Sunday, August 31, 2008

Konsert Avril Lavigne di Kuala Lumpur

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin:

“Amat tidak wajar bagi pihak yang meluluskan konsert Avril Lavigne yang boleh menyumbang kepada unsur-unsur negatif kepada muda-mudi di negara ini. Penganjuran konsert ini menunjukkan ketidakprihantinan yang serius terhadap masalah keruntuhan moral yang sedang berlaku dalam negara ini.”

Source: Minda Mufti

Thursday, August 28, 2008

IIUM 24th Convocation Ceremony

IIUM has just celebrated its 24th Convocation Ceremony on 23rd till 25th August 2008. Alhamdulillah, as my wife received her scroll on the second day, I had the chance to attend the session too, together with my mother in-law. All the graduands looked very happy to receive their scrolls, and of course in new convocation attire.

It was also for the first time I listened to a new IIUM song "Leading the Way". For me, it's a nice song with beautiful lyric as you're all listening to now (from the playlist). The song and its lyric can be downloaded from Public Relation Office of IIUM website.

These are some pictures to share:

The following pictures were taken from Hanamichi blog

Special parents, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat and wife


Graduands from Kulliyyah of Science


Graduands from Kulliyyah of Economics



Graduands from Kulliyyah of Engineering


Graduands from Kulliyyah of Economics


Graduands from Kulliyyah of Information & Communication Technology


Graduands from Institute of Education



Graduand representative on the second day (3rd session) from Kulliyyah of Law


Congratulation to all the graduands. May IIUM will keep producing graduands who are capable of serving the ummah & nation.

Monday, August 25, 2008

Majlis Konvokesyen ke-24, graduan UIAM tunjuk kesungguhan

Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri majlis konvokesyen UIAM ke-24 pagi semalam, sessi ketiga bagi menyaksikan & meraikan kejayaan isteri saya menggenggam segulung ijazah. Beliah dianugerahi dengan Ijazah Sarjana Muda Mathematical Science bersama rakan-rakan dari Kulliyyah of Science. Turut serta menerima ijazah pd sessi tersebut ialah para graduan dari Kulliyyah of Laws, Medicine, dan Pharmacy. Sekalung tahniah untuk isteri tercinta khasnya, juga kepada semua graduan UIAM, class of 2008 umumnya.

Turut mencuri tumpuan saya serta para hadirin semua adalah kehadiran Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat & isteri ke majlis tersebut. Tentunya para hadirin dan graduan semua berbesar hati dengan kehadiran mereka. Kehadiran mereka bukanlah sebagai tetamu jemputan, tetapi sebagai ibu dan bapa kepada anak mereka, salah seorang daripada ribuan graduan yg bakal menerima ijazah. Anak perempuan mereka menerima ijazah undang-undang daripada Kulliyyah of Laws.

Yang ingin dikongsikan di sini ialah kisah seorang graduan yg mengharukan & membanggakan semua pihak. Semasa para pelajar Kulliyyah of Laws menerima ijazah mereka, kelihatan seorang graduan perempuan diiringi oleh petugas menggunakan kerusi roda naik ke pentas menerima ijazahnya. Ramai hadirin yg bertepuk tangan. Namun ramai yg tidak menyangka akan sebab sebenar beliau naik ke pentas menggunakan kerusi roda. Rupa-rupanya... baca cerita selanjutnya di bawah ini. Sekalung tahniah untuk beliau!

-------------------------

Tahan sakit bersalin demi ijazah

GOMBAK: Seorang ibu muda sanggup menahan kesakitan bersalin anak sulung untuk menerima sendiri ijazah undang-undangnya walaupun dinasihati suami dan doktor supaya bergegas ke Hospital Selayang dekat sini.

Siti Maslina Tharim, 24, graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Syariah) dari Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkeras melawan kesakitan untuk menerima ijazah daripada Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, Leftenan Jeneral (Bersara) Tahir Mahmud Qazi pada istiadat Konvokesyen UIAM ke-24, semalam.

