Saturday, May 29, 2010

Isu: Pandangan, Kritikan & Penyelesaian

Bagaimana lah agaknya keadaan saudara-saudara Muslim & juga rakan-rakan mereka yg kini berdepan dengan ancaman berat pihak Zionist untuk memasuki Gaza? Pastinya mereka ini adalah orang-orang yg terpilih, yg cekal hati & semangat, serta sanggup mengorbankan nyawa sendiri demi Palestin tercinta. Moga bantuan Allah bersama mereka..ameen. Doa kami sentiasa mengiringi kalian.

Tn. Haji Noorazman ketika ditemuramah tentang keadaan terkini konvoi ke Gaza oleh Astro Awani

------

Itu situasi di laut Mediterranean, tapi lain pula di Malaysia ini. Pelbagai isu umum, samada baru atau lama, panas atau sejuk, menghiasi dada media massa. Isu-isu ini juga yg sebenarnya menjadikan suasana semasa lebih 'hidup', juga menggerakkan akal supaya sentiasa ligat berfikir. Saya percaya, melalui penulisan seseorang dapat memberikan pandangan dan juga kritikan terhadap sesuatu isu. Cuma atas kongkongan & constraints tertentu, banyak yg saya rasa belum masanya lagi untuk saya menulis di sini. Secara peribadi, sy suka penulis yg selalu mendepani atau selari dengan isu yg timbul, bukan terkebelakang. Cuma biarlah isu tersebut worth it utk dibincangkan secara serius...bukannya isu-isu picisan.

Perkara yg amat saya tidak puas hati adalah berkenaan lesen perjudian bola oleh kerajaan Malaysia. Ramai juga yg telah menyatakan bantahan. Cuma sy kecewa bila ada pihak yg pd hemah saya ada kapasiti utk memberikan pandangan, tetapi memilih utk berdiam diri. Kenapa begini? Kita ada 13 org Mufti di Malaysia, tetapi kenapa ramai yg hanya berdiam diri (cuma segelintir yg bersuara)? Kalau boleh, keluarkanlah kenyataan rasmi setiap Mufti, dan siarkan di blog (mungkin tidak dibenarkan utk disiarkan di akhbar rasmi). Bagiamana pula dengan badan lain.. Majlis Fatwa, JAKIM, YADIM, NGOs Islam dan juga cerdik pandai kita?

Di sebelah kanan blog saya ini, ada saya list kan beberapa blog atau laman web lain yg saya rasa ramai sudah tahu. Salah satunya adalah blog Minda Tajdid, oleh Dr. Mohd Asri. Memang saya tidak akan 'miss' tulisan-tulisan beliau. Hari ini, satu lagi tulisan beliau yg saya kira amat luar biasa. Mungkin sesiapa yg belum membacanya, boleh luangkan masa 10-15 minit, dan nilailah sendiri. Bagi saya, ia satu lontaran pandangan, kritikan & cadangan yg berani dan berterus-terang. Sememangnya kita sudah sedia maklum gaya bahasa & penulisan beliau, patah lagi yg biasa membaca buku-buku beliau. Saya ucapkan tahniah utk Dr. Asri atas istiqamah & kecekalan beliau dlm medan ini, dan berani mempertahankan kebenaran walaupun beliau mungkin tahu akibatnya nanti (disebabkan banyak pihak yg menentang).

Apa-apaun, pendapat manusia tidak mutlak, ia mungkin diterima atau mungkin ditolak, melainkan Al-Qur'an & pendapat Rasulullah yg sahih (pd pandangan ulama hadith). Cuma harapan saya, janganlah gunakan kebencian & prejudis terhadap seseorang, juga atas dasar sentimen & kepentingan tertentu, atau mugkin emosi semata menjadi faktor kita tidak bersetuju dengan seseorang. Gunakanlah akal yg waras, juga hujah yg benar, insya Allah kebenaran akan tertegak.

Wallahu'alam.

No comments: