Seorang sahabat
saya, hobinya berbasikal. Paling kurang pun, sudah menjadi rutin setiap
hujung minggu dia akan berbasikal berpuluh kilometer demi mendapat
kesihatan yang baik.
Suatu hari, sedang dia membasuh botol air yg biasa dibawa ketika berbasikal, isterinya menyapa dari belakang, "Hai bang, ikhlas ke basuh botol air tu?"
Soalan itu biasa, tapi sebenarnya sarat dengan pengajaran yang perlu difikirkan. Dia hanya tersenyum, tetapi jauh dibenaknya dia terfikir, ikhlas kah dia membasuh botol air tersebut.
Dia terus bermonolog: Ikhlas maksudnya melakukan sesuatu kerana Allah. Jadi adakah aku basuh botol air ni kerana Allah? Kebiasaanya orang akan kaitkan sifat ikhlas dengan amalan keagamaan atau perbuatan yg ada kaitan langsung dengan ganjaran pahala oleh Allah, i.e. menolong orang, memberi sedekah, dll.
Dia cuba keluar dari pemikiran sempit kepada konteks yg lebih luas. Kata hatinya, ikhlas itu tidak hanya kepada amalan ritual agama, tetapi mencakupi apa jua yang kita buat. Jika aku makan makanan yang sedap-sedap, pakai pakaian yang bersih dan cantik, atau berkereta mewah, itu juga termasuk dalam konteks ikhlas.
Bagaimana begitu, sedangkan makanan yang sedap-sedap sudah tentu untuk diri kita sendiri. Kita berpakaian segak, berkereta besar semuanya untuk diri kita. Bagaimana mahu kaitkan ini semua dengan ikhlas kerana Allah?
Oh senang saja. Makanan yang baik & sedap adalah supaya badan kita sihat. Pakaian yang bersih untuk kehidupan yang lebih baik & sihat, malah memberi imej yang baik kepada orang di sekeliling kita. Kereta mewah tentunya untuk keselesaan, tiada salahnya jika mampu, asalkan bukan niat kita untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain.
Bila kita punya kehidupan yang sihat dan baik, mudah-mudahan kita juga bakal menjadi hamba Allah yang baik. Kita akan lebih bersyukur kapada-Nya. Kesihatan yang baik, kehidupan yang selesa, kelebihan harta benda: bukankah itu juga boleh menjadi penyumbang kepada agama Allah, tidak kiralah dalam apa bentuk sekalipun.
Paling tidak pun ia menjadi penyumbang ke arah menjadi mukmin yg lebih baik.
Jadi aku basuh botol air ni pun sebenarnya kerana Allah. Botol ini perlu dibersihkan supaya ia bebas daripada bakteria atau apa saja elemen yang boleh membawa mudarat kepada kesihatan diri. Tambahan pula aku bawa botol air ni untuk berbasikal setiap hujung minggu demi mendapat badan yang sihat. Aku boleh gunakan badan yg sihat utk beribadat, bekerja mencari nafkah utk anak isteri. Bukankah itu semua amalan yang Allah suka?
Pendek kata, apa sahaja yang kita boleh manfaatkan untuk agama Allah walaupun kita tak nampak kaitan langsung perbuatan tersebut dengan Allah, itu semua termasuk dalam 'melakukan sesuatu kerana Allah'. Dan bila kita buat sesuatu kerana Allah, itulah namanya ikhlas.
Ramai orang mudah untuk kaitkan 'melakukan sesuatu kerana Allah' bila perbuatan itu memerlukan susah-payah & pengorbanan, i,e. berperang dgn rasa malas, lapar dahaga, hilang harta benda - cthnya solat, puasa, bersedekah, berjihad di medan perang, dll sebab kita tak nampak manfaat langsung perbuatan tersebut untuk diri kita.
Allah will never blame us for doing things for our own selves.
Perlukan contoh? Senang saja. Jika kita ada orang gaji di rumah, memang kita tahu kerja dia adalah berkhidmat untuk kita, kerana kitalah tuan dalam konteks ini. Dia lah yg akan sediakan makanan, basuh pakaian, kemas rumah, dll. Tapi dia tetap perlu juga makan makanan yang baik untuk dirinya sendiri utk kekal sihat & bertenaga, dia masih perlu bersihkan diri & pakaiannya supaya kelihatan sentiasa bersih, dia masih perlu membersihkan biliknya sendiri agar dia tidak dihinggapi penyakit jika tinggal dalam bilik yang kotor.
Adakah kita sebagai tuan akan memarahi orang gaji tersebut sebab dia melakukan sesuatu untuk dirinya sendiri, dan bukan untuk kita? Pastinya tidak, sebagaimana Allah tidak akan marah kita kerana melakukan sesuatu utk diri kita sendiri. Bila dia sihat, bersih & gembira, tentunya khidmat yang diberikan untuk kita juga akan bertambah baik. Begitu juga perumpamaan kita sebagai orang gaji & Allah sebagai Tuan.
---
Cerita pasal botol air saja, tapi panjang berjela pula jadinya.. Moga ada sedikit manfaat buat semua.
Teruskan tersenyum:)

No comments:
Post a Comment