Dia dibenarkan menerima ijazah lebih awal disebabkan keadaannya semakin hampir untuk bersalin.

Dengan menggunakan kerusi roda yang ditolak seorang petugas majlis, Siti Maslina dari Negeri Sembilan, tiada masalah menerima ijazah itu daripada Tahir Mahmud Qazi.

Selepas itu, dia segera dibawa ke pintu belakang untuk dihantar ke Hospital Selayang menggunakan ambulans universiti dengan ditemani suaminya, Faizal Mahdi Mahmud, 29.



Siti Maslina selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.66 kilogram secara normal pada jam 5.05 petang.

Faizal yang ditemui di Hospital Selayang, malam tadi, berkata isterinya yang dijangka bersalin pada 19 Ogos tidak mahu orang lain menerima ijazah bagi pihaknya kerana kejayaan menamatkan pengajian bukan sesuatu yang mudah.

“Kami tidak bercadang menghadiri majlis konvokesyen ini. Namun, disebabkan terlewat beberapa hari bersalin, isteri saya berdegil untuk naik sendiri ke pentas menerima ijazah,” katanya.

“Siti Maslina mengadu sakit ketika bersiap ke majlis konvokesyen itu. Justeru, saya menasihatinya supaya membatalkan hasrat ke majlis berkenaan.

“Dia meyakinkan saya dia masih kuat untuk naik ke pentas.

“Sebelum itu doktor turut membuat pemeriksaan dan mendapati isteri saya sudah hampir bersalin serta memintanya ke hospital segera,” katanya yang berasal dari Terengganu.

Pasangan itu berkahwin November tahun lalu dan Siti Maslina disahkan hamil ketika di tahun akhir pengajian.

Ketika usia kandungan menjangkau lima bulan, isterinya sibuk menghadapi peperiksaan akhir tahun.

“Dia tidak pernah menghadapi kesukaran membawa kandungan yang sedang membesar walaupun sibuk dengan tugasan sebagai pelajar dan isteri,” katanya.

Dia tidak menghalang isterinya melanjutkan pelajaran atau bekerja kerana kehidupan mereka sudah lengkap dengan kehadiran cahaya mata yang dilahirkan pada hari bersejarah.

Pasangan itu yang berkenalan ketika menuntut di UIAM dalam jurusan sama menganggap peristiwa berkenaan sebagai satu kenangan manis dalam hidup mereka dan tidak akan melupakan setiap saatnya.

Sumber: Harian Metro, 25 August 2008

Wednesday, August 20, 2008

2008-2008

Apakah maksud disebalik tajuk post di atas? Mungkin ada di kalangan anda yg terus dapat membaca apa maksudnya.

Ia sebenarnya satu tarikh, iaitu tarikh hari ini.. 20 August 2008, yg mana jika ditulis dlm bentuk angka, akan jd 20-08-2008. Ia sebenarnya satu tarikh yg cantik & unik. Jadi saya mengambil kesempatan ini utk mencoretkan sesuatu bersempena dengan tarikh ini.

Yang jelas, walaupun susunan tarikh ini kelihatan cantik, tp tiada apa keistimewaan atau maksud tersirat di dalamnya. Cuma bila direnungkan, tetiba teringat pd seorang sahabat. Lebih kurang 2 tahun yg lepas ketika di UIAM, beliau yg sebenarnya mula menyebut tarikh ini. Apa katanya? Dgn nada yg berseloroh, tp mungkin jg serius, katanya bhw dia bakal melangsungkan perkahwinannya pd tarikh ini.

Hmm..nampaknya tarikh ini hampir berakhir tatkala saya memulakan bicara ini. Dan adakah sahabat ini benar-benar mengotakan apa yg telah dikatakan? Suka diingatkan bhw ia bukanlah suatu janji yg perlu dikotakan sebenarnya. Namun andai kata beliau masih belum mengakhiri zaman bujangnya, maka nasihat saya utk beliau, jgnlah tunggu lagi kerana tarikh ini takkan kembali lg..tidak sekali-kali. Hari ini ia berlalu dalam lipatan sejarah. Janganlah ditunggu tarikh 20-09-2009 pula lepas ni. Lama lagi tu..

