Monday, May 31, 2010

Update LL4G 31 May 2010: 2 Activists Died

As reported by Haluan Palestin, 2 activists died and more than 30 have injured due to the attack by Isrelis helicopter. Yet, they were still identifying those who died and injured in the incident.

So, what say you? Still wanna go to Starbuck, McD, and etc? No problem, keep going and buying their goods, and you will keep helping them to kill our brothers and sisters!

Wassalam.

Saturday, May 29, 2010

Isu: Pandangan, Kritikan & Penyelesaian

Bagaimana lah agaknya keadaan saudara-saudara Muslim & juga rakan-rakan mereka yg kini berdepan dengan ancaman berat pihak Zionist untuk memasuki Gaza? Pastinya mereka ini adalah orang-orang yg terpilih, yg cekal hati & semangat, serta sanggup mengorbankan nyawa sendiri demi Palestin tercinta. Moga bantuan Allah bersama mereka..ameen. Doa kami sentiasa mengiringi kalian.

Tn. Haji Noorazman ketika ditemuramah tentang keadaan terkini konvoi ke Gaza oleh Astro Awani

------

Itu situasi di laut Mediterranean, tapi lain pula di Malaysia ini. Pelbagai isu umum, samada baru atau lama, panas atau sejuk, menghiasi dada media massa. Isu-isu ini juga yg sebenarnya menjadikan suasana semasa lebih 'hidup', juga menggerakkan akal supaya sentiasa ligat berfikir. Saya percaya, melalui penulisan seseorang dapat memberikan pandangan dan juga kritikan terhadap sesuatu isu. Cuma atas kongkongan & constraints tertentu, banyak yg saya rasa belum masanya lagi untuk saya menulis di sini. Secara peribadi, sy suka penulis yg selalu mendepani atau selari dengan isu yg timbul, bukan terkebelakang. Cuma biarlah isu tersebut worth it utk dibincangkan secara serius...bukannya isu-isu picisan.

Perkara yg amat saya tidak puas hati adalah berkenaan lesen perjudian bola oleh kerajaan Malaysia. Ramai juga yg telah menyatakan bantahan. Cuma sy kecewa bila ada pihak yg pd hemah saya ada kapasiti utk memberikan pandangan, tetapi memilih utk berdiam diri. Kenapa begini? Kita ada 13 org Mufti di Malaysia, tetapi kenapa ramai yg hanya berdiam diri (cuma segelintir yg bersuara)? Kalau boleh, keluarkanlah kenyataan rasmi setiap Mufti, dan siarkan di blog (mungkin tidak dibenarkan utk disiarkan di akhbar rasmi). Bagiamana pula dengan badan lain.. Majlis Fatwa, JAKIM, YADIM, NGOs Islam dan juga cerdik pandai kita?

Di sebelah kanan blog saya ini, ada saya list kan beberapa blog atau laman web lain yg saya rasa ramai sudah tahu. Salah satunya adalah blog Minda Tajdid, oleh Dr. Mohd Asri. Memang saya tidak akan 'miss' tulisan-tulisan beliau. Hari ini, satu lagi tulisan beliau yg saya kira amat luar biasa. Mungkin sesiapa yg belum membacanya, boleh luangkan masa 10-15 minit, dan nilailah sendiri. Bagi saya, ia satu lontaran pandangan, kritikan & cadangan yg berani dan berterus-terang. Sememangnya kita sudah sedia maklum gaya bahasa & penulisan beliau, patah lagi yg biasa membaca buku-buku beliau. Saya ucapkan tahniah utk Dr. Asri atas istiqamah & kecekalan beliau dlm medan ini, dan berani mempertahankan kebenaran walaupun beliau mungkin tahu akibatnya nanti (disebabkan banyak pihak yg menentang).

