Sabda
Rasulullah SAW:
Ertinya:
Barangsiapa makan bawang putih atau bawang merah, maka janganlah dia mendekati
masjid kami, dan hendaklah dia solat di rumahnya.” [Sahih Al-Bukhari, kitab
Al-Adzan, #855]
Ertinya:
Barangsiapa makan bawang putih atau bawang merah, maka janganlah dia mendekati
masjid kami, dan hendaklah dia solat di rumahnya, kerana sesungguhnya para
malaikat juga terganggu dengan apa-apa yang mengganggu anak Adam.” [Sahih
Muslim, kitab Al-Masajid, #564]
---
Larangan datang
ke masjid ini adalah disebabkan bau kurang enak yang disebabkan makanan
tersebut. Maka jika sesiapa makan sesuatu yang berbau kurang enak yang boleh
mengganggu para jemaah, seperti durian, petai, jering, belacan, dll, dan mereka
tidak pula berusaha untuk menghilangkan sepenuhnya bau tersebut, usahlah datang
ke masjid. Saya kira bau makanan yang disebutkan tadi adalah jauh lebih kurang
enakknya berbanding bawang putih, cuma pada zaman Rasulullah tidak ada durian,
petai atau jering. Jika ada, mungkin ia juga disebutkan. Ini termasuk juga para
perokok dan mereka yang tidak menjaga kebersihan badan yang mana bau nafas dan
badan mereka sangat mengganggu para jemaah.
Larangan ini
tidak wajar dijadikan alasan untuk mereka tidak datang ke masjid. Yang
seharusnya, mereka perlu meninggalkan makanan tersebut, atau jika ingin juga
dimakan, mereka wajib membersihkan diri semaksimum mungkin sebelum ke masjid.
Untuk para perokok, itu sudah jelas keharamannya samada mereka datang ke masjid
atau tidak.
Selamat menunaikan ibadah pada bulan Ramadhan ini.
Nazri Nawi
7 Jun 2016
2 Ramadhan 1437H