Akhir kalam, saya doakan sahabat ini akan dipertemukan dengan wanita idaman hati, juga memenuhi kehendak keluarga, dan yg paling penting memiliki ciri wanita mu'minah yg bakal menjadi penyeri hidupmu kelak. Hakikatnya, diri kita sendiri yg akan menjadikan sesuatu tarikh itu penuh makna & bersejarah, wlupun pd zahirya ia hanyalah susunan angka yg tidak begitu cantik.

Wassalam.

p/s: cuba teka siapakah sahabat itu;-)?

Tuesday, August 19, 2008

Beijing 2008: Despite defeated, he is still the best!

I was quite disappointed to watch Lee Chong Wei's performance against Lin Dan in the Olympic badminton men singles final last Sunday. Perhaps, I was putting so much hope to see the first Olympic gold medal for Malaysia, where it could be closely contributed by my favorite game, badminton.

But then I realized that Lee Chong Wei has delivered his best for the game. It's just Lin Dan who was so tough and improved a lot during this Olympic, and perhaps it was his last performance in Olympic game.

Personally, despite defeated, Lee Chong Wei is still the best national single shuttler in the history. His unstoppable effort should highly be commendable. I hope that he will continue to improve and strive at his best for all Malaysians. Congratulation Lee Chong Wei, and Misbun Sidek for making Malaysians proud!

--------------------

More news at The Star: Chong Wei touched by show of support

SEPANG: Lee Chong Wei returned home yesterday with a heavy heart after his failure to nail the first gold medal for Malaysia in the Olympics.

But getting a hero's welcome at the Kuala Lumpur International Aiport (KLIA) brought back the smile on his face. About 300 people with huge congratulatory banners greeted Chong Wei and the Malaysian badminton team at the arrival hall to the beat of the kompang and thunderous applause.

On Sunday, Chong Wei suffered his worst defeat by China's Lin Dan in the men's singles final. Still, the silver medal was Malaysia's best result in 12 years at the Olympics and the best achievement by a singles player.

Lee Chong Wei and coach Misbun Sidek on arrival at the KLIA Monday.
- Ibrahim Mohtar/The Star

Chong Wei appreciated the show of support.

“I was sad because I could not win gold medal for the country. Many would have been disappointed with the manner I lost. But from the welcome I received today, I felt as though I had won the gold medal,” he said.

“I am glad that the nation is still supportive of me despite my defeat.

“This means a lot to me. It will only spur me on to work even harder to achieve more good results for the country.”

Chong Wei said that the experience playing at the Beijing Games was priceless.

“There were days that I could not sleep and there were days when I had no appetite to eat. The pressure was great. But I have no excuse for the defeat. Lin Dan was so fast, he had improved so much,” he said.

Chong Wei hoped for more singles talent to emerge for Malaysia.

“The next two major tournaments are the World Championships (2009) and the Asian Games (2010). With the help of my coach (Misbun Sidek), I will be ready for these tournaments,” he said.

“But like China, I hope that there will be more than one Malaysian singles player vying for honours in these tournaments. It helps when one can support the other, just like the players from China.”

Misbun said that he would not waste time as far as grooming new talent was concerned.

“The training will be tougher from now for Chong Wei. I want to get him ready for the next Olympics. At the same, my work will start immediately to groom other Olympians. This will be my challenge,” said Misbun.

Friday, August 15, 2008

Beijing 2008: Breaking news!