Apa-apaun, pendapat manusia tidak mutlak, ia mungkin diterima atau mungkin ditolak, melainkan Al-Qur'an & pendapat Rasulullah yg sahih (pd pandangan ulama hadith). Cuma harapan saya, janganlah gunakan kebencian & prejudis terhadap seseorang, juga atas dasar sentimen & kepentingan tertentu, atau mugkin emosi semata menjadi faktor kita tidak bersetuju dengan seseorang. Gunakanlah akal yg waras, juga hujah yg benar, insya Allah kebenaran akan tertegak.

Wallahu'alam.

Terkini LL4G: Jumaat, 1240 tengahari (waktu Malaysia)

Terkini: Jam 1240 tgh (waktu Malaysia)

Dari ketua misi LL4G-Malaysia, Tuan Hj Noorazman: Kami sedang berada di pengairan Gaza, dalam jam 4.30ptg (waktu Malaysia) kami akan berdepan dengan kapal Israel. Pasukan konvoi LL4G Malaysia dan Indonesia diberi amanah utk menjaga keselamatan kapal konvoi. Dijangkakan komando Israel akan turun ke kapal melalui helikopter dan cuba merampas kapal konvoi tersebut. Pesanan beliau lagi, beliau minta doa daripada kita semua.

Sender:
Crisis Managent Team LL4G

-------

The info was sent to APH Yahoo Group. Perkembangan lanjut juga boleh diikuti di stesyen TV astro awani dari semasa ke semasa.

Thursday, May 27, 2010

Nota Hati: Ujian Dalam Kurniaan Nikmat

Pagi td sebelum bertolak ke pejabat, sempat saya baca satu bab daripada buku Nota Hati Seorang Lelaki, tulisan saudara Pahrol Mohd Juoi, yg bertajuk 'Kau, Aku, dan Kami dalam Kurniaan Rezeki'.

Sudah beberapa bulan sy beli buku ini, cuma sememangnya sy akan mengambil masa utk menghabiskan bacaan. Saya suka baca secara langkau, berdasarkan topik yg menarik perhatian terlebih dahulu. Hakikatnya, sepanjang pembacaan saya, kesemua bab boleh saya katakan amat menarik dan mendidik jiwa.. Alhamdulillah, tahniah saya ucapkan pd Saudara Pahrol kerana berjaya menyentuh hati pembaca melalui tulisan beliau.

Allah SWT menguji hamba-Nya melalui setiap langkah kehidupan. Yg mahu saya kongsikan di sini adalah bagaimana Allah menguji kita melalui kurniaan rezeki & nikmat-Nya (ringkasan tulisan Saudara Pahrol). Rata-ratanya tentu semua tahu, pastinya Allah nak uji kita samada kita bersyukur kepada-Nya atau tidak. Ye, itu memang benar (tetapi ramai yg lupa utk bersyukur walaupun tahu akan hakikat tersebut).

Kalau kita lihat ayat-ayat Qur'an tentang pemberian rezeki kepada makhluk, Allah SWT kerapkali menggunakan istilah 'Kami' (instead of 'Aku'). Kenapa? Selama ini, berdasarkan pengalaman saya, 'Kami' disitu bermaksud 'kekuasan' ataupun 'keluasan kerajaan-Nya'. Ye, itu juga betul. Tapi dlm kurniaan rezeki, 'Kami' juga memberi makna bahawa rezeki tersebut diturunkan, khususnya kepada manusia, dengan menggunakan perantaraan tertentu, contohnya matahari, awan, tumbuh-tumbuhan, haiwan, dan juga manusia lain. Alhamdullillah, hanya melalui beberapa minit pembacaan, saya dapat menambah ilmu.

Bagaimana pula kita harus bersyukur?

1) Pertamanya kita semestinya perlu bersyukur pd sumber rezeki tersebut, iaitu Allah SWT. Ramai manusia dikaburi oleh medium-medium yg manjadi perantaraan rezeki tersebut, menyebabkan mereka lupa siapa sebenarnya yg memberi rezeki. Contohnya, mereka menyangka majikan yg memberi rezeki, padahal majikan hanyalah perantaraan.

