Saturday, April 30, 2011

The Solat Gang ~ Jauh Tapi Dekat

Terasa ingin mencoret sesuatu berkenaan rakan-rakan BBM di Malaysia.. "The Solat Gang" itulah nama yang diberi, terdiri daripada 8 orang ahli - Najib, Kasyfi, Fauzan, Syahril, Ariff, Dazrol, Aimran & Nazri.

Dari kiri: Ariff, Kasyfi, Syahril, Nazri, Dazrol & Najib. (Tiada dalam gambar: Fauzan & Aimran)

Selain ahli keluarga, mereka inilah yang saya kira orang-orang yang secara fizikalnya berada nun jauh di Malaysia, tetapi terasa begitu dekat sekali hanya dengan menekan keypad BlackBerry. Komunikasi menjadi rutin harian, perbincangan & perkongsiaan melalui BBM sentiasa menjadi penghubung yang efektif.

Terima kasih rakan-rakan atas sokongan kalian. Semoga ukhuwah antara kita semua bakal berkekalan hingga ke syurga.. Ameen=)

.

Thursday, April 7, 2011

Bangkit Generasi Baru!

Suka saya memetik sedikit tulisan Dr. MAZA berkenaan permainan politik lucah yang kini heboh di Malaysia.. ditujukan khas untuk generasi baru hari ini & hari kemudian. Moga-moga ada sinar Ilahi di sana..

---

Marilah kita bermufaraqah atau meninggalkan segala pelakon atau watak selekeh yang rela menghalalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa mengira parti! Mereka mesti diusir dari pemainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka menyelak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan ‘penonton bodoh’ yang seakan merelakan apa sahaja watak yang mereka laknnkan. Politik kita memerlukan nafas baru dan dibersihkan dari golongan yang jijik dan kotor ini! Kita perlukan politik idea, bagaimana dan cara membangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini!

.