort to build another small brick unit of this Deen is delayed or perhaps destroyed only for this reason.

(3) Marriage should be a quick and easy process for the couple, not hard, which eventually becomes a burden. These days, we make marriage so complicated that people are afraid of getting married. When I was in the US, I saw Muslim brothers and sisters getting married at the mosque, with just some sweets as the main course for the guests. The guests who were invited to witness the ceremony were usually whoever prayed jemaah at the mosque or some close relatives and friends. There is no point of being extravagance. We should focus on the life after wedding, not the wedding itself.

Wedding is only a door to the marriage house. Why should we spend a lot of money to decorate the door so beautifully, when the inside of the house is then left empty, dark and unattractive?

...and the pressure is on men...

Tuesday, September 18, 2007

Diri anda tiada duanya, tiada tiganya

Oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal ‘sepuluh inci’.

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah ‘buatan’ yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.

Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, ‘Buta ke dia?’

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda!

Monday, September 17, 2007

Don't let this happen to you

First, I was dying to finish my high school and start university,
Then I was dying to finish university and start working,
Then I was dying to marry and have children,
Then I was dying for my children to grow enough, so I could go back to work,
But then I was dying to retire,
And now I'm dying.. And suddenly I realized that I forgot to live...
LET'S APPRECIATE OUR CURRENT SITUATION AND BE THANKFUL TO ALLAH SWT!



My Convocation ~ indelible memories...


27th August 2007 (Monday)


27th August 2007 (Monday)

Sunday, September 16, 2007

Kesan psikologi perkataan “Tak Nak”


Oleh : Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Anda senang apabila dihubungi? Itu tandanya orang menyenangi anda. Itu juga tandanya anda seorang yang baik. Anda gemar membaca e-mel yang tidak putus-putus memenuhi inbox anda? Anda tersenyum membaca SMS mereka, anda seronok melayan panggilan-panggilan telefon mereka hingga tidak sedar anda telah menggunakan banyak masa untuk itu?

Tidak mengapa, perbualan-perbualan itu mendatangkan ilham. Rasa tersisih dan terbuang telah hilang. Anda berasa dihargai. Terima kasih teman.

Tiba-tiba anda menoleh sejenak, masa yang telah anda gunakan untuk sembang kosong rupanya mencecah tiga hari tiga malam secara keseluruhan. Anda mulai sedar anda telah menggunakan masa begitu banyak untuk suatu perkara yang nyata tidak begitu berfaedah. Anda juga baru sedar jumlah wang yang begitu banyak telah digunakan oleh pemanggil-pemanggil anda.

Anda ingin memberitahu mereka tetapi tidak upaya. Sudah menjadi semacam kesedapan bersembang setiap pagi, tengah hari dan petang. Kadang-kadang perbualan bersambung hingga ke malam. Anda mula gelisah, baru sedar banyak masa dan wang terbuang begitu saja.

Kalau dulu anda seronok berbalas SMS, e-mel, berbual melalui telefon, sekarang anda mulai lemas tetapi tidak sanggup berterus terang. Kemuncaknya, setiap kali anda melihat nombor-nombor tertentu di skrin telefon bimbit anda serta-merta anda menjadi meradang. “Hai, tak faham-faham. Aku tak angkat tu maknanya aku tak nak diganggu lagilah!” bentak anda kepada diri sendiri.

Jam 8.30 pagi, A menelefon, anda tidak menyambut; jam 10.00 pagi A menelefon lagi, anda masih tidak menyambut; jam 12.00 tengah hari A sekali lagi menelefon, anda tetap tidak menyambut; jam 2.00 petang A tetap mencuba anda tetap bertahan; pukul 4.30 petang sekali lagi A mencuba nasib anda mulai berang. Apabila malam A masih cuba menghubungi anda bertalu-talu anda semakin tension. Perasaan seronok dahulunya kini menjadi semacam igauan ngeri setiap kali telefon anda berdering dan nombor A yang terpapar.

Persoalannya, mengapa dahulu anda berasa seronok dan sekarang anda berasa menyampah? Bukankah maksud A itu baik untuk terus menjalin kemesraan? Bukankah anda juga mendambakannya?

Soalan ini mudah dijawab iaitu apabila hati berkata, “NAK”, semuanya menjadi seronok, sebaliknya apabila hati mula berkata, “TAK NAK”, semuanya menjadi tidak seronok.

Mempelajari psikologi manusia kita boleh merumuskan beberapa perkara:

1. Apabila sesuatu perkara itu dilakukan secara terlampau, akan timbul kebencian. Misalnya seorang wanita bermanja-manja dengan temannya untuk mendapatkan sesuatu. Bermanja-manja seadanya itu akan membuatkan si teman berasa seronok dan berasa berhutang jika tidak menunaikannya. Dia tidak akan berasa rugi untuk memenuhkan hajat temannya itu.