2) Alhamdulillah, masih ramai yg tidak lupa utk bersyukur pd Allah sbg sumber rezeki tersebut, tp malangnya mereka lupa pd perantaraan yg Allah gunakan utk menyampaikan rezeki tersebut pd mereka. Seharusnya kita juga perlu berterima kasih dan menghargai perantara tersebut. Contohnya, ramai peniaga bersyukur kpd Allah akan keuntungan yg diperoleh dlm bisnesnya, tp lupa utk menghargai para pelanggan mereka (apatah lagi pelanggan setia). Sedangkan para pelangganlah yg mendatangkan rezeki buat mereka drp Allah. Juga perlu berterima kasih pd majikan yg memberikan peluang pekerjaan dan gaji pd setiap bulan. Dengan ini, kita bukan saja menjadi hamba yg baik untuk Allah, malah baik sesama manusia.

3) Adakalanya kita sendiri berada di posisi sebagai perantara, yg mana kita dikehendaki oleh Allah utk menyampaikan rezeki-Nya kepada yg lebih berhak. Dlm hal ini, rezeki tersebut bukanlah hak kita, maka manjadi kewajipan kita utk menyampaikannya kepada tuan punya rezeki tersebut. Jika tidak, maka kita juga tergolong dlm golongan yg tidak mensyukuri nikmat Allah dan menafikan hak org lain. Apa yg kita akan rasa jika kita berhak utk mendapatkan sesuatu, tetapi dinafikan hak kita oleh org lain (yg pada hemah kita dia hanyalah perantara)?. Contohnya, bila kita diberi kekayaan yg banyak, sebenarnya bukan semua itu milik kita. Ia perlu disampaikan pd pemilik yg berhak, i.e. fakir miskin, pejuang Islam, dll. Begitu juga dengan ilmu pengetahuan, ia perlu diajarkan pd org lain.

Wallahu'alam.. moga-moga ada manfaat. Wassalam.


Monday, May 24, 2010

LL4G: Kami Akan Tiba Di Gaza, Walaupun Dengan Berenang!

“Meskipun diancam oleh Israel, kami tetap akan berusaha menuju ke Gaza, walaupun kami terpaksa berenang ke pantai."

Begitulah ungkapan luarbiasa yang disampaikan oleh wakil LL4G dari kawasan Asia Tenggara, Noorazman Mohd Shamsuddin dari Haluan Palestin Malaysia, saat upacara besar melepaskan keberangkatan kafilah kapal kemanusiaan Lifeline for Gaza di dermaga Sarayburnu, Istanbul, siang tadi (22/5). Beliau memberikan ucapan sambutan mewakili masyarakat Malaysia dan Indonesia. Di hadapan ribuan hadirin Noorazman mengatakan, bahawa rakyat Malaysia dan Indonesia telah menyatakan perasaan bencinya kepada sekatan ini dengan memberikan infaq, melakukan demonstrasi, serta memberi dukungan penuh bagi kafilah kemanusiaan ini.

“Tunggulah wahai saudara-saudaraku warga Gaza, kami akan datang menemani kalian yang sedang tertimpa kezaliman!” teriak beliau dengan penuh semangat.

----

Semoga bantuan Allah sentiasa bersamamu wahai saudara-saudaraku. Amat jauh rasanya jika nak dibandingkan antara apa yg saya telah buat dengan perjuangan mereka demi Palestin tercinta.

Rindu akan kelibat saudara Noorazman yg suatu ketika dulu aktif dan tidak jemu membimbing sahabat-sahabat di Taman Ilmu & Budi ini khususnya.

Let us stop the Zionist from killing more Palestinians, by minimizing (or if possible, stopping) the use of their (and their allies') goods that would contribute towards the welfare and development of Israel.

Sumber: Haluan Palestin