Teruja dengan berita terbaru dari Beijing, pemain badminton perseorangan negara, Lee Chong Wei berjaya melayakkan diri ke final Olimpik setelah mengalahkan pemain Korea, Lee Hyun-il. Sekurang-kurangnya pingat perak sudah dalam genggaman. Tapi bukan pingat perak yg diharapkan oleh rakyat Malaysia, namun semestinya pingat emas pertama utk Malaysia. Sejarah bakal tercipta. Terus mara Lee Chong Wei! Semoga para pemain kita yg lain bakal mengikut jejak langkahnya, jangan terus leka & berpuas hati setelah mengecapi beberapa kejayaan sahaja. Kembalikan zaman kegemilangan badminton negara kita.

BEIJING: Lee Chong Wei has secured at least a silver medal for Malaysia in the Beijing Olympics.

The national one shuttler and second seed for the men's singles event here defeated South Korean Lee Hyun-il 21-18, 13-21, 21-13 in the semi-finals Friday at the Beijing University of Technology Gymnasium.

By booking his place in the final, which will be played on Sunday, the 26-year-old Penangite now stands to pocket at least RM300,000 as an incentive from the Govvernment.

If he manages to win Malaysia's first ever Olympic gold, Chong Wei will pocket a whopping RM1mil.

Malaysia has won a total of three Olympic medals thus far - one silver and two bronze medals - which were all delivered by shuttlers.

Before the last four clash here, the record between Chong Wei and Lee was even for this year.

Chong Wei beat Lee in the Malaysian Open final in three games.

When they next clashed in the Korean Open, Lee whipped Chong Wei in the second round and went on to beat world number one Lin Dan in a three-game thriller for the title.

Chong Wei is the only Malaysian shuttler still in the fray in Bejing. The other Malaysians all failed to shine.


Monday, August 11, 2008

New design of IIUM convocation attire

Just to share, the new design of IIUM convocation attire..


The new design of robe has taken into consideration the comfort of the graduands whereby the material selected for the new robe will be light and cooler as compared to the previous material for robe which is heavy, bulky and may cause discomfort if it worn for a long period of time.

The colour of the new graduands’ robe is turquoise which truly reflects the corporate colour of the University as compared to the previous robe which is green in colour.

The use of mortarboard for graduands is to standardize the dress code of convocation with other local public institutions of higher learning nationwide. Nevertheless, songkok will still be used for other official function of the University. The dress code for Muslim and non-Muslim female graduands require them to wear a cream coloured tudung under their mortaboard.

Source: IIUM

Friday, August 8, 2008

Life as a student

Lama benar rasanya tak menulis di sini. Kalau dulu masa di UIA, banyak masa untuk semua ni. Tapi sekarang tak lagi di USM ni. Kehidupanku agak sibuk, dan mungkin boleh juga dikatakan agak kelam kabut di sini. Sememangnya cabaran untuk buat masters setahun ni agak tinggi. Walaupun hanya 3 courses yang perlu diambil semester ni, tp workload dan syllibusnya nya boleh tahan. Setiap course mewakili 4 credit hours. Selain dari exam, kami juga dikehendaki menyiapkan mini design, assignment & presentation. Dalam masa yg sama, research pun kena ada progress. Apatah lagi sebagai first batch, tentunya banyak pihak mahu menggunakan kami sebagai 'bahan eksperimen'.. isk3.

Ada pro & kontranya jd first batch ni. Dari segi syllibus & exam, mungkin kami lebih senang berbanding batch yg akan datang sebab kalau tengok trend soalan kita, samada peringkat sekolah hinggalah ke universiti, the toughness of questions is directly proportional to the time. Maknanya makin lama makin susah kot. Harapnya mcm tu lah. Tapi sejauh manakah kesenangan & kesusahan soalan tu tak boleh didefinisikan buat masa ni sebab kami tiada sebarang rujukan. Semuanya bermula dengan kami.

Apapun, masa setahun ni memang menuntut ketekunan, kesabaran & pengorbanan. Insya Allah, akan ku kuatkan semangat & gagahkan tulang empat kerat ni untuk harungi semua tu. Cabaran yg akan datang pastinya lebih hebat. No problems, no fun!