Sebaliknya, terlalu bermanja-manja akan menjadikannya mirip mengada-ngada. Kalau tadi perasaan seronok sekarang menyampah pula yang muncul. Maka, lakukan sesuatu kesukaan berpada-pada jangan sampai keterlaluan – sayang yang diharapkan sakit hati yang mendatang.


2. Usah terlalu menyukai sesuatu sebab apabila anda membencinya, anda akan terlalu membencinya. Seseorang yang terlalu tenggelam dalam dunia seninya, suatu masa kelak akan mentertawakan hasil seninya itu apabila urat seninya semakin pudar. Dia akan tertawa terbahak-bahak membaca hasil tulisannya, melihat lukisannya, mahupun melihat kembali foto-foto peribadi yang dirakamkannya sewaktu sedang ‘mabuk’ itu.

Pada ketika itu dia mungkin sudah terlalu membenci dunianya yang dahulu amat disukainya. Maka, tatkala anda menyukai sesuatu usah terlalu menyukai kelak apabila anda membencinya anda akan terlalu membencinya pula.


3. Untuk mendapatkan perhatian manusia secara berterusan usah terlalu mempamerkan kesukaan anda kepadanya, kelak dia akan bosan dan menganggap anda ‘murahan’. Seimbangkan jumlah masa anda menghubunginya. Usah terlalu jauh berbeza kelak akan hilang penghormatannya terhadap anda.

Kadangkala anda perlu bermain teka-teki. Mahalkan sedikit diri anda, sesekali biarkan dia tercari-cari anda, jangan asyik anda yang tidak jemu-jemu menghubunginya.


The art of human relation harus dimiliki oleh setiap orang. Dalam membentuk hubungan yang intim, kekal dan jujur, kita perlu cuba membaca fikiran orang. Usah fikirkan kepentingan anda sahaja. Apabila terasa rindu anda terus menghubunginya, apabila terasa ingin bertanya sesuatu terus mendail nombornya, apabila terasa ingin berbicara anda terus menjadikannya mangsa. Sesekali fikiran situasi orang berkenaan. Mungkin ketika itu dia sedang sibuk dengan tugas-tugas harian, mungkin ketika itu dia ingin bersendirian atau isolated bersama keluarga.

Jika sekali atau dua kali panggilan anda tidak bersahut, hargailah diri anda dan tinggikanlah maruah anda. Tunggu sehingga dia menghubungi anda semula. Jika dia menghargai anda dan mahu perhubungan itu kekal manis, dia akan menghubungi anda. Jika tidak, fahamilah situasi bahawa kadang-kadang kita perlu memikirkan teman baru lantaran suasana baru yang sedang kita lalui kini. Begitu juga dia, mungkin telah sampai masanya untuk berpisah buat sementara.

true frens bring out da best in each other...!

A story tells that two friends were walking through a desert. During some point of the journey they had an argument, and one friend slapped the other one in the face. The one who got slapped was hurt, but without saying anything, wrote in the sand:

"TODAY MY BEST FRIEND SLAPPED ME IN THE FACE."

They kept on walking until they found an oasis, where they decided to take a bath. The one who had been slapped got stuck in the mire and started drowning, but the friend saved him. After he recovered from the near drowning, he wrote on a stone:

"TODAY MY BEST FRIEND SAVED MY LIFE."

The friend who had slapped and saved his best friend asked him, "After I hurt you, you wrote in the sand and now, you write on a stone, why?" The other friend replied: "When someone hurts us we should write it down in sand where winds of forgiveness can erase it away. But, when someone does something good for us, we must engrave it in stone where no wind can ever erase it.

“LEARN TO WRITE YOUR HURTS IN THE SAND AND TO CARVE YOUR BENEFITS IN STONE”

They say it takes a minute to find a special person, an hour to appreciate them, a day to love them, but then an entire life to forget them.

Friday, September 14, 2007

IIUM 23rd Convocation 2007

Salam utk semua...

Tahniah buat semua teman yang telah berjaya menggenggam segulung ijazah pada hari konvokesyen yang lepas (25 Ogos 2007), terutamanya dari Kulliyyah of Engineering. Selamat maju jaya kepada semua dalam meneruskan perjuangan yg belum selesai ini. Juga, tahniah kepada sesiapa yg telah menjejakkan kaki ke luar negeri untuk menyambung pengajian di sana. Insya Allah, panjang umur kita jumpa lagi.
Wassalam..

Assalamualaikum..Pembuka Bicara

Assalamualaikum wrh. wbt....


Alhamdulillah, segala pujian hanya utk Dia yg Satu, yg telah memberikan ilham dan kekuatan untuk membuka blog ini. Diharapkan ia bakal menjadi suatu wadah yg berguna untuk diri sendiri, teman-teman, dan juga sesiapa saja yg sudi dalam meneruskan kembara di bumi yg sementara ini, dalam memperbaiki diri dan mengeratkan ukhuwah antara kita semua...Insya Allah.


-Nazri