Wednesday, October 8, 2008

Persaraan SS Mufti Perlis

Banyak pihak agak terkejut, dan mungkin juga bersedih atas keputusan SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA) untuk bersara lebih awal dan tidak menyambung kontrak sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis. Dalam masa yg sama, sememangnya keputusan ini sudah dijangkakan kerana seingat saya, beliau pernah mengatakan bahawa beliau tak berhajat untuk berada di kedudukan itu utk jangka masa yg lama. Insya Allah, medium perjuangan dakwah tidak akan tertutup dengan berakhirnya jawatan itu, malah mungkin satu medium yg lebih baik bakal terbentang.

Jawatan Mufti bukanlah jawatan untuk bermewah-mewah & mencari populariti. Ia satu tanggungjawab yg besar pd agama Islam & masyarakat. Syabas saya ucapkan pd Dr. MAZA kerana tetap istiqamah di jalan-Nya & berpegang teguh pd prinsip kebenaran walaupun didatangi pelbagai cubaan & dugaan, bukan saja semasa bergelar Mufti, malah sebelum itu lagi.

Saya secara peribadinya telah banyak belajar drp beliau - melalui kuliah, seminar, serta tulisan-tulisan beliau. Pandangan, penjelasan & hujah-hujah beliau telah menyedarkan saya akan banyak perkara yg selama ini dirasakan telah betul & sempurna, tanpa pernah mengambil kira tentang hujah & dalil asal ia keluar dr mulut seseorang yg bergelar 'ustaz' atau 'ustazah'. Padahal, Islam seharusnya dibina di atas hujah & fakta yg sahih.

Sejak pertama kali mengikuti kuliah beliau semasa saya di tahun pertama UIAM, saya mula tertarik dengan pendekatan beliau. Ilmiah dan tegas, tp amat mudah difahami. Buku beliau yg pertama kali saya baca yg bertajuk 'Pertelingkahan antara sahabat: Antara ketulenan fakta & pembohongan sejarah' meninggalkan impak yg besar ke atas diri saya untuk terus menyelami, menambah & memperbaiki pengetahuan saya tentang Islam yg sebenar, sebagaimana yg ditunjukkan oleh Rasulullah & para salafus soleh.

Saya gemarkan pendekatan yg beliau gunakan dlm memberi penjelasan tentang Islam, dan juga isu-isu lain. Malah saya rasa banyak pihak lain pun begitu. Bukan bermakna kita memuja beliau. Kalau ada para ilmuan lain yg berani & berpegang pd prinsip kebenaran seperti beliau, sudah tentu kita juga mengalukannya. Malah saya berdoa agar kita akan dikurniakan dengan lebih ramai Dr. MAZA selepas ni, malah mungkin lebih baik.

Sesungguhnya tiada perjuangan atas paksi kebenaran yg tidak mendapat tentangan & cemuhan orang ramai sebagaimana para ulama' silam telah melaluinya. Namun, nama & perjuangan mereka akan tetap dikenang sepanjang zaman walaupun mereka sudah tiada lagi. Inilah yg dikatakan perjuangan yg hakiki. Semoga kita semua diberi petunjuk untuk kekal di jalan-Nya, ameen..

Sunday, October 5, 2008

Bila Ramadhan berakhir

Kehangatan hari raya masih terasa setelah 5 hari kita berada di bulan Syawal. Ini juga bermakna dah 5 hari Ramadhan pergi meninggalkan kita.

Bila Ramadhan pergi...

1. Masjid-masjid kembali lengang, terutamanya pd waktu malam. Kalau di bulan puasa, masjid kita dipenuhi dengan para jemaah, khususnya untuk bersolat Isyak & terawih. Berdasarkan pengalaman sendiri, paling kurang pun 4-5 saf jemaah lelaki yg ada. Tapi masuk je malam raya, 1 saf pun tak penuh. Amat menyedihkan.

2. Sepanjang bulan Ramadhan, banyak rancangan TV yg berunsur keagamaan, i.e., kuliah, tazkirah, tadarus Al-Qur'an, Jejak Rasul, drama-drama, dsb ditayangkan untuk tontonan umum, tapi bila berakhirnya Ramdhan, semua tu juga berakhir.

3. Di bulan puasa, banyak masjid atau individu tertentu menyediakan juadah berbuka puasa untuk org ramai. Pelajar-pelajar di universiti adalah antara golongan yg paling ramai memanfaatkan rezeki yg disedikana ini. Ini juga membantu golongan yg kurang mampu. Alhamdulillah, dpt jimat belanja. Mungkin sebahagian drp duit tu boleh didermakan, insya Allah tambah pahala. Tp kini, sekali-sekala shj, bila ada majlis tertentu, makanan akan disediakan utk org ramai.

4. Perut diisi dengan pelbagai jenis makanan & minuman sehingga tiada lg ruang yg boleh diisi sbb nak qada' balik sebulan berpuasa. Mungkin seluar yg dulunya longgar ketika di bulan puasa, kembali menjadi ketat. Ada yg kena beli seluar baru.

5. Kalau dulu di bulan puasa, masing-masing sedikit sebanyak menjaga diri drp berbuat kejahatan & kemaksiatan, i.e., mengumpat & mengata org, melihat gambar yg tak senonoh, mendengar lagu-lagu yg melalaikan, dan mcm-mcm lg, tp kembali rancak & tanpa segan silu membuat aktiviti-aktiviti tersebut bila berakhirnya Ramadhan.

6. Rumah-rumah kembali sunyi setelah kebanyakan sanak-saudara yg pulang beraya (baiasnya di hujung bulan Ramadhan) kembali ke rumah masing-masing. Para ibu-bapa yg tinggal berdua yg paling terasa kesannya setelah anak-anak & cucu-cucu meninggalkan mereka. Semoga mereka terus tabah.

7. Tiada lagi bazar Ramadhan yg menjadi tempat org ramai berpusu-pusu membeli juadah berbuka puasa. Tp ada juga bagusnya. Di bulan puasa, rasanya semua nak beli kalau tengok sbb nafsu makan sedang membuak-buak. Akibatnya banyak makanan & minuman yg dibazirkann. Jadi tak hairanlah klu ada yg belanjanya lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.

Banyak lagi situasi yg boleh kita bandingkan antara di bulan Ramadhan dengan bulan-bulan lain. Ini hanyalah sebahagian untuk kita sama-sama renungkan.

Janganlah sekadar menambah amal kebaikan di bulan Ramadhan shj. Sepatutnya bulan Ramadhan melatih kita untuk meneruskan segala amal kebaikan di bulan-bulan yg lain. Semoga kita semua terus istiqamah di tas jalan-Nya, ameen..

Wallahua'alam