Tuesday, June 1, 2010

LL4G: Impak dan Muhasabah

Laungan semangat dan kutukan ke atas Zionist

Dlm beberapa hr kebelakangan ini, terutamanya bermula semalam (31 May 2010), bila konvoi LL4G diserang dengan ganas oleh Zionist Israel, pelbagai kutukan, serta laungan semangat utuk Palestin dan kebencian terhadap Israel menjadi memuncak - di Facebook, Twitter, akhbar, TV, blog, website dll. Alhamdulillah, masih ada di kalangan kita yg peka, walaupun amat sedikit, jika nak dinisbahkan dengan yg tidak peka. Malahan, saya kira masih sangat ramai yg tidak tahu, ataupun tidak mahu ambil tahu.

Sebelum konvoi LL4G ini diserang, ramai ke antara kita yg tahu tentang konvoi tersebut? Belum lagi kita tanya apa yg dimaksudkan dengan 'LL4G', siapa penganjurnya, siapa wakil dari Malaysia? Saya pasti, ramai yg akan terlopong ataupun tergaru-garu kepala yg tidak gatal..

Yang sedihnya, laungan bukan main hebat, kutukan ke atas Zionist bukan main keras, tapi dlm masa yg sama masih lagi menjadi penyokong Zionist. "Eh, bila masa pulak aku sokong mereka?", tentu ramai yg akan menafikan. Tapi ketahuilah, segala tata cara hidup yg tidak selari dengan ajaran Islam, samada pergaulan, pekerjaan, kewangan, perbelanjaan, kekeluargaan, hiburan, dan mcm-mcm lagi, bermakna ia menyokong musuh Islam.

Adakah selepas semua kembali 'reda' dan 'sejuk' (apabila media Zionist mengatakan semua telah ok, walaupun hakikatnya isu ini tidak akan pernah reda), kita juga akan kembali 'reda' dan 'sejuk'? Itulah orang kita, semuanya bermusim..mungkin juga 'mudah lupa'..

Saya berdoa, semoga LL4G ini bakal menjadi titik tolak permulaan kebangkita umat Islam dan masyarakat dunia yg tidak akan ada penghujungnya.

Kemenangan tak akan dtg kepada umat Islam selagi mana kita masih dengan cara hidup seperti sekarang. Bukan main keras lagi kita mengutuk kekejaman Zionist, tp dlm masa yg sama kita 'menghalalkan' judi bola, arak, dll. Dan para ulama pula hanya memilih utk berdiam diri. Bagaimana mungkin Allah nak bantu umat ini. Jakim pula masih sibuk dengan intipan khalwat di bilik-bilik hotel, yg berleluasa dan terang-terangan di taman bunga, di shopping complex dibiarkan.. oh, itu mungkin tak mengapa sbb semua org nampak.

"No to Zionist Israel"

Sesetengah 'ustaz' dan 'golongan agama' pula masih sibuk dengan gerakan 'Anti Wahabi' atau 'Say No to Wahabi' mereka. Bukannya nak buat 'Anti Zionist' atau 'Say No to Zionist'. Yang mereka tahu cumalah mengutuk pihak lain yg tidak sealiran dengan mereka, ataupun yg boleh menutup periuk nasi mereka. Amat memalukan!

Buta sejarah

Berapa ramai yg tahu sejarah perjuangan Palestin dlm menentang Zionist? Juga sejarah penubuhan negara haram Zionist yg ditaja oleh Britain dan sekutu-sekutunya? Sejarah yg telah menyaksikan sebuah negara yg telah dirampas drp tangan umat Islam. Sememangnya kita semua buta sejarah. Dan kalau ada yg tahu pun, ramai yg tidak mengambil iktibar drp sejarah tersebut. Maka sejarah hanya tinggal sejarah. Belum lagi nak diceritakan tentang pelbagai fakta sejarah yg telah diputar belit atau ditutup sama sekali, yg mana berlaku juga dlm silibus pelajaran kita di Malaysia.

Juga ramai yg buta sejarah, ingin mengulas tentang sejarah. Akibatnya, jelaslah kelihatan kedangkalan dan kecetekan tahap pemikirannya..apatah lg yg bercakap itu seorang yg bergelar 'pemimpin' masyarakat. Buku/risalah tentang sejarah Palestin pun tidak pernah dibaca, ceramah-ceramah tentang Palestin juga tidak pernah dihadiri. Lebih baik diam kalau tak tahu!

Peranan kita

Jadi apa peranan kita? Saya menyeru pd semua, berilah sokongan pd perjuangan Palestin ini setiap masa, tiada musim & moodnya, tiada noktah & penghujungnya, sehinggalah kita dijemput kembali kepada Allah.

Bagaimana mahu menyokong?

Pertamanya, kembalilah kepada cara hidup Islam sbgaimana yg Rasulullah dan para salafussoleh tunjukkan. Tegakkan lah kembali silaturrahim sesama kita. Jom kita bersatu, jangan lagi berpuak-puak.

Juga, sebarkanlah maklumat & kesedaran kepada seluruh lapisan masyarakat agar mereka peka akan isu ini. Banyakkan membaca. Sertailah program dan kempen yg dilancarkan.

Akhir sekali, jgn lupa harap hanya pada Allah, kerana kekuatan dan kemenangan hanya datang drp-Nya. Tapi sebelum kemenangan itu menjadi milik kita, ada syarat yg perlu kita penuhi, ada janji yg perlu kita tunaikan, dan mungkin ada pengorbanan yg perlu kita lakukan. Tanpa pengorbanan dan penat lelah selama bertahun-tahun, segulung ijazah tak mungkin menjadi milik seorang graduan, kerana ijazah tersebut tidak boleh dibeli atau diperoleh dengan jalan singkat.

Saya teringat kata seorang sahabat ketika di Penang, kalau nak ikutkan hati yg marah, nak saja berdoa dan harap Allah akan bagi kita satu kuasa luar biasa, contohnya boleh halimunan ke, boleh pergi ke Israel dan sembelih satu-persatu tentera dan pemimpin Zionist. Tapi kalau kita doa walau bagaimana hebat pun, nescaya Allah tidak akan kurniakan kemampuan sedemikian (hakikatnya Allah Maha Berkuasa mengurniakan apa saja). Kenapa? Sebab itu bukanlah fitrah dan wajah agama Islam yg kita nak tonjolkan, memperoleh kemenanga dengan cara singkat, 'ajaib' dan 'mistik' (yg mana ramai org kita suka).

Selamat maju jaya. Semoga Allah memberi kefahaman & kekuatan yg lebih kepada saya sendiri.




No comments: