Friday, February 13, 2009

Khutbah Jumaat yang hambar


Hari ni, 13 Februari 2009 - hari Jumaat.

Untuk kesekian kalinya, saya ke Masjid Pusat Islam, USM untuk solat Jumaat. Mungkin tidak berapa lama lagi, solat Jumaat tidak lagi diadakan di sini kerana Masjid Seri Ampangan yg berhampiran dengan USM telah pun mula beroperasi. Masjid tersebut bakal digunakan utk solat Jumaat.

Tertunggu-tunggu apa tajuk khutbah hari ni.. Bila khatib memulakan bicara, aduh..tajuknya "Makanan yg berzat..bla, bla, bla".

Terdetik di fikiran, apakah tiada lagi tajuk lain yg lebih penting dan perlu untuk disampaikan pd umat? Walhal, pelbagai isu penting dan besar yg timbul sekarang berkenaan umat Islam. Isu Palestin tidak pernah ada penghujungnya..mereka terus-terusan sengsara, dan selama itulah mereka terus berjuang mempertahankan bumi mereka.

Walhal umat Islam sedang kacau bilau, isu murtad, krisis identiti para muda-mudi, maksiat di sana sini berleluasa secara terbuka (bukannya menyerang hendap bilik hotel atau rumah orang yg perlu diutamakan), krisis politik, jenayah, dan sebagainya. Apakah semua ini cukup dengan sekadar satu dua khutbah?

Teringat satu ketika dulu, satu topik hangat dibincangkan dalam satu rancangan besar, Forum Perdana Ehwal Islam, iaitu "Buah-buahan tempatan". Kelakar, kan?

Khutbah yg hanya seminggu sekali seharusnya menjadi medium yg amat penting untuk menyampaikan maklumat dan nasihat kepada umat Islam, terutama golongan yg jarang menghadiri majlis ilmu, apatah lagi membaca bahan ilmiah dan isu umat Islam semasa.

Akhir sekali, memetik tulisan seorang tokoh ilmu terkenal di Malaysia, satu tamparan utk mereka yg terlibat dlm menyediakan teks khutbah.

"Saya kadang-kala membayangkan ‘mungkin penulis-penulis khutbah ini berada di suatu kawasan pergunungan yang terputus hubungan dengan umat, lalu diperintahkan pula mereka menulis khutbah. Dari sana mereka mengirimkan kepada sesiapa yang turun ke bawah untuk diposkan ke pejabat yang memerlukan khutbah-khutbah itu. Dengan pos biasa, barang kali sebulan kemudian khutbah itupun sampai. Pegawai yang asyik membaca akhbar dan minum kopi bersama kawan sehingga banyak kes talak tertangguh, membukanya lima hari kemudian. Untuk ditaip dan disampaikan ke masjid-masjid, barangkali mengambil masa lagi sebulan. Kalau pun ada sedikit isi khutbah yang menyentuh umat melalui khabar yang dibawa oleh angin ke gunung, barangkali yang sedikit itu sudah luput tarikhnya.."

Lebih baik tak bagitahu nama tokoh ini, sbb ada segolongan org kita yg tengok siapa yg berkata dulu sebelum menerima apa yg diperkatakan walaupun ia benar. Alahai..

No comments: